Bab 20

612 11 0
                                    

" Hubby bangun . Kita makan dulu lepas tu kita makan ubat ," kejut Dyana Rose kepada suaminya yang sedang tidur . Muammar Hamka hanya mengeliat apabila mendengar isterinya mengejutkannya daripada tidur tetapi dia tidak terjaga daripada tidurnya .

" Awak bangunlah . Lepas makan kita makan ubat ye nanti cepatlah awak sembuh daripada demam ," pujuk Dyana Rose tetapi masih tidak diendahkan oleh Muammar Hamka . ' Ish susahnya dia nak bangun . Nasiblah kau sakit , kalau kau sihat dah lama aku pukul kau guna hanger ,' bebel Dyana Rose dalam hati .

" Kalau awak bangun , saya janji saya akan kiss awak ," janji Dyana Rose . Selepas Muammar Hamka mendengar janji isterinya , terus dia bangun daripada tidurnya .

" Huish . Terus bangun nampak ," perli Dyana Rose .

" Hubby dah lama sedar sebenarnya . Daripada time sayang buka pintu lagi hubby dah sedar cuma hubby saja je nak tengok sayang hubby ni pandai pujuk hubby ke tak . And hubby tak sangka yang sayang hubby ni berani letak janji yang macam tu ," terang Muammar Hamka dengan panjang lebar. Lalu Dyana Rose terus mencekak pinggangnya .

" Ohh . Macam tu rupanya , kalau macam tu nanti time saya nak kejutkan awak saya guna air jelah ye sebab senang awak nak bangun daripada pembaringan awak tu ,".

" Amboi garangnya sayang hubby . Ni yang buat hubby bertambah geram dekat sayang ni . Hubby rasa macam nak kiss je bibir sayang tu . Hahaha ," kata Muammar Hamka sambil ketawa . Bibir Dyana Rose terus muncung apabila mendengar apa yang dikataan oleh suaminya .

" Kalau berani buatlah ," cabar Dyana Rose .

" Sayang jangan ingat hubby sakit hubby tak kuat . Kalau setakat sayang ni alah macam kek red velvet je ," kata Muammar Hamka dengan angkuh .

" Oh okay . Awak tunggu kejap sayang nak letak bubur ni lepas tu kita bertumbuk ye ," balas Dyana Rose . Lalu dia meletakkan dulang makanan tersebut di atas meja kecil di sebelah katil . Tanpa melengahkan masa lagi dia pun mendaki atas katil dan menuju ke arah suaminya .

" Ha jom kita bertumbuk ," cabar Dyana Rose . Muammar Hamka hanya mengangguk tanda dia menerima cabaran isterinya itu .

" Mak ngah mana abang Hamka ? Adriana dengar dia demam ," soal Adriana dengan cemas kepada ibu saudaranya . Baru sahaja dia sampai di rumah ibu saudaranya terus dia meluru ke arah ibu saudara yang sedang bercucuk tanam di tamannya .

Alangkah terkejutnya Puan Malisa apabila mendengar suara yang menegurnya daripada belakang . Nasib baik jantungnya tidak berhenti secara tiba tiba apabila mendengar suara daripada arah belakang .

" Ya Allah , Adriana nasib baik tak luruh jantung mak ngah ni . Kamu ni dah tak reti nak bagi salam ke Adriana ," marah Puan Malisa dengan lembut .

" Sorry lah mak ngah . Adriana terkejut bila dengar abang Hamka demam ," kata Adriana . Dia sedar dengan tindakan kurang ajarnya itu tapi apa boleh buat dia terlalu risaukan Muammar Hamka . Puan Malisa hanya menganggukkan kepalanya .

" Mak ngah .. Abang Hamka ada dalam bilik ke ?" soal Adriana kepada ibu saudaranya .

" Ada tapi dia ...,"  . Belum sempat Puan Malisa menghabiskan ayatnya , Adriana sudah pergi masuk ke dalam rumahnya Puan Malisa dan pergi ke arah bilik Muammar Hamka . Apabila Puan Malisa menoleh ke belakang sekejap dia hanya mampu berisghtifar dengan sikap anak saudaranya yang kadang kadang tidak menyenangkan .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now