Bab 4

714 13 0
                                    

" Abang . Saya risaulah dengan anak kita yang seorang tu ," kata Puan Haliza kepada suaminya yang sedang sibuk membaca surat khabar  . Lalu Encik Kamal pun membuka kaca matanya selepas mendengar keluhan isterinya . " Liza .. Apa yang awak nak risaukan pasal anak bongsu kita tu ? Dia dah besar . Dia tu pun dah bersuami . Pandai-pandailah dia nak uruskan rumah tangga dia nanti ," balas Encik Kamal dengan tenang .

" Ye . Saya tahu benda tu . Tapi saya risau keadaan dia . Dia dengan Hamka tu kena kahwin paksa . Bukan sebab dia orang kahwin suka sama suka . Saya takut mereka bercerai berai macam mana . Si Dyana ni memang kita tak boleh nak jangka tindakan dia ," terang Puan Haliza .

" Yang tu abang tahu . Yang penting sekarang ni kita kena doakan yang baik-baik untuk perkahwinan mereka berdua ," balas Encik Kamal untuk meredakan rasa resah dalam hati isterinya .

Puan Haliza hanya mampu mengangguk sahaja dengan jawapan suaminya .

" Hello Dyana ," .

" Hello Raisya. Kenapa kau call aku ni  ?" jawab Dyana Rose .

" Aduhh .. Sekarang ni memang aku dah tak boleh call kau ke ?" soal Puteri Raisya kepada sahabat karibnya . " Alohhh .. Janganlah merajuk sayang . Aku main-main je tadi . Tapikan aku nak tahu juga sebab kau call aku . Bukannya kau tak boleh call aku langsung ," pujuk Dyana Rose sambil menerangkan maksudnya tadi .

" Beb . Jom jumpa . Aku rindu gila dekat kau ," kata Puteri Raisya .

" Aku pun rindu dekat kau juga . Why not . Jomlah jumpa . Aku pun ada hot story nak cerita dekat kau ni ," balas Dyana Rose .

" Cun . Tapi sebelum tu kau jangan lupa minta izin daripada suami kau dulu baru kita boleh jumpa ," balas Puteri Raisya dengan tegas .

" Baiklah buk . Kau jangan risaulah . Aku akan minta izin daripada suami aku dulu punya . Don't worry babe ," balas Dyana Rose .
 


" Baiklah kalau macam tu , nanti kita jumpa dekat
tempat biasa and we meet at 3 o'clock . Okay beb ," balas Puteri Raisya .

" All right beb . See you there. Assalamualaikum ,".
Lalu Dyana Rose pun menamatkan perbualan mereka di talian .

" Okay . Now you have to call your beloved husband kononnya ,  untuk minta keizinan . So , fighting Dyana Rose ," omel Dyana Rose seorang diri .

Lalu Dyana Rose pun mengambil telefonnya untuk menelefon Muammar Hamka .

" Hello , assalamualaikum Hamka ,".

" Waalaikumusalam . Dyana kenapa kau call aku ni ?" jawab Muammar Hamka .

" Aku call kau sebab aku nak minta izin kau untuk aku keluar jumpa kawan aku dekat Damansara . Kau bagi aku keluar tak ?" terang Dyana Rose .

" Pergilah . By the way , kawan kau tu lelaki or perempuan ?" soal Muammar Hamka untuk meminta kepastian .

" Of courselah perempuan . Dia ni bestie aku tahu . Cuma time majlis PERKAHWINAN kita tu dia tak dapat datang sebab ada emergency ," terang Dyana Rose .

" Ohh . Okay ," balas Muammar Hamka .

Lalu mereka pun menamatkan perbualan mereka . Dyana Rose pun bersiap untuk keluar berjumpa dengan sahabatnya .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now