Semua orang sedanh sibuk menguruskan tentang perkahwinan Jessy dan Jaewon yang akan berlangsung esok.
Jessy dan Jaewon masih bersekolah seperti biasa.
Buat masa sekarang, hanya Sungjae, Seungri dan guru kelasnya sahaja yang tahu bahawa mereka akan berkahwin. Gurunya telah berjanji tidak akan membongkar kan rahsia sehingga mereka bersedia untuk memberitahu kepada semua orang.
"Cikgu harap... Walaupun kamu berdua berkahwin, pelajaran jangan lupa ye.. Lagi berapa bulan sahaja nak exam akhir tahun... Apa pun tahniah cikgu ucapkan. " kata guru kelas mereka.
"Terima kasih cikgu.. Kami janji kami akan belajar besungguh sungguh sampai grad tahun depan. " balas Jaewon.
"Jaewon.. Cikgu bersyukur sangat.. Rekod masalah disiplin kamu makin kurang.. Teruskan macam ni ye.. " sambung cikgu itu.
"Ne.. Gamsahabnida..."
.
.
.
Jaewon dan Jessy tidak berasa berdebar ataupun takut. Seperti remaja yang tidak mempunyai perasaan."Jess.. Lepas kahwin. Kau nak tinggal dengan aku tak? " tanya Jaewon
"tinggal.. Dekat mana? " Jessy hairan.
"Dekat rumah aku lah.. "
"Jaena macam mana? "
"Betul jugak tu... Nantilah kita bincang. " balas Jaewon.
.
.
.
.
Jaewon dan Jessy pergi ke pusat latihan boxingnya untuk latihan.Jessy membuka pintu pusat latihan itu menggunakan kunci sparenya yang disimpan semasa pusat ini baru dibuka.
"Jaewon... Sekejap aku nak tukar baju. " kata Jessy.
"Oh okay.. So aku tukar kat sini je lah. " sahut Jaewon.
.
.
.
Jessy memakai baju jersey berlengan pendek dan seluar track bewarna hitam manakala Jaewon mengenakan T-shirt bewarna putih dan seluar track berwarna biru..
.
.
Mereka berdua memakai sarung tangan untuk tinju.
.
.
.
Baru sahaja hendak memulakan latihan,"Hoi! " jerit Jason.
"Eh. Abang. " Jessy memandang tepat wajah abangnya.
"Jessy.. Korang ni kenapa. Nak kahwin dah Esok! Pergi balik sekarang! " arah Jason .
Mereka berdua akur lalu membuka semula sarung itu.
" Yelah.. Yelah.. Adik balik lah nii.. " Jessy mengeluarkan nada sedih.
"Tak payah gedik gedik nak sedih sedih. Karang.. Esok atas pelamin sorang muka lebam, sorang tangan patah.. Merepek betul! " Jason menguatkan suaranya.
Jessy dan Jaewon hanya tergelak.
"Abang cakap macam abang pernah kahwin je.. "
Jason mengetuk kepala adiknya menggunakan selipar.
"Eh eh dia ni.. Ni untuk keselamatan tau! Benda commonsense.. Tak perlu orang yang dah kahwin untuk nasihatkan. "
"Aduh.. Sakit lah.. Dah la Jaewon.. Jom balik.. " Jessy menarik tangan Jaewon.
.
."Jaewon.. Kau tak ada motor ke.. Kereta ke? " soal Jessy secara spontan.
"Jom ikut aku balik... Aku ada motor... Baru ingat nak pergi ambik.. "
"Woah.. Jinjjia? Boleh balik rumah naik motor.. Hehehe" Jessy tersenyum keriangan.
.
.
.
Ini kali pertama Jessy masuk kedalam rumah banglo milik Jaewon.Banglo ini ditinggalkan oleh encik Kwang kepada Jaewon sejak beberapa tahun yang lalu.
"Besarnya rumah kau.. Tak bosan ke selama ni duduk sorang sorang? " tanya Jessy.
"Bosan.. Sangat sangat... Ayah aku ada kat korea sekarang.. Untuk wedding kita esok. Tapi dia sewa hotel.. Takpe lah. Lepas ni. Aku dah tak bosan.. Aku dah ada kawan... "
"Ohh.. Kawan? "
"I mean.. Isteri. "
Muka Jessy memerah.
"Bongok lah kau ni. " Jessy menumbuk kuat lengan Jaewon.
.
.
.
Jaewon membuka garaj yang dikunci. Dia mengeluarkan motornya."Mak ai.. Aku ingat motor kapcai yang kau guna.. Superbike rupanya. " Jessy tercengang melihat motor Jaewon.
"Dah setahun aku tak bawak.."
"Aih.. Kenapa? "
"Lepas aku accident November tahun lepas.. Aku tak nak bawak motor.. Sampai motor ni siap direpair. "
"Kenapa tak nak bawa? Sayang tau.. "
"Aku lagi sayang Jaena dari motor ni... Kes tahun lepas, aku nak bawa Jaena pergi hospital.. Tapi.. Kitorang terbabas.. Sampai aku hampir kehilangan Jaena masa tu.. Dengan dia tengah sakit lagi.. Kesian dia.. " Jaewon memgeluarkan kunci motor dari poketnya.
Jessy tak dapat mentafsirkan betapa sayangnya Jaewon kepada Jaena.
Secara spontan, tangan Jessy menolak rambut Jaewon yang menutupi dahinya.
Terdapat parut di tepi dahi Jaewon.
"Ni.. Parut accident? " tanya Jessy.
"Ye.. Ni parut tu.. " Jaewon menurunkan tangan Jessy .
.
.
.
"Jessy.. Pakai helmet ni.. Kita balik cepat.. "Jaewon menghidupkan enjin motornya dan pulang kerumah bersama sama Jessy .
.
.
.
.
YOU ARE READING
PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)
Random"kau hebat.. sebab kau.. salah satu perempuan yang dapat turunkan ego aku.." "Kenapa kau baik dengan aku?" "Sebab aku sayang kau.." Start : 18 October 2017 End : dah end dah