Jessy hanya menghabiskan masa rehatnya didalam kelas. Dia telah berkenalan dengan dengan semua pelajar didalam kelasnya.
Semasa dia sedang leka melihat Jaewon yang asyik bermain bersama sama rakannya di padang sekolah melalui tingkap, bahunya telah dikuis oleh seseorang.
Jessy terkejut lalu memusingkan badannya kebelakang.
"Aaahh. Yes.. " ayat pertama yang keluar dari mulut Jessy.
"Saya Jiyong.. Senior awak.. Selamat berkenalan. " kata lelaki itu.
"Oh.. Ha.. Saya Jessy.. Selamat berkenalan juga ya.. " Jessy menghadiahkan senyuman yang manis kepada Jiyong.
(Kwon Jiyong: ketua pelajar sekolah tersebut, selalu bergaduh dengan Jaewon diatas sebab sebab tertentu .)
.Jessy dan Jiyong berbual bual sehingga tamat waktu rehat.
Jaewon memasuki kelas dan melihat bahawa Jiyong telah duduk diatas kerusinya.
Jaewon melangkah kehadapan dan menghadiahkan buku limanya ke muka Jiyong.
Jessy amat terkejut melihat aksi spontan dari Jaewon.
"Jaewon.. Stop! " arah Jessy.
"Shhh. Kau diam. " balas Jaewon.
Jessy melihat wajah Jaewon yang merah akibat marah.
"Eyy bro. Relax ah.. Aku duduk je kut.. Bukannya aku curi awek kau pun. " Jiyong membetulkan bajunya yang kedut sedikit.
"SIAPA AWEK AKU?? HAA? SIAPA?? KAU BLAH SEBELUM AKU BELASAH KAU! " Jaewon telah naik hantu.
Jiyong menepuk nepuk dada Jaewon dan beredar dari situ.
Jessy melihat Jaewon duduk dengan kasar.
"Kau tak patut buat macam tu. Dia duduk je kut.. " Jessy bersuara.
"Kau tak tahu apa apa.. Kau diam... Kau tak kenal aku.. Aku tak kenal kau.. Kau tak kenal dia.. Dan dia pun tak kenal kau.. Baru buat cara baru. Jangan nak acah kau dah lama duduk kat sekolah ni. " kata kata Jaewon benar benar mengguris hati Jessy
Tetapi Jessy membiarkan sahaja. Baginya orang sedang marah mempunyai emosi yang tidak stabil.Jessy mengeluarkan sagu dari begnya dan memberikan sagu tersebut kepada Jaewon.
"Rasa lah. Ni nama dia sagu.. Dari Malaysia aku bawa.. Aku minta maaf.. Jangan lah marah marah.. " Jessy memujuk Jaewon.
Jaewon mengambil sagu tersebut. Dia memerhatikan bungkusan itu."Macam mana nak makan ni? " soal Jaewon.
Jessy tergelak. Dia mengambil sagu itu dari tangan Jaewon.
"Macam ni.. Mula mula.. Koyakkan kertas kat atas ni.. Lepastu sagu ni tuang dalam mulut... Kau kunyah lepastu telan. Tu je cara dia. " Jessy menunjukkan cara memakan sagu satu per satu.
"Oh macam tu. " balas Jaewon seperti orang tidak mempunyai perasaan.
"Terima kasih pun takdak. Tak beradab betul.." Jessy bercakap dalam hati.
Jessy melihat Jaewon asyik memakan sagu itu tanpa henti. Kali ini.. Sudah tiga sagu dihabiskannya.
"Wey. Sedap ke? " tanya Jessy
"Boleh ah" itu sahaja jawapan Jaewon .
Jessy menepuk dahinya.
Sungguh tiada budi pekerti...
"Haa.. Nah ambik ah. Bawak balik. Aku ada banyak lagi. " Jessy menghulurkan plastik sagu kepada Jaewon.
Jaewon mengambil plastik sagu itu.
"Terima kasih " kata Jaewon.
"Ooo. Ada pun mulut.. Ingatkan tak reti cakap terima kasih. " perli Jessy
"Diam lah kau " Jaewon meletakkan plastik itu di atas mejanya.
"Ni kali ketiga dia suruh aku diam. Psycho..." hati Jessy mula berkata kata.
Bersambung....
YOU ARE READING
PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)
Random"kau hebat.. sebab kau.. salah satu perempuan yang dapat turunkan ego aku.." "Kenapa kau baik dengan aku?" "Sebab aku sayang kau.." Start : 18 October 2017 End : dah end dah