" Babah .. Adik muda lagi la . Adik baru umur 25 tahun . Adik tak mau la kahwin dengan si Hamka tu . Kalau babah nak tau , dia tu annoying , poyo , berlagak macho . Mulut dia tu , ya Allah , memang kurang ajar gila a.k.a. tak pernah bayar insurans . Sakit tau hati adik ni bila bercakap dengan dia ," kata Dyana Rose .
" Ish ish ish .. Tak sangka babah dia macam tu ," balas Encik Kamal . " Ha kan . Dia tu bukannya baik mana pun babah . Dia tu kuat berlakon ," hasut Dyana Rose . " Sudah sudahlah tu adik . Tak payahlah kamu nak burukkan orang dekat babah . Babah kenal dia daripada lahir lagi . Macam mana babah kenal kamu , macam tu jugaklah babah kenal dia ," balas Encik Kamal .
" Tapi babah , kalau kami tak bahagia macam mana . Babah sanggup tengok ke adik bercerai-berai . Babah sanggup ke tengok afik jadi macam tu ? Babah memang suka bagi adik menderita ke ? Babah tak kesiankan adik ke ?" balas Dyana Rose dengan nada sayu yang dibuat-buat .
" Cukup-cukuplah berdrama adik . Meluat pulak babah tengok kamu ni . Memang patutlah kak long dengan angah panggil kamu miss drama queen ," balas Encik Kamal . ' aduh macam mana boleh kantoi gelaran aku tu . And macam mana babah tau yang aku tengah berdrama ?' omel Dyana Rose .
" Sekarang ni babah tak kisah apa pun alasan kamu , babah still dengan keputusan babah . Full stop ," tegas Encik Kamal .
" Okay . Adik kahwin dengan dia tapi ada syarat dia ," balas Dyana Rose sambil tersenyum sinis . " apa syarat kamu tu ?" soal Encik Kamal . Dyana Rose tersenyum menandakan dia menang , lalu dia memberitahu syarat yang dia buat . " macam mana ? Babah setuju tak ?" soal Dyana Rose .
" babah tak setuju dengan syarat kamu tu . Kamu tau tak yang kahwin kontrak tu berdosa . Babah tak tanggung dosa kamu ," balas Encik Kamal . " kalau babah tak setuju , adik tak nak kahwin dengan dia ," balas Dyana Rose .
" kamu jangan lupa Dyana , babah boleh paksa kamu kahwin walaupun tak dapat persetujuan daripada kamu ," .
' Ha . Bagus . Good job babah . Pandai babah ugut adik . Pandai babah main hal kahwin ni diselitkan dengan agama ,' omel Dyana Rose dalam hati .
" Okay fine . I agree . I agree to marriage with that strange guy ," balas Dyana Rose yang malas untuk berdebat dengan babahnya .
" Hamka ikut je cakap Papa . Kalau Hamka tak setuju pun , Papa still paksa Hamka so dengan rela hati Hamka terima perkahwinan ni and tak ada istilah kahwin paksa ," balas Muammar Hamka . " Bagus anak papa ni ," puji Encik Haikal .
" Tapi Papa , Hamka ada syaratnya ," balas Muammar Hamka . Terus mati senyum yang terukir pada bibir Encik Haikal .
" Apa syaratnya ? Kalau syarat kamu tu merepek jangan harap papa ikut syarat kamu tu ," soal Encik Haikal sambil memberi amaran kepada anaknya ." Syaratnya ialah .. Hamka tak nak ramai orang tau pasal perkahwinan kita orang . Hamka hanya nak saudara-mara and kenalan kita sahaja tau pasal perkahwinan ni . Kalau papa tak boleh ikut syarat ni , memang dalam mimpi papa ajelah Hamka kahwin dengan minah drama queen tu ," jawab Muammar Hamka yang berbau mengugut .
" macam mana papa setuju tak ?".
" Baiklah . Papa setuju . Apa sangatlah kamu punya syarat tu . Syarat kamu tu hanyalah small matter je ," jawab Encik Haikal . Muammar Hamka hanya tersenyum menandakan yang dia menanh dalam pertarungan ini .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...