" Assalamualaikum ," tegur Dyana Rose sewaktu dia sedang menguak pintu utama rumah agam milik Encik Haikal dan Puan Malisa . Setelah Puan Malisa mendengar seseorang memberi salam . Dia pun pergi arah pintu utama tersebut .
" Waalaikumusalam ," jawab Puan Malisa .
" Dyana mana suami kamu ?" soal Puan Malisa .
" Oh . Hamka , dia jaga Adriana dekat hospital . Ni Dyana balik dengan kawan Dyana . Dyana ingatkan Hamka dah balik tadi sebab dia keluar dengan kawan Dyana kejap tadi ," terang Dyana Rose kepada ibu mertuanya .
" Kenapa dia nak sibuk sibuk jaga si Adriana tu . Diorang bukannya ada ikatan pun . Lagi satu Adriana kan ada mak ayah dia ," balas Puan Malisa . Dyana Rose hanya mengangkat bahunya tanda tak tahu .
" Kalau tak ada apa apa lagi . Dyana naik atas dulu ye mama ," . Puan Malisa hanya mengangguk kepalanya . Secara tiba tiba dia berasa tidak sedap hati apabila mengetahui bahawa Muammar Hamka menjadi Adriana di hospital .
' Ya Allah , kau lindungilah anakku daripada malapetaka ,' doa Puan Malisa .
" Abang . Adriana lapar la ," kata Adriana kepada Muammar Hamka . Lalu Muammar Hamka melihat jam pada pergelangan tangannya . Dan sekarang jam menunjukkan pukul 7 malam .
" Adriana nak makan apa ? Biar abang pergi belikan ?" soal Muammar Hamka dengan penuh prihatin .
" Adriana nak makan ....," .
" Nak makan apa Adriana ? Kamu jangan buat abang tertunggu tunggu ," marah Muammar Hamka dengan lembut .
" Adriana nak makan abang ," . Tersentak Muammar Hamka apabila Adriana berkata sebegitu .
" Apa Adriana merepek ni ?" soal Muammar Hamka yang berasa tidak sedap hati .
" Adriana tak merepeklah abang ," jawab Adriana lalu dia menarik Muammar Hamka dekat dengannya . Tepat pada masanya Datin Dina masuk ke dalam wad tersebut . Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Muammar Hamka seperti cuba merogol anaknya .
" Mak cik tolong Adriana . Abang Hamka cuba nak rogol Adriana ," kata Adriana sambil menangis yang dibuat buat . Lalu dia memeluk Datin Dina manakala Muammar Hamka terlepas daripada pelukkan Adriana .
" Hamka . Mak long tak sangka Hamka sanggup buat benda yang terkutuk ni dekat anak mak long . Mak long tak kira walaupun caranya Hamka tetap kena kahwin dengan Adriana ," marah Datin Dina yang dibuat buat . Selepas itu Datin Dina menelefon suaminya , tok kadi dan keluarga juga isteri Muammar Hamka .
Apabila Puan Malisa mendapat panggilan daripada Datin Dina , dia seperti mahu pitam apabila mengetahui bahawa Muammar Hamka cuba untuk merogol Adriana . Dia kenal sangat dengan anaknya . Dia tahu anaknya tidak akan buat benda terkutuk itu tapi apakan daya apabila suaminya percaya dengan apa yang dikatakan oleh Datin Dina .
Setelah Dyana Rose selesai solat Maghrib , tiba tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang .
" Ye kejap ," sahut Dyana Rose .
" Kenapa mama ?" soal Dyana Rose .
" Kalau mama bagi tahu , mama harap Dyana kuat ye ," pesan Puan Malisa . Dyana Rose hanya mampu menganggukkan kepalanya walaupun hatinya berasa tidak sedap .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
De TodoDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...