Setelah mereka selesai menjamu selera . Dyana Rose pun pergi ke arah laci tersebut untuk membaca surat yang mereka bahas sebentar tadi . Dia mencari surat tersebut apabila dia terjumpa surat tersebut dia pun membuka surat tersebut untuk dibaca .
' Assalamualaikum Cik Raisya . Terima kasih sebab dah tolong bayarkan kos kereta saya yang rosak akibat kita berdua berlanggar . Saya tahu cara saya ini agak lapuk . Sebenarnya saya seorang lelaki yang tak pandai tentang hal hal yang sweet . Tapi saya ikhlas nak ucapkan terima kasih dekat awak .
Kalau awak ada apa apa masalah saya sedia untuk membantu awak . Yang pasal kos kerosakan kereta awak nanti saya bayar . Tapi awak kena tunjukkan bukti berapa harga repair kereta awak ,' .
Selepas Dyana Rose dan Puteri Raisya selesai membaca surat tersebut , Dyana Rose rasa seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh sahabat baiknya . Dyana Rose memang Puteri Raisya seperti bertanya apa yang terjadi antara Puteri Raisya dengan lelaki yang tulis surat tersebut . Puteri Raisya dapat mengagak siapa yang telah menulis surat buatnya . Dyana Rose mengangkat kening sambil memberi renungan yang tajam kepada sahabatnya . Puteri Raisya menelan liurnya dan dia tidak berani memandang Dyana Rose .
" Ada apa apa yang kau nak cerita dekat aku ?" soal Dyana Rose dengan mendatar . Puteri Raisya menelan air liur dan dia berasa perit untuk menelannya . Puteri Raisya hanya mampu tersenyum sahaja .
" Errr .. Dyana , aku rasa aku ada kerja yang tak siap lagi ni . Aku naik atas dulu ye sebab kerja tu kena hantar esok ," dalih Puteri Raisya . Dia cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan Dyana Rose kerana dia tahu mesti Dyana Rose akan memarahinya jika Dyana Rose mengetahui perkara tersebut .
Sebaik sahaja Puteri Raisya ingin melangkah , Dyana Rose sudah menghalangnya . " Baik kau cerita cepat sebab aku janji aku tak marah dekat kau ," kata Dyana Rose .
" Eh tak payahlah . Sebab sekarang ni cerita pasal kisah cinta kau bukan aku . Kalau kau nak tahu kau tunggulah konflik cinta kau selesai . Lepas tu aku cerita dekat kau ," jawab Puteri Raisya dengan yakin .
" Betul juga kan . Tak apa kali ni aku lepaskan kau sebab cerita aku tak tamat lagi . Nanti bila dah tamat aku soal selidik kau puas puas ," balas Dyana Rose . Lalu Puteri Raisya menghela nafas lega .
" By the way Dyana , kau ni memang drama queen kan . Kita ni bukannya tengah berlakon atau seupama dengannya . Nak kata kita buat novel pun tak . Yang kau nak over sangat sampai nak tunggu konflik cinta kau habis tu buat apa ," bidas Puteri Raisya .
" Dah kau cakap macam tu . Aku pun layan je la ," jawab Dyana Rose dengan selamba . Puteri Raisya tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya .
" Eh sejak bila kau ada lesung pipit . Kau buat plastic surgery ek dekat Thailand hari tu ," sakat Dyana Rose yang berpura pura terkejut .
" Kurang ajar kau . Aku memang ada lesung pipit la cuma tak dalam . Dan lesung pipit aku original . Aku ada lesung pipit belah kanan . Ha tengok ni ," balas Puteri Raisya sambil menunjuk lesung pipit .
" Patutlah ," jawab Dyana Rose dengan pendek .
" Apa yang patutlah nya ?" soal Puteri Raisya dengan pelik .
" Iyalah . Kau dengan si Hamka tu ada lesung pipit ," jawab Dyana Rose.
" Jadi apa kaitan kami berdua ?" soal Puteri Raisya yang mula bingung dengan apa yang dikatakan oleh Dyana Rose . Dyana Rose terus bangun dan menjauhi Puteri Raisya . Kening Puteri Raisya terangkat dengan sendiri apabila melihat Dyana Rose cuba untuk menjauhinya .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
De TodoDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...