Keadaan di dalam kereta milik Muammar Hamka menjadi sunyi kerana Dyana Rose tertidur akibat kepenatan berjalan jauh . Pada mula Muammar Hamka tidak menyedari bahawa Dyana Rose sedang nyenyak tidur di sebelahnya namun secara tiba tiba dia berasa pelik kerana selalunya jika Dyana Rose berada di dalam kereta dia mesti membuat bising tetapi sekarang isterinya sedang enak dibuai mimpi .
Muammar Hamka menoleh sekilas ke arah isterinya lalu dia tersenyum kecil apabila dia melihat isterinya sedang dibuai mimpi .
" Patutlah sunyi . Rupa rupanya dia tengah syok layan mimpi . Apa punya binilah dia ni . Kot iya pun temanlah aku tengah memandu sorang sorang ni ," bebel Muammar Hamka . Dengan perasaan iri hati , Muammar Hamka mengejut isterinya daripada tidur .
" Dyana . Bangunlah . Kau temanlah aku yang tengah memandu ni ," panggil Muammar Hamka . Namun tidak dilayan oleh isterinya .
" Okay fine . Kau tak nak bangun kan . Tak apa kali ni aku lepaskan kau sebab rumah umi kau dah nak sampai ," kata Muammar Hamka
Setelah mereka sampai di rumah Puan Haliza di Pontian , Johor , Muammar Hamka pun cuba untuk mengejutkan isterinya tetapi Dyana Rose tidak menunjukkan tanda yang dia akan terjaga daripada tidur .
Lalu Muammar Hamka pun keluar daripada kereta dahulu untuk bersalaman dengan ibu dan ayah mertuanya sebelum dia sambung mengejutkan isterinya .
" Assalamualaikum , umi babah ," sapa Muammar Hamka .
" Waalaikumusalam . La dah sampai kamu berdua ?" jawab Encik Kamal dengan mendatar kerana dia tidak nampak wajah anak bongsunya .
" Aik . Kata Dyana balik sekali dengan kamu . Mana dia ?" soal Encik Kamal ." Ohh . Dyana , dia tengah tidur lagi dalam kereta tu . Saya dah kejutkan dia tapi dia tak nak bangun juga ," jelas Muammar Hamka .
" Dyana tu susah sikit nak bangun . Dia tu jenis tidur mati . Umi rasa lagi bagus kamu terus angkat dia naik atas kalau dia tak bangun juga ," terang Puan Haliza . Muammar Hamka terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja dikataan oleh ibu mertuanya .
' Sampai macam tu sekali . Habis patah riuk tulang aku kalau aku angkat minah tu ,' omel Muammar Hamka dalam hati sambil membuat muka tak rela mengangkat isterinya .
" Kalau macam tu , saya cuba lagi sekali untuk kejutkan Dyana . Kalau dia tak bangun juga , saya angkat dia teruslah ," balas Muammar Hamka terpaksa . Lalu dia pun pergi ke arah keretanya . Selepas dia mematikan enjin keretanya , dia pergi ke arah isterinya yang sedang tidur .
" Dyana bangunlah . Kau agak agaklah nak suruh aku angkat kau masuk bilik . Dahlah kau tu gemuk ," bebel Muammar Hamka kepada isterinya .
Sebenarnya Dyana Rose dah lama sedar daripada tidurnya . Dia sudah sedar ketika suaminya panggilnya waktu sebelum suaminya turun daripada kereta bersalaman dengan ibu bapanya lagi . Tetapi dia saja pura pura tidur kerana dia mahu suaminya mengangkatnya masuk dalam bilik dia . Dyana Rose curi curi tengok suaminya yang sedang sibuk bersembang dengan ibu bapanya . Dia hampir tergelak apabila melihat muka cuak suaminya .
' Takut nak kena angkat aku la tu . Mr. Ayat Deep . Kau jangan risau . Aku ni ringan je . Ringan macam beras 10 kg sebanyak 5 pack . Hahaha ,' omel Dyana Rose dalam hati .
" Dyana bangunlah . Kau ingat kau ni princess ke siap nak suruh orang angkat kau bagai ," bebel Muammar Hamka lagi .
" Ish minah ni . Dah la gemuk ," marah Muammar Hamka . Dyana Rose agak terasa apabila Muammar Hamka memanggilnya gemuk .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...