Bab 18

551 11 0
                                    

Selama beberapa hari ini telefon Dyana Rose selalu sangat berdering dan pemanggil tetapnya ialah Muammar Hamka . Kejadian tersebut itu masih berlaku ketika Dyana Rose dan Puteri Raisya sedang bersarapan . Muammar Hamka menelefon Dyana Rose tetapi tidak dijawab olehnya kerana hatinya sudah tawar untuk bersama dengan Muammar Hamka . Puteri Raisya hanya mampu melihat perbuatan Dyana Rose . Dia sudah rasa rimas dengan bunyi telefon pintar Dyana Rose lali dia pun bersuara .

" Beb please angkat call tu sebab aku dah penat dengar telefon kau berbunyi . Please angkat call tu ," marah Puteri Raisya kepada Dyana Rose . Dengan terpaksa Dyana Rose mengangkat telefon tersebut dan dia pun beredar daripada meja makan .

" Hello ," sapa Dyana Rose dengan kasar .

" Hello Dyana . Ni mama . Boleh tak kamu datang rumah mama sebab Hamka tengah demam sekarang ni dan tak ada sesiapa nak jaga dia ," kata Puan Malisa .

" Dyana rasa lagi baik mama call sepupu kesayangan dia tu . Sebab sepupu dia tu kan lagi penting daripada Dyana ," jawab Dyana Rose tanpa berselindung .

" Kenapa kamu cakap macam tu . Sekarang ni dia asyik sebut nama kamu ," balas Puan Malisa . Dyana Rose tersenyum sinis dengan percakapan Puan Malisa .

" Oh . Sekarang ni baru dia tahu nak cari Dyana . Time dia sakit baru nak teringatkan Dyana . Time dia tengah sihat dia langsung tak cari Dyana . Please mama bagi Dyana masa ," balas Dyana Rose dengan sebak .

" Please sayang . Tolong jagakan dia . Kalau kamu tak boleh buat untuk dia . Kamu buatlah untuk mama ," pujuk Puan Malisa .

" Baiklah . Kejap lagi Dyana datang rumah mama ," jawab Dyana Rose .

" Terima kasih sayang ," balas Puan Malisa . Lalu mereka pun menamatkan panggil mereka .

" Hamka . Mama dah jumpa siapa yang layak jaga kamu sekarang ni ," kata Puan Malisa sambil melihat ke arah Muammar Hamka yang dengan tidur akibat terkena penyakit demam .

Setelah dia tamat bersembang dengan si pemanggil . Dia pun masuk ke dalam rumah Puteri Raisya dan pergi ke arah meja makan untuk menyambung makan .

" Apa dia nak ?" soal Puteri Raisya .

" Mama dia yang call bukan dia ," jawab Dyana Rose .

" So apa mama dia nak ?" soal Puteri Raisya .

" Mama dia nak aku jaga anak dia yang tengah demam . Time dia sakit boleh pula dia cari aku . Time dia sihat dia langsung tak ingat dekat aku ," jawab Dyana Rose dengan sebak . Puteri Raisya terus memeluk sahabatnya untuk menenangkan sahabatnya itu .

" Kau nak aku hantarkan kau ke ?" soal Puteri Raisya yang bersimpati dengan nasib sahabatnya itu .

" Kalau kau sayangkan aku , boleh tak kau hantarkan aku dekat rumah mama si Hamka tu ?" soal Dyana Rose dengan manja .

" Itu memang tujuan kau kan . Tapi disebabkan aku sayang kau , aku akan hantar kau dekat rumah mama dia tapi kau kena tunjuk jalan dia ," jawab Puteri Raisya .

" Baik bos . Tapi beb , mungkin hari ni aku tak balik rumah kau . Sebab aq rasa mak mertua aku suruh aku tidur dekat rumah dia ," balas Dyana Rose .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now