Semua pelajar melihat kecacatan yang terdapat di bibir Jaewon. Semua terkejut melihatnya dan tertanya tanya apa yang telah terjadi kepada The Only One Powerful gangster in school itu.
Jessy dan Jaewon tidak bercakap selepas itu.
Jessy hanya melihat Jaewon sedang leka mengunyah kacang tumbuk yang dibawa oleh nya.
"Marah.. Tapi makan juga kacang tu. " Jessy bermonolog dalam hati.
"Sss.. Senior.. Aku minta maaf.. Sebab tumbuk kau.." Jessy sengaja memohon maaf sedangkan sedikit pun dia tidak mahu melakukan perkara itu.
"Haih.. Aku bengang betul lah dengan kau ni.. Apasal kau panggil aku senior sedangkan kita sebaya? Tak yah ingat kau muda sangat la Jess.. " Jaewon memalingkan mukanya.
"Yela.. Aku panggil kau senior.. Sebab kau gangster... Kita takut laa dengan awakk" Jessy membuat wajah comel.
Jaewon sudah tidak dapat menahan gelak .
"Pftt.. Kau jangan buat muka comel wey!!! HAHAHAHAHA TAKUT DENGAN AKU.. TAPI KAU YANG TUMBUK AKU! " kali ini hamburan tawa Jaewon kelihatan ikhlas dari hati.
Disebabkan Jaewon bercakap dengan kuat, semua pelajar telah bercakap sesama sendiri seperti gaya mengumpat pun ada.
"Haa cakap lah kuat lagi.. Biar satu sekolah tahu kau kena belasah dengan aku. Hahahaha " Jessy ketawa terbahak bahak.
"Diam lah kau... Sebelum aku habiskan kacang ni baik kau rahsiakan.. " Jaewon mengugut Jessy
"Hahahaha.. Senior.. Kau yang bagi tau satu kelas aku yang tumbuk kau.. Hahaha... What the fish bro. Kau yang ambil kacang tu. Habiskan ah. Ada banyak lagi kat rumah. " Jessy menjentik kepala Jaewon .
Jaewon menarik hujung rambut Jessy dan memasang earphone di telinganya.
Jessy membalas dengan menyepak kerusi Jaewon dengan kuat..
.
.
.
.
Selepas tamat persekolahan, ramai pelajar menggerumun kearah Jessy untuk bertanyakan tentang Jaewon"Jessy. Betul ke awak yang tumbuk One? " tanya Lee Ha Na.
"Eh. Tak lah.. Gurau je tu.. Takkan la perempuan macam saya ni tumbuk dia. Hahahaha" Jessy menafikan.
Setelah tamat sesi soal jawab, Jessy pun keluar dari pintu pagar sekolah.
"Jessy.. " panggil Jiyong.
Jessy menoleh.
"Ah. Jiyong.. Wae? " tanya Jessy
"Hihi.. Tak ada apa... Saya dengar rumor yang awak tumbuk One? Betul ke? " soalan pertama yang keluar dari mulut Jiyong.
"Aish.. Cepatnya tersebar.." kata Jessy dalam hati.
"Eh.. Mana ada.. Kenapa semua tanya pasal tu? Cepat betul khabar angin ni tersebar ye.. Famous sangat ke dia tu? " jawab Jessy dan dia menanyakan semula soalan kepada Jiyong.
"Oh.. Hahaha. Saya dengar orang cakap je. Ye. Dia sangat famous.. Famous dengan masalah disiplin.. Dan famous dengan keputusan yang selalu cemerlang..." balas Jiyong sambil mengukir senyumam dibibir.
Tiba tiba, tangan Jessy disambar oleh Jaewon .
"Jess. Jom balik. " kata Jaewon.
Jessy tercengang dan menurut sahaja apa yang dicakapkan oleh Jaewon.
Dengan berbaju sekolah dan ber earphone, Jaewon memegang pergelangan tangan Jessy sehingga keluar pintu pagar dan akhirnya dia melepaskan pegangan tersebut.
YOU ARE READING
PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)
Acak"kau hebat.. sebab kau.. salah satu perempuan yang dapat turunkan ego aku.." "Kenapa kau baik dengan aku?" "Sebab aku sayang kau.." Start : 18 October 2017 End : dah end dah