Bab 11

586 12 0
                                    

Pada tepat pukul 2 tengah hari Muammar Hamka sampai di Johor Bharu dan sekarang dia bergegas pergi ke kawasan pembangunan di Johor Bharu . Sewaktu dia sampai di kawasan tersebut , dia disambut oleh kontraktor di kawasan pembangunan tersebut iaitu Malik .

" Selamat datang Encik Hamka ," tegur Malik lalu dia bersalaman dengan Muammar Hamka .

" Ye . Terima kasih ," balas Muammar Hamka .

" Okay tanpa melengahkan masa lagi , saya nak tunjuk dekat encik pasal bangunan yang ingin kita bangunkan di kawasan ini ," balas Malik . Lalu dia menunjukkan Muammar Hamka kawasan kawasan pembangunan tersebut . Mereka berbincang dan memberi pandangan tentang pembangunan tersebut .

" Okay Malik . Awak melakukan kerja yang baik . Tak apa nanti saya maklumkan hal ini kepada pihak atasan ," balas Muammar Hamka lalu dia bersalaman dengan Malik .

Selepas semua kerjanya sudah selesai . Dia pun pulang ke rumah keluarga mertuanya dalam keadaan penat .

Sewaktu Muammar Hamka tiba di rumah tersebut , dia ternampak Dyana Rose dengan bercakap telefon .

' Amboi minah ni . Bukan main happy dia bersembang dalam telefon tu . Entah siapa siapa dia bergayut aku tak tahu ,' omel Muammar Hamka yang berbaur cemburu .

" Eh kejap . Aku jealous ke bila tengok dia happy dengan orang lain ?" omel Muammar Hamka seorang diri di dalam keretanya .

" Of course la tak . Dia bukan siapa siapa dalam hidup aku ," sangkal Muammar Hamka lalu dia keluar daripada keretanya .

" Serious la Raisya . Kau ni nakal la . Kenapa kau buat dia macam tu ," kata Dyana Rose .

" Aku dah cakap dah dekat dia yang aku tak suka dipaksa tapi dia tetap paksa aku macam aku ni kuli batak dia . Dia agak agaklah , dia ingat aku ni senang kena buli ke . Sorrylah ni Raisya okay . Aku ni tak pernah buli orang apatah lagi dibuli . Dia memang salah orang kalau dia cari gaduh dengan aku ," terang PuterI Raisya .

" Raisya Raisya . Kau memang tak pernah berubah . Dari dulu sampailah sekarang kau tetap dengan perangai tomboy kau tu . Bila kau nak buat perangai tomboyish kau tu . Takkanlah nak tunggu ada anak baru nak buang sikap tu ," nasihat Dyana Rose .

" Dyana aku bukan apa tau . Aku jadi macam ni sebab nak lindungi diri aku daripada orang yang ada niat jahat dengan aku ," terang Puteri Raisya .

" Yelah Raisya . Apa apa saja lah . Aku malas nak cakap apa apa ," balas Dyana Rose yang masih bersisa gelakkan Puteri Raisya .

Sewaktu Dyana Rose menoleh belakang , dia ternampak suaminya yang baru balik daripada kereta .

" Okaylah wei . Husband aku dah balik ni . Nanti kita sembang lain ye ," sambung Dyana Rose .

" Alright . Beb fighting untuk mengorat husband kau . And aku pasti yang kau sayangkan dia ," jawab Puteri Raisya .

" Bye . Nanti aku confirm sendiri perasaan aku dekat dia ," balas Dyana Rose . Lalu dia pun menamatkan panggilan mereka .
 

" Assalamualaikum ," Muammar Hamka memberi salam kepada ibu dan bapa mertuanya yang sedang mengambil angin petang .

" Waalaikumusalam ," jawab Puan Haliza dan Encik Kamal serentak .

Queen Of Cruel ( My Husband Mr. Ayat Deep )Where stories live. Discover now