Muammar Hamka tersedar daripada tidurnya apabila terdengar seseorang sedang mengemas sesuatu . Alangkah terkejutnya Muammar Hamka apabila melihat Dyana Rose sedang mengemas biliknya . Lalu Muammar Hamka pun menggosok matanya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya .
" Betul ke apa yang aku nampak ni atau tu hanya khayalan ? Kenapa aku selalu teringat dekat dia ?" bebel Muammar Hamka yang agak kuat . Dyana Rose yang sedang mengemas bilik itu tersentak apabila mendengar Muammar Hamka sedang berbicara seorang diri . Namun dia tidak mengendahkan Muammar Hamka . Mungkin hatinya masih belum terubat .
" Saya memang datang pun and tak payah nak cakap seorang diri macam awak tu orang gila ," balas Dyana Rose acuh tak acuh . Muammar Hamka terkejut khayalannya mampu bercakap sebegitu .
" Jadi awak memang Dyana Rose . Awak bukan khayalan saya kan ?" .
" Entahlah . Saya pun tak tahulah siapa saya dekat awak . Yang penting lepas awak sihat saya nak kita selesaikan perceraian kita ," jawab Dyana Rose yang malas melayan karenah Muammar Hamka . Muammar Hamka agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh isterinya .
" Tapi saya tak nak ....." . Belum sempat Muammar Hamka menghabiskan ayatnya Dyana Rose telah meletakkan tapak tangannya di atas dahi Muammar Hamka untuk mengetahui suhu badan Muammar Hamka . Muammar Hamka menjadi kaku apabila dia merasai tangan isterinya di atas dahinya . Tanpa dia sedar bibirnya mengukir senyuman kerana dia mula suka dengan Dyana Rose .
' Walaupun kau marah aku . Kau still caring pasal aku . Aku memang bodoh sebab tak hargai kau dulu ,' omel Muammar Hamka .
" Badan awak panas lagi ni ," kata Dyana Rose lalu menarik tangan . Secara tiba tiba Muammar Hamka menarik tangan Dyana Rose dan menggenggam tangan isterinya lalu meletakkannya di atas dadanya . Dyana Rose terkejut dengan tindakan Muammar Hamka . Dia mula berasa cair dengan tingkah Muammar Hamka kepadanya tetapi dia terus menyangkal perasaan tersebut .
' Ingat Dyana , kadang kadang kita kena ego . Tapi pasal cerai tu aku tak serius pun . Aku nak dia pujuk aku ,' omel Dyana Rose dalam hati .
" Eh awak ni . Lepaskan tangan saya ni ," marah Dyana Rose .
" Awak , boleh tak kita still dalam keadaan ni for awhile ," pinta Muammar Hamka . Dyana Rose mula berasa bersalah kerana memberi layanan dingin kepada suaminya .
" Hurm ," jawab Dyana Rose sambil mengangguk dan menjelingkan matanya . Muammar Hamka mengukir senyuman seronok kerana isterinya tidak menolak permintaannya .
" Tapi kalau awak tak keberatan , boleh tak awak teman saya tidur sekejap ?" pinta Muammar Hamka yang sedang memohon simpati dan membuat muka kasihan . Dyana Rose terkejut dengan permintaan suaminya kali ini .
" Amboi melampau nampak . Sekarang ni awak nak pegang tangan saya atau awak nak saya tidur sebelah awak atau awak nak saya balik rumah kawa saya lagi ," soal Dyana Rose penuh geram dengan permintaan suaminya .
" Saya suka yang pertama dengan kedua tu tapi yang ketiga saya tak suka ," balas Muammar Hamka .
" Awak please . Kali ni je . Lepas ni saya takkan minta benda yang pelik pelik macam ni lagi ," rayu Muammar Hamka dengan membuat muka sedih . Dyana Rose menggulingkan matanya .
" Okay fine . Kali ni saya bagi kebenaran dekat awak untuk pegang tangan saya and saya teman awak tidur ," balas Dyana Rose sambil menunjukkan jari telunjuknya . Lalu Dyana Rose pun naik ke atas katil dan tidur disebelah suaminya .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...