Bab 12

3.4K 278 185
                                    

" RIN, awak datang tak majlis doa selamat saya tu nanti? " soal Aliyah yang sedang mengunyah nasi goreng di hadapan Fazrin.

Fazrin mengangguk. " semestinya. Saya bawak along saya. Nanti boleh kenal kenal. " Aliyah meneruskan suapannya. Selepas sahaja pulang daripada hospital, Aliyah terasa ingin memakan di kedai mamak pula. Dia teringin makan nasi goreng kampung! Sudah lama dia tidak makan di kedai sebegitu. Biasanya, di restoran. Itupun Haziq yang belanja.

" Aliyah, kalau saya tanya sikit boleh? " soal Fazrin. Aliyah berhenti daripada terus menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Dia menghabiskan kunyahannya.

Aliyah mengangkat kening sebagai tanda kenapa. Fazrin menarik nafas sedalam dalamnya.

" awak sayang saya tak? " soalannya tidak begitu mengejutkan Aliyah. Dia menelan makanan di dalam mulut.

" sayang. Sayanggggg sangat! You're the best Rin " Fazrin tersenyum puas. Dia mulai yakin dengan keputusannya.

" Thank you, sayang " Aliyah tergelak kecil.

" tak habis habis sayang... dah, sambung makan cepat " pinta Aliyah. Fazrin tersenyum lagi. Hatinya dalam kesenangan dan kegembiraan.

" NANTI tengok tengokkan adik, Riz " Fariz mengangguk. Pesan Puan Maria akan kekal tersemat dalam ingatannya. Alah, lagipun adik yang berada dengannya hanyalah Fazrin seorang! Perancangan Fasha untuk pulang ke rumah terbatal kerana dia mempunyai perancangan bercuti bersama sama rakannya.

" Sep, nanti kalau along buli, Fazrin beritahu mummy " Fariz menjeling ke arah Fazrin yang menunjukkan tabik hormat kepada Puan Maria. Eyy melebihnya dia ni.

" ha eloklah, jangan sampai mummy balik nanti, rumah macam kena rompak sebab korang dua " pesan Puan Maria lagi. Fariz mengukir senyuman dan mengangguk. Iyaaaaaalah mummy oi.

" kalau sepah, mesti Fazrin buat. Riz jarang ada dekat rumah " adu Fariz pula cuba membela diri. Fazrin memasamkan muka dan meluku kepala Fariz.

" kurang ajar! Along tak adil " marah Fazrin. Fariz tergelak. Dia masih lagi cuba untuk mengelak daripada Fazrin terus melukunya.

" apa along pulak tak adil, memang betul kan Fazrin selalu duduk rumah, along kan balik lewat " tegur Encik Ishak pula. Fazrin berhenti daripada terus mengejar Fariz.

" yela... Fazrin salah.. " rintihnya cuba meraih simpati. Fariz mengecilkan matanya. Dasar anak bongsu!

" Riz, nanti report kat mummy... macam mana rupa teman wanita si Fazrin ni. Tangkap gambar banyak banyak tau. "

" tangkap gambar? Buat apa!? " laju sahaja Fazrin mencelah. Sifat cemburunya datang!

" buat tatapan along " usik Fariz. Fazrin menarik muncung. Eeeeeee!

" ish, Riz.. tak elok usik adik macam tu... dah besar panjang dah pun... Rin pun... dah ada girlfriend pun still nak tarik muncung. Macam manalah dia gaduh dengan girlfriend dia tu nanti? " tukas Encik Ishak. Fariz tersenyum kemenangan kerana Encik Ishak menyebelahinya.

" kalau girlfriend dia merajuk, Fazrin pun merajuk sekali, biar dua dua merajuk " usik Fariz lagi sengaja mencuit perasaan si adik. Fazrin mendengus dan mengejar Fariz semula di lapangan terbang itu.

" ya Allah.. macam manalah mummy boleh terfikir nak tinggalkan korang dua... " Puan Maria menggelengkan kepala. Dia memegang kepalanya yang sakit melihat perangai dua anak lelakinya itu.

Namun, semua itu terhenti apabila satu pengumuman dikeluarkan di kawasan lapangan terbang. Mereka meminta para jemaah daripada Malaysia bersiap sedia berkumpul di kawasan perlepasan.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now