Bab 3

745 22 1
                                    

Muammar Hamka mengetuk pintu perantaraan antara bilik Dyana Rose dengan biliknya . " Dyana bangun . Jom kita solat subuh berjemaah ," pelawa Muammar Hamka tetapi tidak dijawab oleh Dyana Rose .

" Ish minah ni tidur mati ke apa ? Aku ketuk pintu sampai nak roboh pun dia tak sedar-sedar lagi ," bebel Muammar Hamka . Lalu dia keluar mengambil kunci pendua yang disimpan di dalam laci sebelah biliknya  .

Muammar mengetuk pintu bilik Dyana Rose pula . " Dyana Rose , kau tak reti nak bangun untuk solat subuh ke ? Kalau kau nak masuk neraka , kau masuklah sorang-sorang jangan ajak aku ," jerit Muammar Hamka . Sekali lagi dia tidak mendapat balasan daripada Dyana Rose .

" Aku masuk bilik kau ye ," sambung Muammar Hamka seperti biasa dia tidak mendapat jawapan . " Aku anggap benda tu sebagai keizinan kau bagi aku masuk bilik kau ," kata Muammar Hamka lagi .

Tanpa melengahkan masa , dia menerjah masuk ke dalam bilik Dyana Rose .

" Ya allah minah ni .  Boleh lagi dia tidur  ," marah Muammar Hamka .

" Dyana .. Bangunlah .. Waktu subuh dah masuk ni ," panggil Muammar Hamka . 

" Ummmm ," balas Dyana Rose dengan malas . " Wei bangunlah . Kalau kau nak masuk neraka seorang diri kau masuklah . Aku tak nak join kau dekat neraka ," marah Muammar Hamka .

Secara paksa , Dyana Rose bangun . " Untuk makluman Encik Suamiku , Muammar Hamka . Saya ni datang bulan . Bukan saja saja saya tak nak bangun solat subuh . Saya tak bangun solat subuh bersebab ye Encik Muammar . Encik Muammar ada faham ," bebel Dyana Rose kepada Muammar Hamka .

" Ohh ye ke ? Kalau macam tu saya keluar dululah ," jawab Muammar Hamka yang sedang menutup rasa malunya . Dyana Rose hanya pemergian suaminya dengan lirikan mata sahaja .

" Jangan lupa tutup pintu dan kunci sekali . Terima kasih ," pesan Dyana Rose . Lalu dia menyambung tidurnya .

Selepas Muammar Hamka selesai bersembahyang dia pun baring sebentar di atas katilnya .  

" Aduh malunya aku tadi ," omel Muammar Hamka seorang diri sambil menerkup mukanya yang sedang membahang merah akibat malu .

" Kenapalah aku terus marah minah tu tadi . Sepatutnya aku tanya dia elok-elok . Then kalau alasan dia tak muhasabah barulah aku kasi ayat deep aku dekat dia . Ni aku terus sembur dia mana tak malu aku tadi ,"  bebel Muammar Hamka kepada dirinya sendiri .

" Ummm .. Sekarang dah pukul berapa ?" soal Dyana rose kepada dirinya . Lalu dia mengambil telefon pintarnya untuk melihat jam .

Terbeliak mata Dyana Rose apabila melihat jam menunjukkan pukul 7:30 pagi . Dengan segera dia bangun untuk membersihkan dirinya . Setelah dia selesai membersihkan dirinya terus dia turun ke bawah untuk memasak .

" Hurmmm .. Menu apa kita nak makan untuk sarapan hari ni ?" soal Dyana Rose kepada dirinya sambil memikirkan menu untuk mereka santap pada pagi ini .

"  Apa kata aku masak benda yang simple tapi sedap ," omel Dyana Rose . Lalu dia mula memasak menu yang telah dia fikirkan sebentar tadi .

Sewaktu Muammar Hamka sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya , dia terhidu bau yang sangat sedap . Secara tiba-tiba perutnya berbunyi . " Aduh tiba-tiba pula aku rasa lapar ," kata Muammar Hamka .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now