Ketika Dyana Rose sedang seronok bergelak ketawa dengan Puteri Raisya secara tiba tiba telefon pintarnya berdering . Lalu dia pun melihat si pemanggil . Dan pemanggil itu merupakan suaminya .
" Hello assalamualaikum ," sapa Dyana Rose yang masih bersisa ketawanya
" Waalaikumusalam . Sorry sayang sebab hubby ganggu sayang tengah keluar ," .
" Eh tak apa . Kenapa hubby call ?" soal Dyana Rose .
" Hubby nak mintak tolong sayang untuk datang dekat hospital ni sebab abang tak suka orang cakap benda buruk pasal sayang ," terang Muammar Hamka . ' Siapa pula nak kutuk aku ni ?' soal Dyana Rose dalam hati .
" Urmm okay . Tengoklah dulu macam mana . Kalau saya larat saya datanglah dekat hospital tu . Kalau sayang tak larat memang saya mintak maaf ," balas Dyana Rose secara acuh tak acuh .
" Tak apalah kalau macam tu ," balas Muammar Hamka . Lalu Dyana Rose menamatkannpanggilan tersebut .
" Dyana kenapa tu ?" soal Puteri Raisya yang hanya menjadi pemerhati daripada tadi .
" Laki aku suruh aku pergi hospital sebab tak nak ada orang cakap benda buruk pasal aku ," jawab Dyana Rose dengan penuh geram sambil mengeluh kasar .
" So macam mana .. Kau nak pergi hospital tak ? Kalau kau nak pergi aku nak hantarkan kau ," kata Puteri Raisya .
" Sorry beb . Kalau boleh , aku memang nak lepak dengan kau . Tapi tu la .. Husband aku pula suruh aku pergi tengok madu aku tu ," balas Dyana Rose dengan sayu . Puteri Raisya hanya mengukir senyuman .
" Relax la wei . Aku okay je la . Lagipun aku tahu kau bukannya single macam dulu lagi ," jawab Puteri Raisya dengan tenang . Dia langsung tak ambil hati jika sahabatnya tidak dapat menepati janjinya kerana dia tahu bahawa Dyana Rose mempunya tanggungjawab yang besar sekarang ini .
" Jom aku hantar kau dekat hospital . Lagipun aku ingat nak check otak madu kau tu sama . Sebab aku rasalah kan madu kau salah makan ubat tu. Sebab tulah dia berani buat benda bodoh macam yang kau cerita dekat aku tadi ," sambung Puteri Raisya yang mengutuk Adriana dihadapan Dyana Rose . Dyana Rose hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum dengan apa yang dikatakan oleh Puteri Raisya .
" Raisya .. Kau memang terbaik . Kau selalu bagi aku happy . Kau memang make my day betul ," balas Dyana Rose lalu dia memeluk Puteri Raisya . Puteri Raisya membalas pelukkan sahabatnya itu .
Muammar Hamka melihat luka pada pergelangan tangan Adriana . Secara tiba tiba timbul perasaan bersalah di sudut hati Muammar Hamka . ' Kalau aku tak bergaduh dengan dia mesti semua ini takkan jadi ,' kata Muammar Hamka yang menyalahkan dirinya dengan apa yang telah menimpa oleh isteri keduanya . Lalu dia menggenggam tangan Adriana seerat eratnya .
" Dyana , ko pasti ke wad ni yang si minah tutttt tu duduk ," soal Puteri Raisya .
" Betullah . Takkanlah aku nak tipu kau pula . Aku dah pernah datang hospital ni la . So aku tahulah wad si Adriana tu ," bebel Dyana Rose .
" Yelah . Hurmmm ," omel Puteri Raisya . Lalu mereka pun pergi ke arah pintu wad yang diduduki oleh Adriana .
Muammar Hamka melihat ke arah pintu wad milik isteri keduanya apabila dia mendengar pintu itu dikuak oleh seseorang . Muammar Hamka mendapati isteri pertamanya bersama dengan sahabat karibnya .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...