Bab 8

3.5K 251 113
                                    

" ADUH Wan, aku tak rasa macam aku boleh je nak pick up si Intan ni, patient aku banyak ni. Lunch pun lewat. Kalau tak ambik karang kesian pulak dia " adu Fariz di corong telefon kepada Zakwan. Dia mati kutu. Pesakitnya ramai pula hari ini kerana rata rata pesakit daripada hospital lain dirujuk kepadanya.

" hm, nanti aku cuba ambik Intan, thanks Riz jagakan Intan. "

" yee.. takde hal lah, aku dah anggap Intan macam anak aku sendiri dah.. kau rilek je " Gurau Fariz. Namun, itu hanya sementara apabila ketukkan mula menyinggah pada pintu biliknya.

" aku chaw dulu lah bro, patient datang " Beritahu Fariz. Selepas menjawab salam, Fariz meletakkan telefon dalam laci agar tidak menganggu waktu kerjanya.

INTAN menyalami kesemua cikgu di dalam kelas kecil itu selepas sahaja kelas tamat. Memang itu rutinnya untuk melatih mereka supaya tahu akan tanda hormat kepada semua orang tua.

" Okay, Intan, Haris, Hani, Sarah, Tasneem dan Amir ikut Cikgu Aliyah " Ujar Cikgu Aisyah. Cikgu Aliyah melambai lambai tangan ke arah pelajarnya. Seperti biasa, anak anak ini akan dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk dijaga oleh guru guru semasa ibu bapa mereka menjemput pelajar untuk tujuan keselamatan kerana seorang guru tidak mampu menampung kesemua anak anak pelajar.

" Jom, kita keluar, beratur elok elok " pinta Aliyah. Dia membenarkan anak pelajarnya berjalan dahulu sebelumnya. Dia hanya mengikuti daripada belakang.

" ok, duduk sini diam diam. Jangan ke mana mana. Main dalam kumpulan aje " beritahu Aliyah secara tegas. Anak anak murid itu mengangguk. Mereka mula membetukkan bulatan kecil dan duduk di dalam kumpulan untuk bermain sebelum ibu bapa mereka tiba untuk menjemput.

" Amir duduk dengan mak ucu " Pinta Aliyah. Amir ini anak saudaranya. Anak kepada abangnya yang telah mendirikan rumah tangga 5 tahun lalu. Amir yang berumur 4 tahun diberi pendidikan dan pendedahan awal di sekolah agar dia dapat menyelesakan diri dalam kehidupan bersosial.

Amir datang dan berdiri sama di sebelah Aliyah yang sedang memerhatikan pelajar.

" Amir, Jomlah main sama " ajak Intan. Dia memegang tangan kanan Amir untuk di ajak bermain. Amir kelihatan malu. Dia memeluk peha Aliyah.

" tak apa Intan, adik malu " ujar Aliyah. Intan memasamkan muka.

" Mama Intan pun ada adik " Beritahu Intan bersungguh sungguh.

" iye Intan, nanti Intan boleh ajak adik main.. " Aliyah mengusap rambut Intan yang panjang. Kemudian, Aliyah meminta Intan untuk menjaga Amir sekejap selepas ibu bapa anak pelajar jagaannya telah tiba.

Aliyah menoleh jam pada pergelangan tangan. Jam hampir berginjak pada pukul 1 petang. Aliyah menghampiri semula ke arah Amir dan Intan yang berada tidak jauh darinya.

" Intan, harini siapa yang hantar Intan? Mama ke Papa? " soal Aliyah. Hanya Intan sahaja pelajarnya yang masih belum pulang. Amir akan pulang bersamanya.

" Daddy hantar " Aliyah mengerutkan dahi. Daddy? Daddy mana pulak ni?

" siapa Daddy, Intan? "

" Daddy Intanlah. Intan pun tak tahu nama daddy apa... Riri kot.. " Aliyah menggaru kepala yang tidak gatal. Aneh dengan jawapan Intan. Riri? Daddy Intan ni ... pondan ke?

" kenapa Intan duduk dengan daddy? "

Intan mengangkat bahu. " Mama dengan Papa kerja " jawabnya. Aliyah mengangguk kepala

" Tak apalah Intan, kita tunggu Daddy sampai.. " Aliyah berjalan masuk ke dalam tadika sambil memimpin Amir dan Intan bersama sama dengannya.

" Aishah... " panggil Aliyah. Cikgu Aishah yang sedang mengisi perut dengan lauk tengahari mengangkat kepala memandang Aliyah dan dua anak pelajarnya.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now