" Doktor , isteri saya dah boleh balik belum ?" soal Muammar Hamka kepada Doktor Khairul selepas Doktor Khairul membuat pemeriksaan ke atas Adriana .
" Kalau nak diikutkan laporan ni isteri encik dah boleh balik esok ," jawab Doktor Khairul sambil membelek laporan kesihatan Adriana .
" Oh . Terima kasih doktor ," balas Muammar Hamka lalu Doktor Khairul pun beredar selepas memaklumkan tentang laporan kesihatan Adriana .
Lalu Muammar Hamka pun memberitahu berita gembira ini kepada Dyana Rose sebab Dyana Rose pesan kepadanya jika Adriana dapat keluar daripada hospital dalam minggu itu Muammar Hamka perlu memberitahu kepadanya .
" Hello assalamualaikum ," sapa Dyana Rose .
" Waalaikumusalam . Sayang abang nak bagi tahu yang Adriana boleh keluar hospital esok ," beritahu Muammar Hamka .
" Betul ke ? alhamdulillah ," jawab Dyana Rose lalu manusia di sebelah Dyana Rose mengukir senyuman dan mengangkat keningnya .
" Betullah takkanlah hubby nak tipu ," balas Muammar Hamka .
" Kalau macam tu biar saya kemas bilik hubby dengan Adriana okay ," kata Dyana Rose .
" Terima kasih sayang ," ucap Muammar Hamka .
" Sama sama ," . Lalu Dyana Rose pun mematikan panggilan tersebut .
" So isteri mithali , jomlah kita kemas bilik madu kau . Aku dah tak sabar nak bagi kejutan dekat dia esok ni ," kata Puteri Raisya .
" Raisya . Cara kau cakap dah macam perempuan jahat kau tahu ," jelas Dyana Rose .
" Entahlah wei . Tapi yang pasti aku suka dengan watak aku sekarang . Hahaha ," jawab Puteri Raisya .
" Baiklah Raisya . Kalau macam tu jom kau tolong aku ' kemas ' bilik si Adriana ," ajak Dyana Rose .
" Jom .. Aku akan ' kemas ' bilik tu sekemas kemasnya . Hahahaha ," jawab Puteri Raisya dengan penuh makna . Lalu mereka pun memulakan operasi mengemas bilik bilik Adriana . Puteri Raisya menyelongkar semua sudut almari dan laci untuk mencari bukti bahawa Adriana bukannya orang yang baik baik . Dan betapa bertuahnya Puteri Raisya apabila terjumpa buku album milik Adriana lalu dia pun melihat gambar dalam album tersebut dan secara tiba tiba bibirnya mengukir senyuman .
" Dyana aku dah jumpa bukti . So aku balik dulu okay ," terang Puteri Raisya . Dyana Rose hanya menganggukkan kepalanya sahaja . Sewaktu Puteri Raisya sedang menurun tangga Puan Malisa menahan pergerakan Puteri Raisya .
" Raisya . Tu album siapa ?" soal Puan Malisa yang berasa curiga .
" Oh ni album Dyana .. Dia suruh Raisya edit sikit album ni sebab dia nak tunjuk dekat anak dia nanti ," jawab Puteri Raisya tanpa rasa gugup .
" Oh ye ke ? Kalau macam tu , boleh tak mak cik nak tengok gambar Dyana kejap ," pinta Puan Malisa .
' Ha sudah . Macam mana aku nak mengelak ni ,' . Puteri Raisya mula berasa cemas . " Mak cik . Kalau mak cik tengok nanti tak ada kejutanlah sebab Dyana cakap dia nak buat kejutan dekat semua pasal album ni . Nanti bila dah siap saya tunjuk dekat mak cik ye ," kata Puteri Raisya . Dia mencari jalan untuk mengelak agar Puan Malisa tidak menghacurkan rancangannya walaupun rancangan merupakan rancangan yang baik .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...