POM!
Sedas tembakkan dilepaskan.
Si penjahat tersenyum puas. Puas apabila musuhnya tumbang dalam tangannya.
Fariz terkulai di atas lantai. Dia terbatuk kecil. Batuknya disertai dengan darah yang pekat dan likat. Perutnya mengeluarkan darah yang banyak. Tubuhnya terbaring di atas lantai.
" KAU GILA. KAU GILA!! " Bentak Nadine yang sedang diikat pada tiang bangunan kepada si penjahat.
" kau tikam aku, macam mana kau tikam Amirul dengan yang lain, bodoh! " hambur Nadine lagi.
" aisyh.. shh... jangan bising sayang. " Si penjahat yang memakai sarung tangan hitam meletakkan jari telunjuknya di atas bibir Nadine agar Nadine menutup mulutnya.
" psiko!!! " tempik Nadine lagi. Penjahat itu ketawa. " hahaha. Aku? Aku psiko? "
" kau tak berhak hidup Fariz. Kau patut mampus. Sama macam mana aku bunuh Amirul, Fazrin dan Taufiq... lepasni mungkin Leane.. ataupun .... "
Penjahat itu mengacukan pistol pada Nadine. " perempuan ni. "
Fariz mengerutkan wajahnya. Sakit dan pedih dia rasakan. Perutnya ditekan untuk mengurangkan pengeluaran darah. " bunuh aku.. jangan bunuh dia... "
Penjahat itu ketawa. Tawanya bergema dengan kuat di dalam gudang kosong itu.
" Aku akan pastikan.. kau rasa.. penyiksaan yang aku rasa. Say goodbye friend. "
POM!
Sedas lagi tembakkan dilepaskan dan seorang lagi mati di tangan penjahat itu.
***
Dukacita dimaklumkan; Bab 20 ialah bab terakhir siaran WATTPAD untuk buku FOREVER YOU'RE MINE.
Ini disebabkan FYAM akan keluar sebagai buku seketul. Cuma tak tahu bila ( manuskrip masih dalam proses upgrading)
Doakan ye.
Jadi... kalau korang nak tahu kesudahan #FarizLeane kena beli bukulah nanti! Hehe.
Kalau korang ada kemusykilan nak ditanya, boleh turunkan soalan di bawah ini. Nak meroyan pun silakan.
Oh, kat atas ni pre-epilog FYAM. Maksudnya.. ni sedutan asal dari buku FYAM. Dah macam buku thriller pun ada. Penuh misteri.
Apa pun, bab 19/20 saya type 2000 patah perkataan. Nampak tergantung sebab tak ada actual ending. Tapi.. demi menjaga privasi ending.. korang kena beli buku! ( nanti bila dah keluar saya akan maklum )
Selamat Membaca!
#OneEpisodeMoreToEnd
Penulis Please/Forever You're Mine,
NurulShazliyana.I'll miss you guys. Most important; #FarizLeane couple.
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomantizmPERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...