Bab 24

515 8 0
                                    

" Kau jaga diri kau elok elok dekat Pulau Langkawi tu . Kalau aki cuti dah lama aku join kau ," kata Puteri Raisya . Dyana Rose hanya mengukir senyuman . Lalu mereka berpelukan .

" Raisya . Boleh tak , aku nk mintak tolong dengan satu benda ,?" soal Dyana Rose selepas mereka meleraikan pelukan mereka . Muka Puteri Raisya secara tiba tiba berkerut .

" Macam serius je cara kau ni . Kau nak mintak tolong apa ? Kalau aku boleh tolong , aku tolong ," jawab Puteri Raisya .

" Benda ni memang kau boleh tolong punya sebab benda ni tak susah pun ," kata Dyana Rose . Puteri Raisya hanya menganggukkan kepalanya .

" Boleh tak nanti kalau ada siapa siapa yang tanya aku ada kat mana , kau jangan bagi tahu sebab aku perlukan masa untuk tenangkan hati aku ," . Puteri Raisya hanya mengangguk dan berjanji kepada sahabatnya . Secara tiba tiba dia berasa tidak sedap hati dengan apa yang dikataan oleh sahabatnya itu .

Setelah lama mereka menunggu akhirnya kapal terbang ke Pulau Langkawi sudah sampai . Puteri Raisya dan Dyana Rose berpelukkan . Puteri Raisya hanya mampu menghantar sahabatnya dengan lirikan matanya .

' Kali ini aku tak akan masuk campur pasal urusan rumah tangga kau . Aku harap kau akan kecapi bahagia nanti ,' omel Puteri Raisya dalam hatinya. 

" Puas hati kamu sekarang ?" soal Puan Malisa kepada anak tunggalnya . Muammar Hamka hanya mampu mendiamkan dirinya . Dia tidak mampu untuk berkata apa apa kerana otaknya sedang kosong .

" Mama tanya kamu ni . Kamu dah bisu ke ?" soal Puan Malisa dengan penuh amarah tapi Muammar Hamka tetap membisu . Akhirnya Puan Malisa mengalah , dia sudah penat untuk menegur salah anaknya .

" Sudahlah Hamka . Mama malas nak cakap dengan kamu lagi . Ikut suka hati kamulah kamu nak buat apa . Mama dah penat berleter kat kamu . Mama harap kamu boleh berlaku adil antara Dyana dengan Adriana ," nasihat Puan Malisa lalu dia pun mengajak suaminya beredar daripada hospital tersebut .

Muammar Hamka menahan rasa sakit hati dan sedak di dadanya . Kalau dia tahu benda ini akan terjadi , dia tak akan abaikan isterinya hanya disebabkan adik sepupunya yang durjana ini .

" Abang , akhirnya kita dah jadi suami isteri . Jadi tak salahlah kalau kita nak buat apa apa sekali pun kalau kita duduk berdua ," kata Adriana dengan nada gatal . Muammar Hamka memandang jijik ke arah Adriana . Lalu dia pun mengambil barangnya untuk keluar daripada bilik wad yang diduduki oleh Adriana . Apabila Adriana menyedari tindakan Muammar Hamka lalu dia berpura pura mengerang kesakitan untuk meraih simpati daripada Muammar Hamka .

" Arghhhhhhh .. Sakitnya ," jerit Adriana sambil memegang kepalanya . Muammar Hamka dengan rasa simpati pergi ke arah isteri keduanya .

" Adriana sakit teruk sangat ke ?" soal Muammar Hamka dengan cemas .

" Selagi abang ada disisi selagi itulah Adriana boleh tahan rasa sakit ni ," jawab Adriana lalu dia memeluk Muammar Hamka sambil mengukir senyuman penuh makna . Muammar Hamka membalas pelukkan isteri keduanya . ' Akhirnya aku dapat jugak jadi isteri kau walaupun aku jadi yang kedua . Tapi abang jangan risau sebab Adriana akan buat perempuan tu terus lenyap daripada hidup abang nanti ,' omel Adriana dengan penuh niat jahat .

Setelah sejam Dyana Rose berada dalam pesawat , akhirnya dia sudah sampai di bumi Pulau Langkawi . Sudah lama dia idamkan untuk datang ke sana dengan orang yang tercinta tetapi orang yang dia sayang sekarang sudah menjadi milik orang lain atau lebih tepat dia terpaksa mengongsi suaminya .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now