SO HOW?

398 25 0
                                    

"So.. How?? " soal Jessy.

"How apa? " balas Jaewon.

Jessy tahu bahawa Jaewon menyimpan perasaan terhadapnya tetapi dia masih memerlukan kepastian daripada Jaewon.

"Kau nak ke kahwin dengan aku? " soal Jessy lagi sekali.

"Aku dah cakap tadi.. Kalau kau okay.. Aku okay.. Aku tak kisah.. " balas Jaewon.

"Macam mana kalau aku tak jadi isteri yang macam kau nak.. "

"Aku tak pernah terfikir nak kahwin. So aku tak kisah. "

"Macam mana kalau kau tak suka aku? "

"Tu nanti lah cerita. "

"Kalau nanti kau benci aku macam mana? "

"Kalau kau tak buat hal yang menjatuhkan maruah. Aku takkan benci kau.. "

"Kalau budak sekolah tahu? "

"Dorang takkan tahu kalau tak ada yang bocorkan. "

"Kalauu... "

Belum sempat Jessy menghabiskan ayatnya, Jaewon telah menutup mulut Jessy menggunakan tapak tangannya.

"Kau ni... Banyak tanya ah.. Kita kahwin jelah.. Ni untuk Jaena jugak.. Kalau kau tak nak.. Cakap siap siap.. Jangan seksa aku..."

"Ah.. Ok.. Aa.. Aku okay... Ye... Untuk Jaena.. " Nafas Jessy tersekat sekat.

"Malam ni. Kita bagi tahu diorang semua. Kan senang.. " kata Jaewon

"Haa. Okay.. Betul lah tu.. "

.
.
Jessy hanya duduk bersama Jaena selepas itu.

"Unnie.. Jaena minta maaf. Kalau Jaena memaksa.. " kata Jaena perlahan.

"Eh.. Tak adalah... Unnie memang dah setuju nak kahwin dengan abang.. Bukan terpaksa.. Kami suka sama suka... " bohong Jessy. Dia pun tidak pasti benar atau tidak bahawa Jaewon sukakannya.

"Jaena rasa bahagia sangat duduk dalam rumah ni.. Mama, papa.. Abang Jimmy dengan abang Jason layan Jaena dengan baik.. Unnie pun.. "

"Kita semua kan sayang Jaena... Mesti lah kitorang layan dengan baik.. "

"Jaena bersyukur.. Sekurang kurangnya.. Jaena dapat rasa bahagia.. Sebelum Jaena pergi.. "

"Aih Jaena.. Apa cakap macam tu.. Everything will be fine.. Jaena akan sihat.. Kalau Jaena sihat.. Unnie bawa Jaena jalan jalan.. "

"Ye.. Jaena akan kuat! " Jaena mula mengukir senyuman.

.
.
.
Malam itu di meja makan, Jaewon dan Jessy bersedia untuk memberi jawapan.

"Um.. Mama.. Papa.  Kami dah buat keputusan. " Jessy memulakan bicara.

Semua mata tertancap kearah Jessy dan Jaewon .

"Kami setuju.. Untuk kahwin.. Tapi.. Harap perkara ni tak dihebohkan... Sebab kami masih bersekolah. " kata Jaewon.

Jessy melihat bahawa seluruh ahli keluarganya mengukir senyuman dan mengucapkan syukur.

"So..  Plan wedding bila? " soal Encik Jung.

"Tak kisah. " balas Jessy.

"Jadi..  Kita set tarikh bulan depan." Kata Puan Amy.

Jessy menunduk malu.  Dia tidak sangka bahawa akan menjadi seorang isteri dalam usia yang sangat muda.

Begitu juga Jaewon. Dia tidak menyangka bahawa Jessy akan menjadi isteri nya. Lebih tepat sekali, Jessy menjadi miliknya.

"Perghh..  Adik nak kahwin ah..  Ma..  Lepas ni ada baby laa rumah kita.. " kata Jimmy.

"Abang ni..  Dari tadi au. Melebih ah. " Jessy sudah berang.

.
.
.

PSYCHO SENIOR.. (사이코 선배)Where stories live. Discover now