FAMILY?

578 30 0
                                    

Cuti sekolah telah tiba.

Kali ini, telah masuk 4 bulan Jessy berada disekolah itu. Hubungannya dengan Jaewon, Sungjae dan Seungri semakin hari semakin rapat.

Jessy telah berjanji untuk membawa mereka bertiga kerumahnya untuk makan malam.
.
.
Rumah banglo milik keluarga Jessy dipenuhi gelak tawa mereka berempat.

Selang beberapa minit, Encik Jung dan isterinya Puan Amy telah turun kebawah untuk berjumpa dengan rakan rakan anak perempuannya itu.

Jessy selalu berceritakan tentang mereka bertiga. Oleh sebab itu Encik Jung dan Puan Amy berminat untuk mengenali jejaka jejaka mainan mulut Jessy.

Jaewon, Sungjae dan Seungri berjabat tangan dengan kedua ibu bapa Jessy .

"Hum.. Jadi, kamu berempat satu kelas ke? " tanya Encik Jung.

"Aniyaa appa..  Jessy satu kelas dengan Jaewon saja.. " balas Jessy.

Puan Amy melihat tiga lelaki remaja dihadapannya itu hanya mendiamkan diri dan menundukkan muka.

"Kamu bertiga ni..  Kenapa diam saja?  Ayoo..  Jangan lah malu malu.. Jom lah kita makan. " Puan Amy bersuara sambil tersenyum lebar.
.
.
.
Suasa di meja makan agak riuh sedikit berbanding semasa di ruang tamu.

Jaewon, Seungri dan Sungjae makin peramah dan tutur kata mereka amat sopan sekali.

"Jaewon and the gang.. Lepas makan nanti... Uncle tunjukkan collection boxing kami satu keluarga..  Nak tengok? " Kata Encik Jung.

Jaewon teruja. Semestinya dia berminat untuk melihat peralatan boxing yang digunakan oleh keluarga Jessy.

"Jinjjia?  Saya memang berminat nak tahu tentang boxing. Tapi..  Aunty pun boxing juga? " tanya Jaewon.

Puan Amy meletakkan sudu dan garfu diatas pinggan.

"Yaa..  Tapi dah dua tahun berhenti..  Sebab dah malaslah nak pukul pukul,  tumbuk tumbuk ni..  Tangan ni lebih cenderung nak kearah rumah tangga. " balas Puan Amy dengan mesra.
.
.
.
.
.
Semasa mereka sedang rancak berbual, pintu besar bahagian rumah banglo ini dibuka seseorang.

"I'm home... " sapa Jimmy Jung anak pertama Encik Jung dan Puan Amy kepada ahli keluarganya .
.
.
.
.
"Oh ada tetamu..  Mianhae... " kata Jimmy kepada tetamunya itu.

Jimmy mencium dahinya adik bongsunya itu dihadapan semua orang.

"Eee adik busuk.. " Jimmy tersengih.

"Eeeh mana ada..  Abang tipu.. " balas Jessy .

Jaewon hanya memerhati dua beradik itu. Entah mengapa dia berasa cemburu dengan keakraban Jessy dengan abangnya.
.
.
.
.
.
.

Usai makan, mereka bertujuh naik ke tingkat atas untuk melihat koleksi koleksi yang dikatakan encik Jung sebentar tadi.

"Haa.. Ini gambar Jessy masa menang pingat emas taekwondo di Malaysia tahun lepas." kata Jimmy kepada Seungri dan Sungjae.
.
.
Mereka bertiga membelek belek piala yang yang tersusun di atas rak kaca ditepi tingkap.

Jaewon tidak dapat menahan perasaanya. Dia tidak tahu mengapa dia berasa tidak tenang ketika itu. Dia mengambil keputusan untuk pulang.

"Uncle... Aunty, hyung... Saya kena minta diri dulu. Ada kerja yang perlu disattlekan. Mianhae. " Jaewon menundukkan kepalanya.

Jessy bingung. Mengapakah Jaewon hendak cepat pulang sedangkan dia yang paling bersemangat tadi.
.
.

.
Jimmy menghantar mereka bertiga kepintu pagar manakala Jessy sudah masuk ke biliknya akibat terkejut dengan perubahan drastik Jaewon.

"Jaewon.. Pstt.. " panggil Jimmy .

"Ye saya.  "

"Aku nak kau jaga Jessy kat sekolah.. Aku tahu.. Dia boleh protect diri dia sendiri..  Tapi kau adalah lelaki pertama yang Jessy cerita kat aku.. Lepas tu baru dua orang kawan kau tu.. Kalau boleh.. Stop lah membuli eh.. " Kata kata Jimmy membuat kan Jaewon tersentak. Mana tak nya, Jimmy meletakkan kepercayaan kepadanya untuk menjaga Jessy disekolah.

"Ahh. Ne hyung..  Saya balik dulu. " Jaewon meminta diri lalu beransur pergi dan dia diekori oleh Seungri dan Sungjae.

Langkah mereka bertiga disaksikan oleh Jessy dari atas. Entah mengapa. Air mata Jessy gugur..

.
.
.
.

PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)Where stories live. Discover now