Bab 22

503 9 0
                                    

Sebaik sahaja Datin Dina masuk ke dalam wad Adriana . Dengan tergesa gesa dia mengajak suaminya pulang ke rumah kononnya terasa kerana Adriana tidak mengingatinya . Lalu dia meminta Muammar Hamka untuk menjaga Adriana .

" Abang Hamka , betul ke abang Hamka dah kahwin ?" soal Adriana seperti budak kecil . Muammar Hamka melihat ke arah Dyana Rose . Dyana Rose hanya mengangkat bahunya . Muammar Hamka mengukir senyuman yang manis ke arah Adriana dan dia melepaskan pegangan tangannya terhadap Dyana Rose . Dyana Rose agak terkejut dengan tindakan Muammar Hamka .

" Ni kawan abang Hamka . Abang Hamka mana kahwin lagi . Adriana pun tahu tu ," jawab Muammar Hamka sambil dia mendekati Adriana . Dyana Rose tersentak apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Muammar Hamka . Dyana Rose rasa seperti mahu menangis apabila Muammar Hamka tidak menyatakan kebenaran . ' Wah sampai macam tu sekali kau nak cakap . Kau dah kahwin pun kau cakap tak kahwin lagi sebab nak jaga hati adik sepupu kau . Aku tak sangka kau macam ni ,' omel Dyana Rose dalam hati .

" Tapi tadi Dyana cakap dia isteri abang ," kata Adriana lagi .

" Dia main main je tu ,".

Dyana Rose mengukir senyuman paksa . Lalu dia pun mendekati Adriana dengan air mata yang bertakung pada kelopak matanya .

" Ye betul tu . Saya main main je tadi . Saya tak sangka yang awak percaya cakap saya tadi ," jawab Dyana Rose . Dyana Rose cuba untuk mengawal rasa sakit hatinya dan menahan air matanya daripada jatuh . Dia tahu dia ni seorang yang sensitif pada mulanya dia ingin beredar daripada situ apabila mendengar Muammar Hamka tidak mengakuinya sebagai isteri tetapi apabila difikirkan balik jika dia keluar begitu sahaja nampak sangat dia seperti perempuan yang terdesak nakkan Muammar Hamka untuk menjadi suaminya . Lalu Dyana Rose membuka Whatsapp dan dia menghantar mesej kepada Puteri Raisya .

Dyana Rose : Beb . Call aku kejap . Please .. Urgent ni .

Puteri Raisya : Kenapa ?

Dyana Rose : kau call je la . Please .. Aku dah tak boleh tahan ni .

Selang beberapa minit , telefon Dyana Rose berdering dengan ringtone somebady else cover by ebony day . Ibarat lagu itu memang sesuai dengan situasinya sekarang ini . Orang yang menelefon Dyana Rose ialah Puteri Raisya .

" Hello Dyana . Kau suruh aku call kau ?" soal Puteri Raisya .

" Kejap lagi aku cerita ," kata Dyana Rose .

" Awak . Saya keluar kejap tau . Ada orang call saya ," jerit Dyana Rose yang berada jauh daripada Muammar Hamka dan Adriana .

Muammar Hamka tidak menoleh ke arah isterinya malah dia hanya memberi isyarat tangan kepada isterinya tanda dia benarkan isteringa keluar . Terbeliak mata Dyana Rose apabila melihat suaminya seperti tidak mengendahkan dirinya .

' Okay fine . Kau jagalah dia sampai sembuh . Kau lebih jaga perasaan adik sepupu kau daripada aku , isteri kau ,' marah Dyana Rose lalu dia keluar daripada wad Adriana dengan hati yang hancur .

" Hello Raisya sorry sebab buat kau tunggu lama ," kata Dyana Rose di dalam talian dengan air mata yang mengalir . Dia pergi ke atas bumbung hospital tersebut untuk mencari ketenangan .

" Tak apa . By the way , kenapa kau suruh aku call kau ?" soal Puteri Raisya .

" Aku suruh kau call aku sebab aku nak keluar daripada neraka  ," .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now