DON'T DISTURB HIM

395 27 0
                                    

Jessy dan Jaewon masuk ke kelas bersama sama.

Langkah mereka terhenti apabila melihat foto Jaewon bersaiz A3 diletakkan di papan putih lalu wajahnya ditoreh toreh dan dituliskan dengan kata kata kesat.

Semua pelajar berdiri melihat Jaewon dan Jessy yang baru sahaja masuk ke kelas.

Jessy menarik tangan Jaewon untuk ke tempat duduk.

Dia melihat, tempat duduk Jaewon disembur dengan cat berwarna merah.

Ye. Ditempat Jaewon sahaja.

Jaewon memandang muka Jessy.

Dia menggeleng gelengkan kepalanya.

Dengan pantas, Jessy pergi ke papan putih dan mencabut foto tersebut.

Dia menahan amarahnya.

"Cakap dengan aku... Siapa buat?!" mulut Jessy terketar ketar .

Tiada respon dari semua pelajar di dalam kelas.

"AKU TANYA SIAPA BUAT?! " kali ini Jessy menjerit.

Jaewon mencampak kerusi dan mejanya lalu dia keluar dari kelas.

"Kkii.. Kitorang tak tahu.. Masa masuk kelas tadi.. Memang dah ada... " kata Suzzie.

Semua pelajar terkejut melihat perubahan Jessy yang seperti dirasuk hantu.

"Apa masalah korang eh sebenarnya? Ok fine.. Nak cakap Jaewon tu jahat.. Ye.. Memang dulu dia jahat... Aku pun tahu.. At least.. Jahat dia terang terangan.. Lagi better dari orang yang jahat diam diam.. Perangai macam setan. " sengaja Jessy menekankan perkataan yang akhir kerana dia mengesyaki bahawa ada salah seorang dari pelajar kelasnya yang menjadi dalang untuk semua ini.
.
.
Selepas Jessy keluar, Jiyong masuk kedalam kelas mereka.

"HAHAHAHA... Jaewon ni kelakar ah.. Nak perempuan backup ke?? " Jiyong tergelak kecil.

"Oppa.. Jangan cakap macam tu.. Nanti oppa yang kena kalau dia dengar... " kata Ni Na

"Hah... Tengok muka aku.. Ada aku kesah? Dia tu acah gempak je... " Jiyong menghamburkan kata katanya.

"bast@rd..." bisik Ni Na dalam hati.
.
.
.

Jessy bergegas bertemu Seungri dan Sungjae.

"Korang.. Tolong aku.. " kata Jessy perlahan.

"Kenapa?? " balas mereka berdua.

Jessy menceritakan segala galanya kepada mereka berdua.

"Sekarang ... Aku nak cari Minhyuk... " kata Jessy.

"Jom jom jom.. Aku rasa.. Dia suspek pertama... " kata Sungjae.

"Pertama? Siapa yang kedua? " Jessy hairan.

"Jiyong! " jawab Seungri dan Sungjae serentak.

Jessy memikirkan sesuatu.

Nampaknya, Jaewon dan Jiyong memang bermusuh ketat sehinggakan mereka berdua tahu.

.

Mereka mencari Minhyuk di merata rata kawasan di sekolah. Dan akhirnya...

"Bingo... " Jessy melebarkan senyumannya apabila melihat Minhyuk dan beberapa orang rakannya sedang menghisap rokok di belakang bangunan sekolah.

"Apa kau nak?! " kata salah seorang dari mereka, iaitu Changsuk.

"Kitorang tak nak kau.. Dan dua orang member kau.. Kitorang nak Si Handsome Minhyuk.. " kata Seungri sinis.

Lantas dia dan Sungjae menghalau yang lain dan tinggal Minhyuk seorang diri.

"Apahal cari aku... " kata Minhyuk dengan kasar.

"Baik kau cakap.. Kau ke yang letak gambar Jaewom dalam kelas? " teriak Seungri.

"Apahal aku pulak.. Tak ada orang lain ke nak tuduh?! " balas Minhyuk. Dia cuba melarikan diri, tapi gagal kerana kolar barunya dicengkam oleh Sungjae.

"Baik kau ngaku.. Sebelum kau kena belasah! " Sungjae sudah hilang sabar.

"Oh.. Korang berdua nak belasah aku? Dua lawan satu? Tak adil bro.. " Minhyuk tersengih jahat.

Jessy merenung tepat kedalam mata coklat milik Minhyuk.

"Bukan diorang.. Aku yang belasah kau..." Jessy pula yang telah mencengkam kolar Minhyuk.

"Hah?! Perempuan? Kelakar ah.. Kau tu.. Sekali aku sentuh.. Diam en.. " Minhyuk membalas pandangan Jessy.

Dengan sekelip mata, Jessy menghadiahkan satu tumbukan padu di muka kacak milik Minhyuk.

Tumbukan yang menyebabkan kepala Minhyuk pusing.

"Aku cakap serious.. Kau jangan ingat.. Aku ni perempuan biasa.. Kalau kau tak nak.. Ambulance datang ambik kau jap lagi.. BAIK KAU CAKAP! " Jessy menumbuk numbuk perut Minhyuk. Dia telah melepaskan amarahnya.

Minhyuk mengerang kesakitan. Dia berasa takut melihat muka bengis Jessy.

"Perempuan aaa.. Apa kau ni?! " Minhyuk bercakap sambil terketar ketar.

"perempuan yang akan hancurkan muka kau kejap lagi. " Jessy menampar kuat pipi Minhyuk. Dia sudah tidak memikirkan apa apa selain daripada siapakah dalang semua ini.

"Ok ok!!! " Minhyuk menghalang mukanya dari dipukul oleh Jessy

Seungri dan Sungjae terdiam apabila melihat Jessy mengamuk sebegitu rupa.

"CAKAP LAH BODOH! " teriak Jessy.

"Jjii... Jiyong... Dia yang suruh aku buat.. " Minhyuk sudah tewas.

Sungjae Seungri dan Jessy saling berpandangan. Nampaknya mereka benar tentang suspek kedua.

"Kau tau.. Apa sebab Jiyong buat macam tu? " soal Jessy . Dia melepaskan Minhyuk.

"Aa.. Aku tak tahu.. Apa yang aku tahu.. Jiyong tak suka One.. Tu je.. " Minhyuk berkata dengan jujur.

"Ok.. Fine.. Kalau kau bagi tahu... Aku yang pukul kau.. Aku sumpah.. Lepas ni kau dah tak hidup.. Aku tak kisah kalau masuk penjara sekalipun.. Asalkan kau mati. " ugut Jessy.

"Yy.. Yeee.. Aa.. Aku tak bagi tahu... " Minhyuk menundukkan kepalanya.

"Satu lagi.. Jangan kacau Jaewon.. Tu amaran keras dari aku.. " Jessy mendekatkan wajahnya ke muka Minhyuk.

"Ye ye.. Aku tak kacau.. "

"so now.. Kita kawan.. " Jessy menghulurkan tangannya kepada Minhyuk.

Minhyuk meyambut tangan Jessy dengan wajah ketakutan.
.
.
"Settle... " kata mereka bertiga sambil tersengih.

PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)Where stories live. Discover now