Bab 1

8.1K 268 194
                                    

" MANA dia weh? " Soal Fariz selepas masuk ke dalam kereta Hakim. Tangan dimasukkan ke dalam poket jaketnya. Sejuk juga suasana pada malam ini.

" Dee call aku tadi, dia cakap dia dekat kelab " balas Hakim. Fariz membuntangkan matanya.

" kelab!? " Soal Fariz terkejut kepada Hakim yang sedang fokus memandu.

" yeee, Dee call aku menangis nangis cakap Afiqah macam orang tak betul " tukas Hakim. Fariz menyandarkan badan pada kerusi. Kelab? Apa dia buat di situ?

Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

" kau dengan Leane macam mana? " soal Hakim prihatin untuk memecah kesunyian. Dia berasa serba salah tika ini. Kerana menganggu Fariz semata mata mahu mengajaknya bertemu Afiqah.

" Alhamdulillah. Okay je. Kitaorang baru berbaik " balas Fariz yang sedang memandang pemandangan di luar keretanya.

Signal kereta dihala ke bahagian kiri bahu jalan. Hakim memberhentikan keretanya di tepi jalan. Muka Fariz dipandang.

" kau turun " pintanya. Fariz mengerutkan kening terkejut.

" kenapa? " soal Fariz. Hakim mendengus keluh.

" tak payah ikut aku "

" hah? No, kita dah sampai sini dah pun, kita pergi je lah "

" Fariz, keluar! " bentak Hakim. Fariz menggeleng.

" drive now " ujar Fariz. Dia masih statik di dalam kereta.

" Riz, aku tak nak, aku jadi punca kalau kau dengan Leane berpecah lepasni " Beritahu Hakim jujur. Fariz tersenyum tipis.

" jangan risau, Allah dengan kita " tukas Fariz memberi semangat kepada Hakim. Dia memegang bahu lelaki itu.

" kita tak tahu apa yang si Afiqah rancang, Riz! " ujar Hakim masih lagi tidak puas hati.

" kau keluar " Pinta Fariz. Tangan kanan Fariz membuka tali pinggang di tempat pemandu Hakim. Badannya di rapatkan kepada Hakim. Pintu bahagian pemandu dibuka.

" kau, aku, keluar. " Fariz membuka pula tali pinggang keledar miliknya. Kemudian pintu kereta dibuka. Dia lantas keluar daripada kereta.

Hakim yang blur turut keluar daripada kereta. Mereka berdua bertemu di hadapan kereta.

" bagi aku drive " Fariz menepuk bahagian tepi bahu Hakim dan berlari masuk ke tempat duduk bahagian pemandu.

Melihat Hakim yang terdiam di hadapan kereta, Fariz lantas menekan hon.

Cermin kereta diturunkan. " KAU TAK NAK IKUT KE " tempik Fariz yang mengeluarkan kepalanya daripada cermin.

" apa kau buat ni? " rungut Hakim. Dia berjalan ke arah penumpang. Pintu kereta dibuka dan dia meloloskan diri ke dalam kereta.

" kalau kau ragu ragu, better jangan bawak kereta, niat kita, nak selamatkan hamba Allah. Kita insan terpilih untuk kali ini. Jadi, kita pergi. Ok? " Bebel Fariz yang sedang memasang tali pinggang kelendar.

Klik!

Siap. Fariz memegang stereng kereta. Ketika Fariz ingin menekan minyak, dia memandang Hakim.

" kau ni tali pinggang pun aku nak kena pakaikan ke? Tadi aku dah cabutkan " rungut Fariz. Dia merapatkan tubuhnya pada Hakim. Tubuh Hakim ditolak untuk bersandar pada kerusi. Tali pinggang di sebelah pintu kereta ditarik. Dan, klikk!

" kau tak takut ke Fariz? " soal Hakim secara tiba tiba.

" kenapa? kita nak jumpa monster ke lepasni ? " Soal Fariz dungu. Kereta yang dipandu Fariz mula beraksi di atas jalan raya. Hakim mengeluh. Ya Allah, kenapalah aku jadi kawan Fariz?

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now