Bab 14

525 12 0
                                    

Apabila Dyana Rose mendengar bunyi enjin kereta milik Muammar Hamka , dia cuba untuk berlagak seperti biasa tetapi tak boleh kerana dia teringat kejadian tengah hari tadi .

Perjumpaan yang tidak disangka tengah hari tadi memang membuatkan hati Dyana Rose berasa sakit hati dan itu kali pertama dia mengalami perasaan sebegitu . Apabila Dyana Rose mendengar pintu rumahnya dibuka oleh Muammar Hamka .

" How was your day ? Opsss .. Silap pula . How was your DATE ?" soal Dyana Rose dengan penuh makna sambil memberi senyuman manis yang dibuat .

Muammar Hamka agak terkejut dengan sapaan daripada Dyana Rose .

" What do you mean ?" soal Muammar Hamka .

" Eh pura pura tak tahu pula dia . Awak kan tadi keluar dating with your ' cousin ' . So , how is it ?" jawab Dyana Rose yang cuba tabahkan hatinya sebelum mendengar jawapan yang bakal diungkapkan oleh Muammar Hamka  .

" Saya dengan dia tak ada apa apa hubungan . Saya hanya anggap dia sebagai sepupu saya sahaja . Not more than that ," terang Muammar Hamka . ' Aku dah la tengah penat ni . Dia pula boleh nak cari gaduh dengan aku time macam ni ,' omel Muammar Hamka . Lalu Dyana Rose terus berdiri dan pergi ke arah Muammar Hamka .

" Apa awak cakap ? Hubungan korang tak lebih daripada tu . Hey Mr. Hamka , tolonglah tak payah nak berdalih lagi . Kalau awak dengan dia ada hubungan pun bukannya salah pun . Kalau dah awak sayangkan dia . Korang kahwinlah tak payahlah nak buat dosa dekat merata tempat . Saya Dyana Rose tak nak bersubahat dengan dosa korang . Apa korang ingat sweet ke pegang pegang bagai dekat tempat umum ," marah Dyana Rose .

" Apa masalah kau sekarang ni ? Yang kau nak persoalkan apa yang aku buat ni kenapa . Kau siapa nak marah aku bagai ," balas Muammar Hamka dengan kasar .

Dyana Rose hanya mampu mengukir senyuman penuh dengan kemarahan . Lalu dia menepuk tangannya .

" Wahhh .. Betul apa yang kau cakapkan ni . So , mulai sekarang you mind your own business and I take care my own business ," balas Dyana Rose sambil mengendurkan suaranya . Muammar Hamka menjeling ke arah Dyana Rose .

" Memang itu yang aku buat daripada mula mula kita kahwin lagi . Tapi kau suka menyibuk dengan hal peribadi aku ," balas Muammar Hamka sambil tersenyum sinis .

" Yes . Kau betul . Selama ni aku je risau pasal kau . Tapi aku je yang tak perasan yang kau tak pernah kisah pasal aku pun. Bodohkan aku ni ," balas Dyana Rose dengan air matanya mengalir . Baru sahaja Dyana Rose ingin beredar daripada keadaan genting tersebut tiba tiba Muammar Hamka menghalang dia untuk beredar daripada situ .

" Kau sebenarnya sukakan aku kan ?" soal Muammar Hamka dengan penuh yakin .

" Why are you feel so confident about it ? Tolonglah jangan nak perasan sangat ," jawab Dyana Rose yang cuba menutup perasaan sebenarnya terhadap Muammar Hamka .

" Sudahlah Dyana . Aku dah tahu perasaan sebenar  kau dekat aku . Kau tak payah nak menipu diri kau lagi ," kata Muammar Hamka dengan penuh keyakinan .

" Lantak kau la wei . Aku malas nak layan lelaki macam kau . Buang masa kau tahu ," balas Dyana Rose dengan kasar . Lalu dia pun menaiki tangga .

" Jadi betullah tekaan aku yang kau suka dekat aku . Hei Dyana , kesian dekat kau sebab sia sia je kau jatuh cinta dekat aku sebab aku tak akan pernah cintakan kau sampai bila bila ," sumpah Muammar Hamka .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now