" Berani perempuan tu ugut aku . Dia tak kenal lagi aku ni siapa . Aku ni Adriana binti Dato' Hashim . Aku cukup pantang orang ugut aku . Kau tunggu Raisya . Kau tunggu pembalasan kau ," omel Adriana dengan penuh rasa marah dihadapan cermin bilik air . Dia seperti orang sudah tidak siuman apabila diugut oleh seseorang . Lalu dia cuba berlagak biasa dan keluar daripada bilik aor tersebut .
" Adriana .. Kenapa Adriana tak jawab soalan abang . Abang tanya kenapa Adriana lempang muka Raisya ?" soal Muammar Hamka dengan penuh rasa geram dengan tindakan Adriana yang seperti kebudak budakkan itu .
" Abang .. Adriana tak pukul dia pun . Dia fitnah Adriana . Abang kenalkan Adriana macam mana ," jawab Adriana dengan sayu . Dia tidak sangka bahawa Muammar Hamka lebih percayakan lakonan Puteri Raisya berbanding dirinya .
" Sebab abang kenal Adrianalah abang tanya Adriana . Tak apalah . Adriana rehat dulu . Abang nak balik mandi dan makan lepas tu abang datang balik ," jelas Muammar Hamka . Adriana hanya menganggukkan kepalanya dan menghantar Muammar Hamka keluar dengan lirikan matanya sahaja . ' Tak guna kau Raisya . Sekali kau berlakon , terus orang percaya cakap kau . Berani kau rampas kepercayaan Abang Hamka daripada aku . Kau jangan ingat kau boleh menang semudah tu Raisya . Kau tunggu aku keluar daripada hospital . Lepas tu kita lawan depan depan ,' omel Adriana dengan penuh niat jahat .
" By the way Raisya , macam mana kau boleh rakam perbualan korang sedangkan tadi kau langsung tak pegang telefon ," soal Dyana Rose .
" Hello .. Ni Puteri Raisya la . Aku ada banyak cara untuk dapatkan bukti okay . Sebenarnya time aku tengah on instagram kononnya tu sebenarnya .. Aku tengah tunggu minah tu bangun then i got a good timing . Aku baru je on button recoder then time tu lah dia sedar . Secara tiba tiba aku rasa macam aku tengah berlakon time tu . And watak aku sebagai perisik . Hahaha ," jawab Puteri Raisya penuh rasa bangga .
" Kau ni memang hebatlah Raisya . Aku tak sangka kau sepintar ni sebab selalunya bila aku tanya pasal something mesti kau blur ," terang Dyana Rose .
" Yang part kau cakap aku hebat tu aku boleh terima tapi dekat part aku blur tu aku rasa kau ni kurang ajar . Aku nak tanya kau .. Bila masa aku blur ?" balas Puteri Raisya .
" Ada je kau blur cuma kau je yang tak perasan . Tapi disebabkan aku ni seorang yang baik hati . Jadi anggap kau sebagai perempuan yang cenggini ," jawab Dyana Rose sambil mengangkat ibu jarinya . Puteri Raisya membuat muka bangga apabila dipuji oleh Dyana Rose .
" Nasib baik kau pandai putar belit ayat . Kalau tak , dah lama aku tinggalkan kau dekat sini ," balas Puteri Raisya dengan penuh ugutan . Dyana Rose hanya mampu ketawa dengan ugutan Puteri Raisya .
" Abang .. Adriana tak sukalah dekat Raisya tu ," kata Adriana kepada Muammar Hamkanyang sedang sibuk membaca surat khabar yang dibelinya . Apabila Muammar Hamka mendengar apa yang dikatakan oleh Adriana terus dia menganggak kepalanya .
" Kenapa pula tak suka ?" soal Muammar Hamka .
" Kalau abang nak tahu sebenarnya si Raisya tu lesbian . Adriana pernah dengar cerita yang dia pernah nak cuba goda Dyana dulu tapi dia cakap dia suka lelaki bukan perempuan and sebab tulah diorang jadi kawan baik ," hasut Adriana . Secara tiba tiba Muammar Hamka teringat waktu Puteri Raisya membelasahnya disebabkan dia menghancurkan hati isteri pertamanya itu .
Muammar Hamka seakan akan sudah termakan dengan hasutan isteri keduanya itu . Secara tiba tiba dia mula tidak sedap hati apabila membiarkan Dyana Rose bersama Puteri Raisya .
YOU ARE READING
Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )
RandomDyana Rose dan Puteri Raisya merupakan sahabat baik . Sewaktu Dyana Rose pulang ke rumah , ayahnya memberitahu kepadanya tentang hasrat ayahnya ingin mengahwininya dengan anak teman baiknya . " Babah , adik ni muda lagi ," kata Dyana Rose . " I don...