Sudah 3 hari pemergian Jaena.
Jaewon seperti orang tidak betul.
Dia tidak mahu makan.. mahupun minum.
Dia juga tidak kesekolah hari itu.
"Mama.. Jess dah balikk" kata Jessy sambil membawa seekor anak kucing di tangan.
"Aih... Anak kucing?" Tanya puan Amy.
"Haah.. nak tunjuk kat Jaewon la mama.. kesian Jess tengok dia tu.. murung je.. lagipun exam dah nak dekat.. harap dia okay lah.."
"Haa yelah.. pergi bawa nasi ni kat dia.. tak nak makan dah berapa hari tu.. nanti sakit."
"Okay mama.."
Jaewon's POv
Memang.. sedih sangat bila Jaena dah tak ada... Senyuman dia dah hilang..
Aku rindu cara dia kacau aku..
Rindu segala galanya..
Luka aku masih sakit.
Macam mana Jessy pergi sekolah.. dengan luka macam tu?
Pintu bilik dikuak.
"Jaewon.. tengok aku bawa balik apa.." kata Jessy..
Muka dia sangat ceria..
Aku tahu..
Dia ceria untuk aku..Dia bawa balik anak kucing.
"Jaewon.. nah.." Jessy menghulurkan anak kucing itu kepada aku.
"Terima kasih.." balas aku.
Aku tengok luka luka di muka dan tangan Jessy.
Aku selak bajunya.
Masih banyak luka..
"Kenapa kau pergi sekolah?"
"Sebab kita nak exam.. nanti kalau cikgu bagi nota.. tak ada lah kau tertinggal.. at least.. Aku boleh bagi tahu kau .."
Aku menangis tiba tiba.
Bukan sebab Jaena...
Tapi sebab Jessy.. sanggup pergi sekolah.. walaupun sakit.. semata mata untuk memberinya segala nota nota penting sebelum peperiksaan.
"Kau belum sembuh.. kita dua belum sembuh.. kau tak boleh buat macam ni.."
Tiba tiba Jessy menangis..
"Eh.. kenapa kau nangis ni..." Aku mula risau..
"A..Aku sakit.." kata Jessy.. air matanya tak berhenti dari mengalir.
"Sakit kat mana?"
"Lepas accident tu.. badan aku semua sakit... Tapi aku tak nak kita berdua teruk exam nanti.. sebab tu aku pergi sekolah.."
Pertama kali aku nampak Jessy selemah itu..
"Jess.. tak apa.. jangan paksa diri untuk pergi sekolah.. kita lulus sama sama.. gagal sama sama.."
Jessy tetap menangis
Aku menyesal bawa motor laju haritu.
"Jess.. aku minta maaf.. sebab kan aku.. kau sakit macam nii..akuu...."
Belum sempat aku habis cakap.
Jessy dah peluk aku..
"Ann.. andwae.. aku nangis.. sebenarnya sebab aku rindukan Jaena.. aku kuat hanya untuk kau.. kau jangan laa sedih sedih lagi.. kau sedih aku lagi sedih.. kita doakan Jaena selamat je.. tolonglah Jaewon.. kau kena kuat.."
Jessy mencium dahi aku.
Aku pun turut menangis.
"Yes Jessy.. aku akan kuat.."...
Aku memeluk Jessy dengan erat.
YOU ARE READING
PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)
De Todo"kau hebat.. sebab kau.. salah satu perempuan yang dapat turunkan ego aku.." "Kenapa kau baik dengan aku?" "Sebab aku sayang kau.." Start : 18 October 2017 End : dah end dah