Bab 16

552 12 0
                                    

Disebabkan terlalu bosan , Dyana Rose pun mengemas rumah sewa Puteri Raisya . Ketika dia sedang seronok mengemas tiba tiba dia terjumpa sepucuk surat yang berada di dalam laci meja di ruang tamu rumah sewa Puteri Raisya . Pada mulanya , dia ingin membaca surat tersebut namun terbatal kerana surat tersebut belum dibuka oleh Puteri Raisya . Dyana Rose berasa hairan pada sampul surat tersebut kerana tiada nama si penghantar dan yang ada hanyalah nama Puteri Raisya .

" Siapa yang bagi surat ni dekat Raisya ? Raisya tak pernah cerita dekat aku pun pasal benda ni ," omel Dyana Rose . " Aku rasa baik aku tunggu Raisya dan aku akan soal siasat dia kaw kaw pasal surat ni ," kata Dyana Rose lagi . Selepas itu dia menyimpan kembali surat tersebut . Dia tahu apa hukum membaca sesuatu tanpa kebenaran adalah berdosa jadi dia mengambil keputusan untuk menunggu Puteri Raisya pulang ke rumah , baru dia suruh sahabatnya membaca isi kandungan surat tersebut dan menceritakan hal ini kepadanya .

Akhirnya , dia sudah selesai mengemas rumah sewa kawannya . Lalu dia menghempas tubuh ke atas sofa dan menonton televisyen . Ketika dia sedang  seronok menonton telefon , tiba tiba telefonnya berdering tanda ada panggil masuk . Lalu dia mengambil telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya sebaik sahaja dia melihat Muammar Hamka yang menelefonnya , dia mengambil keputusan untuk tidak menjawabnya .

" Gerenti dia call aku sebab nak sakitkan hati aku . Baik aku tak payah angkat call dia ni . Buat semak kepala saja ," kata Dyana Rose . Dia hanya mengerling ke arah telefon apabila telefonnya berdering lagi .

" Macam mana , Dyana angkat call kau tak ?" soal Adam kepada Muammar Hamka . Dia hanya menggelengkan kepalanya .

" Aku rasa ni memang plan diorang sebab time sebelum aku dengan dia gaduh , diorang terserempak dengan aku dan Adriana dekat Pavillion . Dan time tu Dyana Rose memang dah panas bila tengok aku dengan Adriana dan kawan dia pula perli perli aku time diorang tegur aku ," terang Muammar Hamka kepada Adam dan Fakhrul . Mereka berdua hanya mengangguk .

" Memang patutlah kau kena belasah dengan kawan dia tu sebab kau dah keluar dengan perempuan lain . Sedangkan kau dengan Dyana tak pernah keluar berdua . Kalau aku jadi kawan dia pun aku panas bila tengok orang permainkan kawan aku ," bela Fakhrul .

" Fakhrul , sekarang ni kau kawan aku or kawan diorang berdua tu ? Cuba kau tengok aku ni , aku dah kena belasah teruk dengan si Raisya tu ," marah Muammar Hamka .

" Ni bukan sebab Fakhrul ni kawan siapa . Ni sebab kau yang buat salah tapi kau tak nak mengalah . Kalau aku jadi Dyana pun aku marah . Tapi kau bernasib baik sebab Dyana tak join Raisya bantai kau tadi . Kalau tak aku rasa kau masuk ICU dah tadi ," kata Adam . Lalu dia menggelengkan kepalanya . Dia sudah masak dengan sikap Muammar Hamka yang tinggi egonya . Tapi dia pelik kenapa Muammar Hamka sanggup rendahkan egonya ketika dia bercinta dengan Aisyah .

" Hamka , kalau kau nak tahu aku rasa kesian dengan Dyana tu . Dia langsung tak marah dengan apa yang kau dah buat dekat dia . Hamka , apa kata kau rendahkan sikit ego kau dan kau buka hati kau untuk Dyana sebab aku rasa Dyana tu budak baik ," sambung Adam lagi .

" Never . Hati aku ni dah tertutup untuk bercinta lagi , aku tak sanggup terluka lagi . Lagipun kami berdua bukannya suka pun tentang perkahwinan ni . Kami berdua kahwin hanya disebabkan family bukannya disebabkan cinta ," terang Muammar Hamka .

" Itulah kau . Bila kau jumpa orang yang layak untuk terima cinta kau , kau tak nak bagi tapi bila kau jumpa dengan orang yang salah mudah saja kau bagi cinta kau tu ," balas Fakhrul dengan penuh makna yang tersirat . Muammar Hamka hanya membuat muka tidak bersalah .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now