" Terima kasih mak ngah sebab temankan Adriana shopping tadi ," kata Adriana kepada ibu saudaranya .
" Eh sepatutnya mak ngah yang ucap terima kasih dekat kamu sebab kamu belanja mak ngah shopping ," balas Puan Malisa .
" Yang tu small matter je mak ngah . Adriana rasa Adriana dah nak kena balik dah ni sebab Adriana tak solat lagi ni ," balas Adriana
" Baiklah kalau macam tu . Mak ngah pun nak qada' solat yang mak ngah dah tinggalkan tadi . Kamu memandu kereta tu elok elok ," balas Puan Malisa . Dia begitu berbangga dengan Adriana kerana tidak pernah meninggalkan solatnya .
Lalu Adriana pun beredar daripada kawasan perumahan tersebut . " Bak perpatah orang tua tua sebelum nak pikat anak kita kena pikat hati emaknya dulu ," omel Adriana seorang diri di dalam keretanya sambil tersenyum sinis .
" Aduh panaslah pakai tudung ni . Hish ," keluh Adriana .
Sebaik sahaja Adriana sampai di rumahnya , tiba tiba ada orang menelefonnya ." Hello ," .
" Hello babe . Bila nak keluar lepak dengan I lagi ," soal Jamal .
" Malam ni kita jumpa dekat tempat biasa . Dah lama I tak happy happy dengan you ," balas Adriana dengan manja .
" Okay babe ," balas Jamal dengan pendek . Lalu Adriana pun mematikan panggilan tersebut . Jamal merupakan kekasihnya manakala Muammar Hamka merupakan bakal suaminya .
" Jamal a.k.a. James , kau hanya sesuai jadi kekasih gelap aku sahaja . Kau hanya tempat aku berseronok ," omel Adriana sambil tersenyum sinis .
Lalu dia pun keluar daripada perut keretanya dan masuk ke dalam rumahnya dengan membawa barang beli belahnya .
" Hai sayang . Kamu baru balik daripada shopping ke ?" soal Datin Dina kepada Adriana .
" Haah . Ad baru balik daripada shopping dengan mak ngah ," jawab Adriana .
" Amboi . Kamu nak memikat hati bakal mak mertua kamu ke ?" balas Datin Dina . Dia memang suka melihat Adriana rapat dengan Muammar Hamka kerana mereka mempunya status yang tinggi dan dihormati oleh orang ramai . Tetapi dia agak kecewa kerana Muammar Hamka sudah berkahwin dengan perempuan lain . Muammar Hamka merupakan menantu pilihannya . Dia juga ingin Muammar Hamka berkahwin dengan anaknya . Dia tidak kisah jika anaknya berkahwin dengan sepupunya sendiri kerana Muammar Hamka merupakan pewaris tunggal keluarga Encik Haikal .
" Of course la mummy . Mummy tak kisahkan kalau Adriana jadi bini kedua abang Hamka ," soal Adriana sambil membuat muka comel .
" Mummy tak setuju . Mummy akan pastikan yang kamu sahaja yang akan berkahwin dengan Muammar Hamka nanti ," jelas Datin Dina dengan penuh makna dan niat jahat .
" Thank you mummy ," ucap Adriana lalu dia memeluk Datin Dina . " Mummy memang mummy yang terbaik di dalam dunia ni ," puji Adriana .
" Yes , I know ," balas Datin Dina . ' Kalau kamu tak boleh dapat Hamka . Mummy akan pastikan yang perempuan tu pun tak akan dapat dia juga ,' omel Datin Dina lalu mengukir senyum sinis pada bibirnya .
Setelah seminggu Muammar Hamka dan Dyana Rose tinggal rumah keluarga Dyana Rose , mereka pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur . Keadaan di dalam kereta Muamar Hamka begitu sunyi . Dyana Rose tidak begitu selesa berada dalam keadaan tersebut lalu dia cuba untuk menekan butang ' on ' pada radio dalam kereta tersebut . Tapi dihalang oleh Muammar Hamka . Muammar Hamka menampar tangan Dyana Rose yang mencuba membuka radio di dalam kereta . Dyana Rose membuat muka protes .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...