Bab 32

752 11 0
                                    

" Macam mana ? Semua setuju tak dengan rancangan ni ?" soal Puteri Raisya kepada Dyana Rose , Puan Malisa dan James . Semua orang hanya menganggukkan kepalanya .

" Baguslah kalau semua dah setuju jadi mulai hari ni kita semua perlu berlagak seperti tak ada apa apa yang berlaku sebab Raisya tak nak ada mula rasa curiga dengan apa yang kita buat nanti ," pesan Puteri Raisya . Setelah mereka semu selesai berbincang tentang rancangan mereka , lalu mereka pun pulang ke rumah masing masing kecuali James .

" Kenapa kau tak balik lagi ni ?" soal Puteri Raisya kepada James yang masih menunggu di hadapan pintu pagar rumahnya .

" Aku nak cakap yang aku menyesal tinggalkan kau dulu ," luah James . Muka Puteri Raisya berkerut dan dia rasa seperti mahu ketawa .

" Apa yang kau merapu ni ? Kau pun cakap kau tak akan menyesal kalau kau tinggalkan aku . Takkanlah sekarang kau nak jilat ludah kau tu balik ?" balas Puteri Raisya .

" Ye aku tahu . Tapi boleh tak kau bagi aku peluang yang kedua ?" soal James . ' Aduh .. Dia ni dah tak betul ke ?' soal Puteri Raisya dalam hatinya .

" James . Jujur aku cakap yang aku sekarang ni bukan masanya untuk kita sembang pasal masa lalu sebab kalau boleh aku nak settlekan masalah ni lepas tu baru kita bincang pasal peluang kedua untuk kau ," jawab Puteri Raisya . James mengukir senyuman manis . Dia begitu berharap agar Puteri Raisya menerimanya kembali .

" Kalau macam tu tak apalah . Bye sayang ," balas James kepada Puteri Raisya sambil membuat flying kiss . Puteri Raisya sempat mengelak daripada terkena kiss tersebut . Tanpa menunggu James beredar dia masuk ke dalam rumahnya .

" Matilah aku nanti . Macam mana aku nak explain dekat dia ni ," omel Puteri Raisya seorang diri .

Keesokkan harinya , Puteri Raisya dan James datang ke rumah Puan Malisa untuk membuat persiapan kejutan mereka kepada Adriana . Semasa mereka sedang membuat persiapan , tiba tiba loceng rumah Puan Malisa berbunyi .

" Tak apa korang buat dulu . Kejap lagi mak cik datang ," kata Puan Malisa sambil mengorak langkah ke arah pintu utama rumahnya . Setelah sampai di pintu rumahnya , dia pun membuka pintu tersebut . Alangkah terkejutnya dia bila melihat anak sahabatnya datang ke rumahnya .

" Eh Harraz . Kenapa kamu datang rumah mak cik ?" soal Puan Malisa .

" Umi suruh Harraz hantar kuih lapis dekat rumah mak cik ," jawab Harraz Mikhail .

" Oh ye ke ? Terima kasih ye . Eh jemputlah masuk ke dalam rumah mak cik ," pelawa Puan Malisa .

" Eh . Tak payah susah mak cik sebab Harraz ada kerja nak buat ni ," tolak Harraz Mikhail dengan lembut .

" Mak cik .. Yang ni nak letak dekat mana ?" soal Puteri Raisya yang sedang menghampiri Puan Malisa .

" Yang mana Raisya ?" soal Puan Malisa keoada Puteri Raisya . Alangkah terkejutnya Harraz Mikhail apabila terjumpa dengan Puteri Raisya . ' Tak silap aku . Mak cik Malisa tak ada anak perempuan ,' omel Harraz Mikhail .

Lalu Puteri Raisya menunjukkan bunga yang dibeli oleh Puan Malisa tadi . Entah kenapa dia rasa ingin melihat gerangan yang bersembang dengan ibu mertua kawannya itu . Terbeliak matanya apabila melihat Harraz Mikhail sedang berdiri dihadapannya . ' Apa dia buat dekat sini ? Macam mana dia tahu aku ada dekat sini ?' soal Puteri Raisya bertubi tubi dalam hatinya .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now