Bab 2

821 16 0
                                    

Setelah cukup seminggu mereka tinggal di rumah keluarga Muammar Hamka . Mereka pun bercadang untuk tinggal di rumah sendiri iaitu di rumah Muammar Hamka . Pada mulanya keluarga Muammar Hamka tidak membenarkan mereka tinggal di rumah Muammar Hamka kerana mereka takut Muammar Hamka tak pandai menguruskan rumahtangganya . Memandangkan mereka kahwin secara paksa .

Dyana Rose memaksa Muammar Hamka untuk tinggal sendiri kerana dia tak mahu tidur satu bilik dengan lelaki itu lagi . Setelah Muammar Hamka berjaya memujuk orang tuanya , mereka pun pergi ke rumah Muammar Hamka .

" Kita dah sampai ," kata Muammar Hamka .

' Seriously ni rumah mamat ni . Besarnya rumah dia . Aku curious dengan pekerjaan dia sekarang ni ,' omel Dyana Rose .


' Minah ni dah kenapa termenung ?' soal Muammar Hamka kepada dirinya kerana pelik dengan reaksi isterinya .


" Woii kau dah kenapa tenung rumah aku macam kau nak rumah aku roboh ?" soal Muammar Hamka . Dyana Ros tersentak daripada lamunannya .


" Wei Hamka . Betul ke ni rumah kau ? Kau kerja apa wei ?" soal Dyana Rose . " Yang kau nak menyibuk hal aku kenapa ? Boleh tak kau buat hal kau je ," balas Muammar Hamka .

" Aku tanya sikit pun tak boleh ," jawab Dyana Rose yang sentap dengan jawapan Muammar Hamka . " None of your business. You just need to  mind your own business . Understand ," balas Muammar Hamka .

"Blah la kau . Menyampah pulak aku bila bersembang dengan kau . Dahlah poyo , over , macam-macam lagi la benda buruk melekat dekat kau ," bebel Dyana Rose sambil berjalan ke arah pintu . Muammar Hamka tersenyum apabila dia mendengar bebelan Dyana Rose .

' Eh .. Aku ni dah kenapa asyik tersenyum je bila tengok minah tu membebel ,' Muammar Hamka menyoal kepada dirinya sendiri . Terus mati senyumannya .

" Wei Hamka . Mana aku punya bilik . Yang kau berdiri dekat luar tu dah kenapa ? Kau nak aku pilih bilik aku sendiri ke apa ?" tegur Dyana Rose .

' Eh mamat ni . Boleh pulak dia buat tak tau je bila aku panggil dia ,' omel Dyana Rose . Lalu Dyana Rose pun mendekati Muammar Hamka yang masih lagi berdiri dan tidak bergerak langsung ibarat orang sedang memeriksa perbarisan .

" Ni peluang baik ni . Apa kata aku pulak bagi dia kejutan ," bisik Dyana Rose . Secara perlahan-lahan dia mendekatkan dirinya dengan Muammar Hamka . Satu ... Dua ..... Tiga .....

" Woiiii ," jerit Dyana Rose ke arah Muammar Hamka .

Muammar Hamka terkejut bukan kepalang . Tanpa sengaja Muammar Hamka tertarik Dyana Rose ketika hendak terjatuh .

Dyana Rose terjatuh atas Muammar Hamka dan kepala mereka terhentuk sesama sendiri . "  Arghh... Aduhhh . Sakitlah ngok ," marah Dyana Rose .

Lalu tanpa sengaja mata mereka bertembung . Masing-masing merasakan debaran yang luar biasa . Mereka berpandangan hanya beberapa minit sebelum tersedar ke alam nyata .

Apabila mereka kembali ke alam nyata , masing-masing berlagak biasa ibarat tiada apa-apa yang pernah berlaku ke atas diri mereka .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now