" Seronok ke keluar tadi sampai waktu macam ni baru balik rumah ," soal Muammar Hamka kepada isterinya yang baru pulang ke rumah . Dyana Rose terkejut dengan teguran Muammar Hamka . Ya . Dia tahu dia pulang lambat tapi tak adalah lambat sangat sampai lewat malam . Dia cuma pulang selepas waktu Maghrib sebab dia berhenti solat dekat masjid yang terdekat .
" Seronok . Tapi biasalah perempuan kalau dah berjumpa memang dah lupa nak tengok jam . Jadi saya nak minta maaf sebab balik lambat ," jelas Dyana Rose . Dia agak gerun bila melihat muka suaminya yang agak keruh .
" Eh . Mana pergi kau aku yang kau selalu cakapkan tu . Dah hilang ke bila kau dah buat salah ," balas Muammar Hamka yang agak pedas .
' Dia ni memang nak bagi aku panas ke apa ni ?' soal Dyana Rose kepada dirinya sendiri . Dyana Rose malas mahu melayan amarah Muammar Hamka ketika itu , lalu dia pun beredar dari situ .
Muammar Hamka agak terkejut dengan tindakan Dyana Rose yang beredar tanpa sebarang kata-kata .
" Dyana , aku tak habis cakap lagi dengan kau . Kau boleh blah macam tu je ," jerkah Muammar Hamka tetapi tidak diendahkan oleh Dyana Rose .
" Okay fine . Mulai sekarang kau buat hal kau dan aku buat hal aku ," sambung Muammar Hamka lagi . Lalu Muammar Hamka menghempaskan tubuhnya di atas sofa . Cerita yang ditayangkan di kaca televisyen pun sudah tidak dapat menarik minatnya untuk menonton kerana dia masih berasa marah dengan Dyana Rose .
" Buat penat je aku risau dengan keadaan dia . At last , dia langsung tak ada rasa bersalah balik lambat . Ni memang buat aku marah gila-gila ," omel Muammar Hamka sambil menggaru kepalanya dengan kasar walaupun tidak berasa gatal . Secara tidak sengaja Muammar Hamka mendapat satu idea yang jahat .
" Kau tunggulah apa yang aku akan buat nanti dekat kau ," omel Muammar Hamka seorang diri sambil tersenyum sinis .
Ketika Dyana Rose berada di dalam bilik . Dia berasa pelik dengan kelakuan Muammar Hamka sebentar tadi .
" Yang dia over lebih tu apahal ? Aku bukannya balik pukul tiga empat pagi pun . Aku balik lepas Maghrib ni pun bersebablah bukannya aku saja-saja balik lambat . Dia ingat aku ni bawa kereta macam F1 ke tak pun macam Fast and Furious . Kalau dia nak tahu , aku ni bawa kereta penuh hati-hati . Mana berani aku bawa kereta laju-laju . Nak je aku sembur dia tadi . Tapi aku masih rasa bersalah and aku tak nak benda ni berlarutan so that's why aku blah . Huhh . Malas aku nak fikir pasal benda ni lagi ," bebel Dyana Rose seorang diri .
Seperti biasa Dyana Rose bangun awal untuk membuat sarapan selepas dia sudah menunaikan kewajipan dia sebagai seorang umat islam .
Selepas dia selesai menyiapkan sarapan , dia pun menunggu suaminya turun untuk sarapan bersamanya .
Selang beberapa minit Dyana Rose selesai memasak , Muammar Hamka pun turun ke ruang tamu . Bau nasi goreng yang digoreng Dyana Rose menusuk ke rongga hidungnya , namun sengaja dia mengabaikan perutnya yang sedang menunggu masa untuk diisi . ' Hamka . Kau jangan tergoda dengan bau nasi goreng tu . Kau kena boikot dia sampailah dia datang dekat kau dan mengaku salah dia dekat kau ,' omel Muammar Hamka dalam hatinya .
Lalu Muammar Hamka pergi ke arah pintu untuk memakai kasut kerjanya . Tanpa dia sedar , Dyana Rose sedang pergi ke arahnya .
" Awak .. Kenapa awak tak jamah sikit . Nanti perut awak masuk angin macam mana ?" tegur Dyana Rose dari belakang .
Setelah Muammar Hamka selesai memakai kasut kerjanya , dia pun bangun . " Tak apa . Aku tak lapar lagi ni . Lagipun aku dah lambat nak pergi kerja ," jawab Muammar Hamka acuh tak acuh . Tiba-tiba perut Muammar Hamka berbunyi tanda perutnya perlu diisi .
