Setelah Muammar Hamka siap untuk pergi ke tempat kerja . Dia ternampak sepucuk surat yang terselit di pintunya . Lalu dia pun mengambil surat tersebut
" Surat apa pula ni ?" soal Muammar Hamka dengan pelik sambil melihat surat tersebut . Lalu dia pun membuka surat tersebut untuk membacanya . Muammar Hamka meneliti isi surat tersebut dengan muka yang berkerut dia membaca surat tersebut . Lalu dia tersenyum sinis bila membaca surat tersebut .
" Wah . Kau dah tak sanggup nak berdepan dengan aku lagi ke Dyana ?" omel Muammar Hamka dengan tersenyum sinis . Lalu dia merenyuk surat tersebut dan membuatnya ke dalam tong sampah . Lalu dia mengambil telefonnya dan mencari nombor Dyana Rose yang tersimpan di dalam telefon pintarnya .
Muammar Hamka menghantar mesej kepada isterinya . ' Mungkin ini dapat buat kau sedar siapa kau dalam hidup aku ,' omel Muammar Hamka dalam hati . Lalu dia pun turun ke bawah untuk bersarapan .
" Eh . Mana sarapan aku ?" .
" Aduh lupa pula aku yang perempuan tu dah berambus . Dia pergi rumah kawan dia . Dia ingat aku kisah ke pasal hidup dia . Dahlah baik aku makan dekat luar ," kata Muammar Hamka sambil tersenyum tetapi dia tidak tahu kenapa hatinya rasa lain bila tiada Dyana Rose . Adakah dia sudah mulai sayangkan Dyana Rose atau itu hanya disebabkan dia rasa bersalah tapi itu bukan salahnya kerana dia sudah beritahu Dyana Rose yang mereka perlu membuat hal masing masing seperti mereka hidup bujang dahulu .
Ketika Dyana Rose sedang menyiapkan sarapan buatnya dan Puteri Raisya , secara tiba tiba telefonnya berdering tanda mesej masuk . Lalu dia mengambil telefon pintarnya untuk melihat siapa yang menghantar mesej tersebut . Apabila nama Muammar Hamka yang terpapar di skrin telefonnya dia mengambil keputusan untuk menyiapkan kerjanya dahulu baru membaca mesej tersebut kerana baginya mesej yang dihantar oleh Muammar Hamka semua tidak penting .
Setelah semua kerjanya selesai , Dyana Rose mengambil kembali telefon pintarnya untuk membaca mesej yang dihantar oleh Muammar Hamka .
' Aku tak kisah apa pun kau nak buat . Kalau kau keluar daripada rumah aku terus pun tak apa sebab aku dah muak tengok muka kau . Aku tak fahamlah kenapa mama papa aku suka sangat dengan kau . Kalau kau nak tahu , kau ni banyak menyusahkan aku . Macam yang kita janjikan kau buat hal kau dan aku buat hal aku . Aku tak nak kacau hidup aku dan aku pun tak akan kacau hidup kau . Lagi satu , kau jangan ingat aku akan pujuk kau balik ke rumah aku . Kalau kau setakat nak berangan tu bolehlah ,'
Kata Muammar Hamka di dalam mesej tersebut . Dyana Rose berasa sebak apabila membaca mesej tersebut . Dyana Rose tak tahu kenapa Muammar Hamka begitu kejam dengannya . Kerana dia takut Puteri Raisya nampak dia menangis , dia pun membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik air untuk menangis sepuas puasnya . Sewaktu dia mahu pergi ke bilik air , dia terserempak dengan Puteri Raisya .
" Wei kenapa kau tergesa gesa sangat ni ?" soal Puteri Raisya . Tetapi Dyana Rose tidak mengendahkan soalan Puteri Raisya . Puteri Raisya merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena . Lalu dia pun turun ke bawah untuk bersarapan tetapi dia ternampak telefon pintar Dyana Rose berada di atas meja makan . Dia pun mengambil telefon tersebut untuk melihat apa yang telah membuat sahabatnya menangis sampai macam itu .
' Sorry babe . Aku bukannya nak menyibuk hal rumah tangga kau tapi aku nak tahu apa yang terjadi dekat kau sebab kau dah buat aku risau sangat dengan kau ,' omel Puteri Raisya sambil melihat ke arah tangga di rumah . Lalu dia pun membaca mesej tersebut . Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isi kandung mesej tersebut .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...