Bab 28

584 8 0
                                    

" Beb .. Aku ada satu cerita yang agak thriller . Kau nak dengar tak ," kata Dyana Rose yang cuba untuk memecah kesunyian dalam kereta milik Puteri Raisya . Puteri Raisya hanya memandang seketika ke arah sahabatnya .

" Wei . Kau pun tahukan yang aku tak suka cerita thriller ," balas Puteri Raisya yang sedang memandu kereta .

" Ye aku tahu . But this time , aku yang alami benda kau tahu . Aku rasa macam tak percaya dia sanggup buat macam tu untuk dapatkan perhatian Hamka ," luah Dyana Rose yang masih terkejut dengan tindakan Adriana . Muka Puteri Raisya terkerut kerana dia tak faham apa yang diceritakan oleh Dyana Rose .

" Wait .. Wait .. What do you mean ? Serius aku cakap . Aku langsung tak faham apa yang kau cakap sekarang ni ," balas Puteri Raisya .

" Alah . Kau bukan tak suka cerita thriller ke ? So buat apa kau nak tahu ," perli Dyana Rose .

" Kalau kau tak nak cerita , aku berhenti kereta kat tepi jalan ni then kau turun okay ," ugut Puteri Raisya sambil tersenyum sinis .

" Perghhh .. Kau memang kejam gila . Kau sanggup ye tinggalkan kawan kau yang cun melecun ni dekat tepi jalan . Kot iya pun nak tinggalkan aku , kau tinggalkanlah aku dekat istana ke ? Atau yang paling cipan kau tinggalkan aku dekat rumah anak orang kaya ," gurau Dyana Rose .

" Tak padan dah kahwin . Kau punya miang ni memang takkan pernah hilang . Oh yeah .. Aku ada terdengar desas desus daripada orang , diorang cakap miang orang yang dah kahwin dengan miang dengan orang yang dah kahwin lain sikit ," balas Puteri Raisya yang masih bersisa ketawanya .

" Orang cakap ke kau yang reka sendiri ni . Baik kau jujur dengan aku . Sebelum aku tinggalkan kau kat tepi jalan ni ," kata Dyana Rose dengan tegas .

" Kalau aku jawab jujur pun  kau bukannya boleh buat apa pun sebab yang pandu kereta ni aku bukan kau . So kau tak payah nak acah acah macam kau yang bawak kereta ," balas Puteri Raisya .

" Hahahaha .  Aku saja nak test kau . Relax ye sis . Saya melawak je tadi ," pujuk Dyana Rose .

" Tahu pula kau nak takut ," balas Puteri Raisya .

" Mestilah takut . Buatnya kau betul betul tinggalkan aku dekat tepi jalan ni ha . Mati kering aku dekat sini ," jawab Dyana Rose sambil membayangkan dia ditinggalkan oleh sahabatnya .

" Aku bukannya segila tu la perempuan . Sebelum aku terlupa , kau ada snap gambar madu lebah kau tu tak ?" balas Puteri Raisya .

" Of courselah ada . Aku kipnap gambar dia ni daripada ig . Tapi yang peliknya tu , dia ada dua akaun ig . Dan yang tak boleh blah tu ig dia yang lagi satu tu private ," kata Dyana Rose yang pelik dengan Adriana .

" Kau ingat tak ig dia nama apa ?" soal Puteri Raisya dengan begitu serius .

" Of course la ingat . Kenapa kau serius sangat ni ?" .

" Biasalah . Aku nikan bakal jadi penyiasat terkenal macam detective conan ," balas Puteri Raisya dengan angkuh . Dyana Rose hanya mampu tersenyum dengan karenah kawan karibnya . Dia tahu Puteri Raisya begitu gemar melayan cerita kartun .

" Hashtags sila meninggal . Hahahahaha ," balas Dyana Rose sambil ketawa . Puteri Raisya pun turut ketawa bersama Dyana Rose .

" By the way , beb .. Secara mendadak aku rasa nak tahu cerita thriller kau tu ," kata Puteri Raisya yang sedang kembali serius .

" Tadi cakap tak nak dengar ni tiba tiba nak dengar pulak ," perli Dyana Rose .

" Tadi aku memang sengaja nak jual mahal sebab aku tahu cerita kau kadang kadang ni bukannya boleh pakai ," jawab Puteri Raisya dengan selamba . Dyana Rose terkejut dengan jawapan daripada sahabatnya .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now