' Aduh perut . Time macam ni juga la kau nak berbunyi . Malu aku kau tahu tak ,' marah Muammar Hamka kepada perutnya dalam hati . Dyana Rose membuat muka menunjukkan dia menang pertarungan kali ini . Dengan berat , Muammar Hamka melangkah ke arah meja makan .
" Marah betul awak dekat saya ye ," .
" Buat apa aku nak marahkan kau . Kau bukan siapa siapa dalam hati aku ," balas Muammar Hamka dengan pedas .
" Oh okay ," balas Dyana Rose . Dia agak terasa dengan jawapan Muammar Hamka sebentar tadi . ' Eh kejap . Kenapa aku nak sentap bila dengar apa yang dia cakap tadi . Dyana , kau sepatutnya bersyukur dengan jawapan Hamka tadi . Nanti kalau korang dah bercerai , kau tak payah nak rasa bersalah sebab kau orang bukannya saling mencintai . So , kau jangan falling in love dekat dia ,' omel Dyana Rose dalam hati .
Selepas Muammar Hamka selesai menjamah makanan , dia pun bertolak ke tempat kerjanya .
" Hummm .. Aku ni tak habis-habis menganggur . Bila aku nak cari kerja . Babah tak habis - habis suruh aku kerja dekat syarikat dia . Tapi aku tak naklah bergantung dengan keluarga sendiri . Nanti pekerja dekat situ kata aku macam macam pula ," bebel Dyana Rose kepada dirinya yang sedang sibuk menonton televisyen .
Akibat Dyana Rose berasa begitu bosan , dia pun mengemas seluruh kawasan rumahnya termasuklah bilik tidur suaminya .
" Kemasnya bilik Hamka ni . Kalah bilik aku . Tapi tak apalah , baik aku kemas apa yang patut ," .
Lalu dia pun memulakan operasi mengemas bilik Muammar Hamka dan tanpa sengaja dia terjumpa satu fail yang menyimpan sijil-sijil suaminya .
" Tak salahkan aku nak tengok sijil suami aku sendiri ," soal Dyana Rose ..
" Salah tu memanglah tak . Tapi sepatutnya kau kenalah minta izin daripada dia dulu sebab tu bukan barang kau ,".
" Alah kau tengok je . Nanti nantilah kau minta izin tak pun kau minta maaf terus sebab kau bukannya sengaja jumpa fail ni ,".
" Betul juga tu . Nanti nantilah aku minta maaf dekat Hamka ," kata Dyana Rose yang tergoda dengan hasutan syaitan . Lalu dia pun membuka fail tersebut .
" Ohh .. Rupa-rupanya Hamka kerja arkitek . Memang patutlah rumah dia besar and cantik ," omel Dyana Rose seorang diri .
" Baik aku letak fail ni dekat tempat asal dia balik . Nanti tak pasal-pasal si Hamka marah aku sebab masuk bilik dia ," .
Sewaktu Dyana Rose ingin membuka pintu almari tiba-tiba dia ternampak sehelai foto jatuh ke lantai . Dengan perasaan ingin tahu , dia pun melihat foto tersebut . Di dalam foto tersebut ada Hamka dan seorang gadis yang berasa gembira sekali ketika meluncur pada musim salji .
Dengan rasa sakit hati , Dyana Rose menyimpan gambar tersebut .
" Ingat sweet ke meluncur sambil pegang tangan . Oh pleaselah ," kutuk Dyana Rose dengan membuat muka menyampah .
" Aku rasa mesti diorang ni ada hubungan istimewa . Sebab tulah diorang macam rapat semacam ," teka Dyana Rose .
" Wait . Yang aku nak serabut kepala nak fikir pasal apa hubungan diorang berdua buat apa . Baik aku fikir masalah aku sendiri sekarang ni ," bebel Dyana Rose .
Lalu dia pun keluar daripada bilik suaminya dan pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen . Tapi fikirannya masih berada di awangan kerana dia masih memikirkan apa hubungan suaminya dengan gadis tersebut .
' Kalau dia orang ada hubungan istimewa kenapa dia orang tak kahwin berdua . And kenapa si Hamka terima cadangan ayah untuk berkahwin dengan aku sedangkan dia sendiri tak rela dengan perkahwinan ni ,' omel Dyana Rose yang berasa pelik dengan keputusan suaminya dulu untuk menikahinya .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
DiversosDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...