Bab 27

562 10 0
                                    

Dyana Rose bangun pagi dengan penuh girang kerana pada waktu tengah hari dia akan keluar dengan Puteri Raisya . Walaupun dia tahu Muammar Hamka akan mengikutinya tetapi dia tak rasa yang Muammar Hamka akan pergi bersamanya . ' Kita tengoklah drama apa yang akan keluar kejap lagi . Sekarang ni aku confuse sama ada aku ni drama queen or queen of cruel . Tapi sekarang aku lebih prefer kepada queen of cruel ,' omel Dyana Rose yang sedang bersiap untuk turun menyiapkan sarapan buat dia dan  keluarga mertuanya .

Selama dia duduk di rumah ibu mertuanya , dia sering melakukan kerja rumah . Macam mana tak buat kerja rumah kalau dia sudahlah tak bekerja takkanlah dia nak goyang kaki dekat rumah ibu mertuanya pula . Pembantu rumah ibu mertuanya begitu suka dengan dirinya kerana dia langsung tak memikirkan darjat atau pangkat seseorang untuk bergaul dan dia melayan semua orang sama sahaja .

" Bik , ada apa apa yang Dyana boleh tolong tak ?" soal Dyana Rose kepada Bik Yanti .

" Eh , Cik Dyana , kan bibik dah cakap jangan masuk dapur . Cik Dyana kan menantu tuan rumah ni . Jadi Cik Dyana pergilah duduk dekat ruang tamu sambil tengok tv ," balas Bik Yanti .

" Kan Dyana dah cakap jangan panggil Dyana , Cik Dyana . Dyana tak sukalah .. Bibik panggil Dyana , Dyana  . Jangan nak tambah Cik kat dekat okay ," kata Dyana Rose .

" Baiklah Cik .. Eh .. Dyana ," balas Bik Yanti lalu menyambung memotong sayur .

" Bibik nak masak apa ?" soal Dyana Rose .

" Bibik ingat nak masak nasi goreng . Dyana makan gak ?" .

" Dyana makan semua kecuali kayu besi dan benda yang tak boleh makan . Bibik nak Dyana tolong tak ?" .

" Tak payahlah ," jawab Bik Yanti .

" Alah bibik . Dyana tak kira . Dyana nak tolong jugak . Bibik tepi biar Dyana potong sayur lepas tu bibik buatlah apa yang patut dulu okay ," arah Dyana Rose . Bik Yanti hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja . ' Memang patutlah ibu dengan bapak suka sama kamu . Rupa rupanya kamu ini begitu rajin sekali ,' omel Bik Yanti sambil memandang ke arah Dyana Rose yang sedang sibuk memotong sayur .

" Abang .. Lambat lagi ke bibik nak masak ?" soal Adriana yang sedang turun bersama Muammar Hamka . Dyana Rose rasa seperti mahu muntah apabila mendengar rengekkan daripada Adriana .

" Adriana sabarlah kejap . Nanti siaplah tu ," jawab Muammar Hamka acuh tak acuh . Dia sudah malas untuk melayan karenah Adriana .

" Bik tengok tu . Gelilah Dyana tengok diorang berdua tu . Diorang ingat sweet la tu . Euwww . Rasa loya tekak ni ," kata Dyana Rose kepada Bik Yanti . Bik Yanti hanya mampu menganggukkan kepalanya tanda setuju . Setelah nasi goreng yang digoreng oleh Bik Yanti siap , Dyana Rose mengambil peluang untuk menghidangkan makanan tersebut di atas meja makan .

" Tuan puteri , nasi goreng dah siap . Sorrylah lambat sikit sebab kitorang ni bukannya robot kalau nak buat cepat cepat . Tapi lagi afdal kalau tuan puteri sendiri yang masak kalau tuan puteri nak cepat ," perli Dyana Rose kepada Adriana . Muka Adriana menjadi merah akibat menahan marah dengan perlian yang diberikan oleh Dyana Rose .

" Oh yeah tuan puteri . Sebelum saya terlupa , saya nak cakap yang kejap lagi saya nak pinjam suami tuan puteri kejap sebab dia pun suami saya jugak so , tuan puteri tak payah nak beranganlah nak bermanja dengan dia 24 hours sebab hari turn saya pulak nak bermanja ..  Kalau tuan puteri degil , tuan puteri jangan tanya kenapa mulut tuan puteri bisu esok ," sambung Dyana Rose yang berbaur ugut . Lalu Dyana Rose pergi ke dapur semula . Dia sempat ber' high-five ' dengan Bik Yanti .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now