Bab 21

566 7 0
                                    

" Hello Hamka . Tolong mak long . Adriana accident ," kata Datin Dina sambil menangis teresak esak kerana sedih apabila mengetahui anaknya kemalangan di jalan raya .

" Baik mak long . Kejap lagi Hamka sampai ," balas Muammar Hamka yang sedang berada di dalam bilik . Lalu dia pun mematikan panggilan tersebut dengan riak terkejut apabila mengetahui adik sepupunya kemalangan . Dyana Rose agak pelik apabila melihat muka suaminya yang agak sedih apabila menjawab panggilan tersebut .

" Awak , siapa yang call tadi tu ?" soal Dyana Rose .

" Mak long call tadi , dia cakap Adriana accident . So hubby ingat nak pergi tengok dia ," jawab Muammar Hamka yang sedang bersiap untuk pergi ke hospital .

" Tapi awak tak berapa sihat lagi . Suhu badan awak baru je turun . Ni awak nak keluar pula , cubalah awak jaga kesihatan awak dulu sebelum jaga orang lain ," marah Dyana Rose .

" Ye hubby tahu sayang risaukan hubby . Tapi hubby lagi risaukan adik sepupu hubby ," balas Muammar Hamka .

" Okay but I'll go with you ," kata Dyana Rose . Lalu dia bersiap untuk pergi bersama Muammar Hamka .

" Kalau hubby tak bagi pun sayang still nak ikut jugak kan ?" kata Muammar Hamka .

" That's the point . Pandai la hubby saya ni ," kata Dyana Rose sambil mencubit kedua belah pipi suaminya . Muammar Hamka hanya tersenyum apabila dipuji oleh isterinya .

" Sayang dah siap belum ?" soal Muammar Hamka yang sedang menuruni tangga . Dia sengaja turun dulu kerana malas untuk menunggu isterinya yang sedang bersiap di dalam bilik .

" Kejap . Saya nak pakai tudung ," .

" Okay . Cepat sikit tau ," jerit Muammar Hamka dari bawah . Dyana Rose hanya menganggukkan kepalanya di dalam bilik . Setelah dia siap , dia pun turun ke bawah untuk berjumpa dengan suaminya yang sedang berehat di atas sofa .

" Jom hubby . Saya dah siap ," tegur Dyana Rose .

" Okay jom ,"

" Mana kunci kereta ?" soal Dyana Rose .

" Ada dekat hubby ni ," jawab Muammar Hamka sambil menunjuk kunci keretanya . Sepantas Dyana Rose merampas kunci kereta tersebut .

" Okay cun . Kalau macam tu biar sayang yang memandu sebab kunci kereta hubby ada dekat saya sekarang ni . Hahaha ," .

Muammar Hamka hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat isterinya yang seperti kebudak budakkan . Manakala Dyana Rose pergi ke arah kereta milik suaminya .

Setelah mereka sampai di hospital , mereka pun bergegas ke bilik kecemasan . Apabila mereka ternampak keluarga Adriana sedang menunggu doktor di ruang menunggu di bilik kecemasan , lalu mereka pun pergi ke arah Datin Dina dan Dato' Hashim .

" Mak long macam mana dengan keadaan Adriana ?" soal Muammar Hamka yamg begitu risau dengan keadaan adik sepupunya .


" Mak long pun tak tahu Hamka . Doktor pun tak keluar daripada ICU ni lagi . Mak long risaulah dengan keadaan Adriana , Hamka ," luah Datin Dina .

" Insyaallah Adriana selamat Mak long ," kata Dyana Rose . Datin Dina memberi pandangan yang tajam kepada Dyana Rose apabila dia mendengar Dyana Rose cuba menasihatinya . Kening Dyana Rose terangkat apabila melihat reaksi daripada Datin Dina .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now