" Kau ingat kau boleh lari ke kali ni ?" kata Muammar Hamka sambil tersenyum sinis .
" Lari ? What do you mean by that ?" soal Dyana Rose dengan gugup . Jantungnya sedang berdegup kencang seperti mahu pecah . Muammar Hamka mengangkat keningnya sambil tersenyum sinis .
" Kau tak faham lagi ke ?" soal Muammar Hamka sambil membuat muka miang . Dyana Rose mula memikirkan apa maksud kenyataan Muammar Hamka .
" Serious saya tak faham apa maksud awak ," jelas Dyana Rose .
" Okay . Biar aku terangkan maksud ayat aku ni dengan mudah supaya kau senang faham ," balas Muammar Hamka dengan penuh makna . Lalu Muammar Hamka pun mendekatkan mukanya dengan muka Dyana Rose . Dyana Rose mula berasa cuak dengan tindakan Muammar Hamka . Hanya tinggal beberapa inci lagi bibir mereka akan bertemu namun diganggu oleh seseorang .
Tuk tuk tuk . Puan Haliza mengetuk pintu bilik Dyana Rose . Apabila mereka mendengar ketukan mereka pun melihat ke arah pintu bilik tersebut secara serentak .
" Ye ," jawab Dyana Rose .
" Jom kita solat berjemaah sekali . Lepas tu kita sarapan sama sama ," jelas Puan Haliza . Lalu mereka berpandangan semula . Muammar Hamka memberi isyarat kepada Dyana Rose untuk membalas apa yang Puan Haliza katakan .
" Baik umi . Kejap lagi kita orang keluar ," balas Dyana Rose yang cuba mengawal suara gugupnya itu .
Selepas Puan Haliza beredar daripada pintu bilik mereka , Muammar Hamka pun melepaskan genggaman tangannya .
" Kau memang bernasib baik Dyana . Kalau tak , dah lama kau ," balas Muammar Hamka sambil melihat Dyana Rose atas bawah .
" Jadi ' sarapan ' aku ," sambung Muammar Hamka sambil tersenyum sinis . Lalu dia pun bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri .
Dyana Rose terkejut dengan apa yang Muammar Hamka katakan . Dia masih kaku di atas katilnya lagi . Dia tak dapat bayangkan jika uminya tidak datang tadi , mesti dia sudah jadi ' sarapan ' Muammar Hamka . Dyana Rose tak sanggup membayangkan perkara sebegitu dan dia tak akan benarkan benda itu terjadi . Lalu dia pun bangun daripada pembaringannya .
" Aku tak akan sesekali bagi kau sentuh aku Hamka . Kalau kau buat juga , kau jangan tanya aku kenapa kau ada dekat hospital ," omel Dyana Rose dengan jahat sambil ketawa jahat .
Adriana datang ke rumah Puan Malisa untuk melawat rumah ibu saudaranya . Ketika berada dihadapan pintu masuk rumah Puan Malisa , Adriana mengetuk pintu rumah tersebut dan dibuka oleh pembantu rumah Puan Malisa .
" Kak Yanti . Mana mak ngah ?" soal Adriana dengan angkuh .
" Puan Malisa ada di taman sedang bercucuk tanam ," jawab kak Yanti . Selepas dia mengetahui di mana ibu saudaranya berada dia terus pergi ke arah ibu saudaranya .
" Angkuhnya minah ni . Macam ni puan cakap anak sedara dia baik . Dari segi luaran memang nampak baik tapi dalam hati . Hurmmm . Hampeh ," kutuk Kak Yanti .
Adriana seorang gadis yang berhijab . Dia juga merupakan sepupu yang sangat rapat dengan Muammar Hamka . Adriana pernah menyimpan perasaan terhadap abang saudara iaitu Muammar Hamka tapi dia sedar Muammar Hamka hanya menyayanginya sebagai adik dan tidak lebih daripada itu . Sewaktu dia mendapat tahu bahawa Muammar Hamka akan berkahwin dengan perempuan pilihan ibu dan bapa Muammar Hamka , dia berasa sangat patah hati sehingga pada hari perkahwinan Muammar Hamka dia tidak hadir kerana dia benar-benar patah hati . Hatinya berkecai apabila mendapat berita tersebut . Dan kini dia kembali dengan buku baru .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RastgeleDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...