Di pertengahan jalan, Jaewon membuka bicara.
"Aku minta.. Sangat sangat.. Jangan dekat dengan Jiyong... Jauhkan diri Kau dari dia.. Kau tak kenal dia.. "
"kenapa? Apa salah dia? " soal Jessy.
"Aku akan bagi tahu kau.. Tapi bukan sekarang.. " Jaewon masih mengunyah kacang tumbuk.
"Okay.. Tapi. kenapa kau balik dengan aku harini? Sedangkan rumah aku lagi jauh dari rumah kau. " Jessy memandang wajah bersih Jaewon.
"Saja.. Aku nak elak kau dari jumpa Jiyong.. Aku akan hantar kau sampai depan rumah. " Jaewon mengungkapkan kata katanya
"Eleh.. Nak elak konon... Ke kau nak tau rumah aku kat mana?? " Jessy melihat wajah Jaewon kemerahan.
"Eee betul lah tu en. Hahahaha" tawa Jessy.
"Mana ada.. " hanya itu dibalas Jaewon .
"Oiii!! Sudah sudah lah tu mengunyah!! Simpan lah kt rumah sikit. Aku bawak banyak kut. Tinggal suku je?! " Jessy membelek plastik kacang tumbuk yang berada di tangan Jaewon.
"Sedapp~~~"
Belum sempat Jaewon menghabiskan ayatnya, seorang wanita dalam lingkungan 30-an telah menjerit meminta pertolongan akibat diragut.
Tanpa melengah kan masa, Jessy mengangkat skritnya lalu mengejar peragut tersebut.
Jessy merupakan seorang atlet semasa berada di Malaysia, jadi staminanya yang tinggi membuatkannya dapat menangkap peragut tersebut.
Peragut itu cuba melawan Jessy tetapi Jessy terlebih dahulu menghadiahkan Flying Kick kearah kepala peragut lelaki tersebut.
Jaewon yang melihat aksi itu tercengang kerana Jessy kelihatan seperti seorang yang bijak dan mahir dalam seni pertahanan diri .
Pukulan demi pukulan yang disampai kan oleh Jessy. Dia seperti dirasuk hantu.
Semasa Jessy memusingkan kepala nya kebelakang, peragut itu telah mengeluarkan pisau lipat dari poketnya bertujuan untuk mencederakan Jessy . Perkara tersebut dilihat oleh Jaewon lalu Jaewon menyepak kaki peragut itu sehingga dia jatuh.
Jessy terkejut. Dia mengucapkan terima kasih kepada Jaewon kerana telah menyelamatkan nyawanya.
Selang beberapa minit.. Polis pun tiba dan menggari peragut itu.
Mangsa tidak henti henti mengucapkan terima kasih kepada Jaewon dan Jessy kerana telah menangkap peragut itu dan memulangkan kembali beg tangan yang berisi duit dan barang kemas.
Mangsa dibawa ke balai untuk membuat laporan. Ketika Jaewon dan Jessy hendak pulang, seorang pegawai polis datang kearah mereka.
"Awak berdua perlu ikut kami ke balai untuk siasatan"
"HA?! " mereka berdua terkejut. Mahu atau tidak, mereka terpaksa ikut kebalai jika tidak, Mereka mungkin akan dikenakan denda.
.
.
.
.
Di balai, mereka berdua hanya mendiamkan diri dan menunggu apa yang hendak disampaikan oleh pegawai polis."Okay.. Nama awak, Jung Jae Si.. Dan awak Jung Jaewon.. Adik beradik ke apa ni? " tanya seorang pegawai polis.
"Tak.. Kami kawan.. Nama je iras" balas mereka berdua.
Pegawai polis itu menghelakan nafasnya buat beberapa saat.
"Okay.. Awak tahu tak... Mencederakan jenayah ini adalah satu kesalahan? " pegawai polis membuka beretnya.
"Tahu encik. " jawab mereka berdua.
"Hah.. Saya dah lihat rakaman CCTV... Tapi.. Saya agak teruja dengan awak. Sebab awak pandai berlawan.. Dalam usia muda.." pegawai polis menunjuk kearah Jessy.
"Oh... Sebenarnya, di Malaysia, saya membuka pusat boxing di atas nama saya sendiri.. Mungkin sebab tu kut. Haha" Jessy mencerita kan perkara benar kepada polis tersebut.
Jaewon terdiam. Dia mula teruja untuk mengenali Jessy dengan lebih mendalam.
"Ooo pandai boxing.. Patutla kau tumbuk aku sakit nak mati tadi! " kata Jaewon dengan kasar.
"Apa. Memang salah kau pun" ..mereka berdua sudah berkelahi.. Perkara itu disaksikan oleh pegawai polis dihadapan mereka.
"Okay okay. Jangan gaduh.. Macam ni lah. Jae Si dan Jaewon.. Awak berdua boleh pulang. Terima kasih sebab tumpaskan jenayah dan.. Jae Si.. Teruskan dengan boxing awak tu. " kata pegawai polis itu sambil sedekahkan senyuman yang lebar dibibir.
YOU ARE READING
PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)
Random"kau hebat.. sebab kau.. salah satu perempuan yang dapat turunkan ego aku.." "Kenapa kau baik dengan aku?" "Sebab aku sayang kau.." Start : 18 October 2017 End : dah end dah