SCHOOL DAY

444 27 0
                                    

Jessy, Seungri, Jaewon dan Sungjae pergi kesekolah bersama sama.

Seperti biasa, Jessy dan Jaewon berborak borak kosong disebabkan guru matapelajaran belum masuk.

Tiba tiba Jessy terdengar suara suara yang sedang mengutuknya.   

"Jessy tu.. Rapat dengan One.  Sebab One famous..  Lagipun dia takut One pukul dia ah tu. " kata seorang rakan sekelasnya yang bernama Lyssa.

Jaewon sudah menggenggam buku limanya lalu tangannya dipegang oleh Jessy.

"Biarkan.. Mulut orang.. Kita tak dapat tutup kan?. " kata Jessy dengan lembut.

Jaewon hanya memdiamkan diri seketika.

"Jess... Aku nak berubah... " kata Jaewon perlahan.

"Really?.. Thats ma boy,." Jessy menggosok kepala Jaewon sehingga rambut yang tadinya kemas menjadi kusut.

Jaewon tersenyum. Dia menyembunyikan semua perasaannya disebalik senyuman itu.
.
.
.
.
Petang itu.

"Hey bro.. " panggil Minhyuk kepada Jaewon.

"Aapa kau nak? " balas Jaewon.

"Apa cerita dengan kawan perempuan kau yang mati tu?  Sekarang kau cari perempuan baru?  Mangsa seterusnya?  Nak bagi dia mati jugak? " kata Minhyuk bertalu talu yang membuatkan Jaewon berang.

Dia menolak Minhyuk ke dinding dan menumbuk numbuk muka Minhyuk sehingga bibir dan hidungnya mengeluarkan darah.

"KAU TAK TAU APA APA KAU DIAM!  KAU JANGAN BERANI CAKAP JESSY MANGSA AKU KALAU KAU NAK HIDUP LAMA!! " teriak Jaewon.

"Jj.. Jaewon-ah... " Jessy berkata sambil terketar ketar

Jaewon memberhentikan tumbukannya.  Dia melihat Jessy berada disitu bersama dengan Jiyong . Hati Jaewon semakin sakit

"Jess... "

"Kk.. Kau kata kau nak berubah!!..  Tapi kenapa??  " Jessy menarik tangan Jaewon dan membawa Jaewon kebelakang sekolah. Dia menghalang Jiyong mengikutnya

Jessy berasa marah dan dia menumbuk Jaewon dengan perasaan yang bercampur baur. Kecewa, marah, sedih..

Jessy menampar Jaewon berkali kali.

"Jess.  Dengar penjelasan aku.. Stop pukul aku. " suara Jaewon tersekat sekat.

Perlahan lahan Jessy memegang bahu Jaewon.

"Kau tau tak.. Apa perasaan seseorang.. Bila kena tuduh.. Bunuh kawan baik sendiri? " Jaewon menghabiskan kata kata nya lalu beredar meninggalkan Jessy.
.
.
.
Jaewon mengambil begnya dan pulang kerumah. Jessy berasa bersalah kerana menghukum Jaewon tanpa soal selidik.

Dia bertekad untuk bertemu dengan Minhyuk selepas sesi persekolahan untuk meminta kebenaran.

"Jessy..  Mana One? " tanya Suzzie, rakan sekelasnya itu.

"Dia.. Tak sihat kut.. " balas Jessy

"Saya nak cakap sesuatu pasal One... Boleh? " tanya Suzzie sekali lagi.

"Mestilah... Silakan.." Jessy semakin ingin tahu apa yang hendak disampaikan oleh Suzzie.
"Jaewon tu psycho.." perlahan lahan Suzzie menuturkan katanya.

"Saya tahu tu.. " balas Jessy.

"One selalu pukul orang... "

"Saya tahu itu juga.. "

"..... Pukul sampai mati.... " kata Suzzie sambil merenung tepat kemata Jessy.

Jessy terdiam. Adakah ini berkaitan dengan kes tadi? 

Pelbagai tanda tanya muncul dikepalanya

Dia berfikir positif.

"Ohh..  Yeke..  Itu saya belum tahu..  Saya yakin.. Saya akan mendapatkan kepastian selepas ni. Terima kasih atas cerita awak. " Jessy hanya berfikiran positif keraba dia tidak mengetahui hujung pangkal  .

"Lagi satu.. One akan bunuh perempuan yang dekat dengan dia.. Sebab tu.. Tak de seorang pun perempuan dekat dengan dia walaupun dorang tu ada perasaan kat One..  Tapi.. Awak.. Awak dah tempah maut.. " Jessy makin meluat mendengar cerita Suzzie. Dia tahu bahawa Jaewon tidak akan berani mengapa apakannya kerana dia mahir dalam boxing..  Atau..  disebabkan Jaewon sayangkannya??  ...

"Uhmm..  Macam ni lah Suzzie.. Awak ni kenapa eh?  Saya tahu awak suka One.  Dan awak cemburu dengan saya...  Macam ni lah..  Kalau awak suka dia..  Usaha..  Usaha dapatkan dia.  Tak perlu burukkan nama dia kat saya..  Walau macam mana pun dia.. Dia tetap istimewa bagi saya.  Terima kasih sekali lagi. " Jessy hanya memberikan senyuman kepada Suzzie.

Suzzie mendiamkan diri dan beredar dari tempat duduk Jessy.

"You will know it soon dear .. I'm sorry ... " bisik Suzzie.
.
.
.
Waktu sekolah telah tamat, Jessy ingin berjumpa dengan Minhyuk.

Dia melihat Minhyuk bersama Jiyong sedang rancak berbual.

Jessy tidak jadi untuk menanyakan soalan kepada Minhyuk dan segera berjumpa Seungri.
.
.
"Seungri... " panggil Jessy.

"Ye Jess..." balas Seungri.

To be continued.. ~~

PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)Where stories live. Discover now