" KAU gila Afiqah. Apa masalah kau? " pekik Hakim yang sedang bengis kemarahan. Suaranya bergema di setiap sudut genap ruang tamu rumah itu. Dadanya turun dan naik.
Fariz menahan Hakim daripada melakukan perkara yang di luar kawalan. Dia menahan bahu Hakim yang sedang berdiri.
" Riz, bodoh apa ni Riz? Sial dia ni Riz, Riz, aku sayangkan kau. Dah bertahun tahun kau jadi kawan aku. Perempuan ni, senang senang rosakkan hidup kawan aku! Aku tak boleh duduk dan tengok je Riz, kasi aku ajar sikit " Hakim mendorong tubuhnya ke hadapan untuk merapati Afiqah. Namun, Fariz menahan lagi.
" Kim, sudahlah... dia pun dah mintak maaf " ujar Fariz. Dia juga tidak dapat menerima hakikat tentang apa yang telah dilakukan oleh Afiqah. Tindakkannya terlalu melampau. Tapi, siapakah dia ingin menghukum?
" sial! Kau fikir maaf tu cukup ke nak kembalikan maruah Fariz?! " pekik Hakim lagi. Fariz menggelengkan kepala. Dia menarik Hakim untuk duduk di atas sofa bersamanya.
" Kim, chill down.. dia ada penjelasan dia sendiri " Pujuk Fariz. Mata Hakim jelas kemerahan. Dia marah dan bengang dengan tingkah laku Afiqah yang sememangnya tidak bermoral!
Afiqah yang duduk di sofa yang menundukkan kepala. Dia tidak menyangka tindakannya mengundang parah. Ianya tidak menjadi seperti yang dirancang.
Dee yang sejak sedari tadi hanya berdiri di sebalik kerusi Fariz, terus melangkah ke arah hadapan Afiqah. Dia berdiri di hadapan Afiqah yang sedang duduk di atas sofa.
" Qah " panggilnya. Afiqah mendongakkan kepala memandang Dee.
Slap!
Kepala Afiqah terdorong ke tepi. " auch " adunya. Tangannya lantas memegang pipi yang senak.
Terbit selumat darah daripada bibirnya.
" kau gila ke Dee?! " marah Afiqah.
Dee tergelak kecil. " aku atau kau yang gila sebenarnya!? "
Tidak tahan dengan sikap Dee yang tiba tiba sahaja memperlakunnya begitu, Afiqah juga berdiri menyaingi Dee.
" mana waras akal fikiran kau Qah? Mana? Kenapa kau macam ni? "
" aku waras atau tak, semua tu tak penting... yang penting-- "
" yang penting kau puas kan!? " potong Hakim lagi yang sedang duduk. Fariz yang berada di hadapannya tidak lagi diendahkan. Mahu sahaja dia menampar Afiqah yang jelas keterlaluan!
Afiqah tersenyum. Dia duduk kembali di atas sofa itu dan menyilangkan kakinya. Dia bermain dengan kuku jarinya sendiri. " cikgu Hamzah dalam perjalanan ke sini "
Fariz yang sedang memanggung kepala terus tegak. " apa kau cakap? "
" Cikgu Hamzah, guru unit kita tengah otw.. kenapa? Salah ke dia nak melawat kita? "
" melawat hotak kau! " bentak Hakim. Dia mulai berdiri. Kesabarannya benar benar tipis. Fariz juga turut berdiri dan menahan Hakim daripada terus bergerak dan meluru ke arah Afiqah.
" kenapa kau adu perkara ni dekat pihak sekolah Afiqah? " soal Fariz. Hatinya bagai disiat siat. Maruahnya terasa dicalarkan. Mukanya perlahan lahan diconteng arang dengan fitnah.
" uhm, sebenarnya, aku nak keadilan "
" keadilan apa? " soal Fariz. Suaranya jelas bergetar getar. Mahu gugur jantungnya.
" aku nak kau tanggungjawab atas apa kau dah buat Riz. Tegakkan keadilan yang kau dah cabul kehormatan aku! " Dengan penuh licik perempuan itu berbicara. Fariz meraup wajahnya.
" bbb-bila..masa? " Fariz mengetuk dahi menggunakan tapak tangannya beberapa kali. Memaksa kepalanya untuk mengingati perkara yang telah berlaku malam tadi.
" kau dengan dia buat benda tu ke Riz? " soal Hakim pula secara tiba tiba. Fariz menggelengkan kepala. Dia yakin, dia tidak lakukan perkara itu!
HAZIQ melepaskan dengusan kecil serta senyuman sinis. Dasar lelaki. Bisik hati kecil Haziq. Dia kini berada di hadapan laman rumah Dee bersama Cikgu Hamzah, Fariz dan Hakim.
" Saya rasa, rasional kita sekarang... kita patut hukum Fariz dan Afiqah " Haziq mulai bersuara sebagai seorang ketua pelajar.
Fariz menundukkan kepala. Tangannya digengam. Hakim yang duduk di sebelahnya mengosok perlahan belakang badan Fariz yang keresahan.
" tapi, dia tak salah cikgu " beritahu Hakim yang ingin membela Fariz.
Cikgu Hamzah menggelengkan kepala. " Maaf Kim. Hal ni cikgu tak boleh buat main. Cikgu akan hukum Fariz sehingga cikgu dapat keputusan tentang apa yang terjadi sebenarnya " Hakim melepaskan keluhan. Serabutnya dia pada waktu ini.
" Cikgu nak Fariz dan Afiqah pindah ke sekolah lain. Jalani pemulihan akhlak " tegas cikgu Hamzah bersuara selepas mereka berdiam lama. Haziq membulatkan matanya. Dia yang bersandar pada kerusi terus ke hadapan dan memegang lengan kiri cikgu Hamzah.
" betul ke cikgu? Cikgu fikir masak masak dulu " ujarnya. Gembira dalam hati, sedih pada tutur kata.
" Buat apa kita nak simpan pelajar macam ni? Cikgu betul betul kecewa dengan awak Fariz. Cikgu akan gantung jawatan awak dan Afiqah. Serah pada Leane buat sementara waktu. " Fariz mengangkat kepalanya menghadap cikgu Hamzah. Mata hitamnya mencari kebenaran di sebalik kebenaran kata kata cikgu Hamzah.
" pindah? Cikgu please.. saya tak salah.. kenapa saya kena pindah? "
" awak tanya saya Fariz apa salah awak? Apa hubungan awak dengan Afiqah tu? Mana ikrar PRS yang telah awak angkat semasa awak dilantik dulu Fariz? "
" Saya dengan Afiqah betul betul tak ada apa apa! " Lirih Fariz. Matanya penuh kesayuan. Pindah...? Takkan!
" setimpallah Fariz, kau tak payah nak nafi kau dengan Afiqah tak ada apa apa. Aku sendiri. Mata aku ni, nampak kau dengan Afiqah berpeluk dalam hutan haritu! " jari telunjuk dan jari tengah Haziq menunjuk matanya dengan bersungguh sungguh.
" pp-peluk? " soal cikgu Hamzah terkejut. Haziq mengangguk dengan bersungguh sungguh.
" kau jangan nak fitnah sembarangan Ziq, melampau tahu tak! " bentak Hakim pula tidak puas hati di ruangan itu. Haziq tertawa kecil.
" aku nak fitnah apa, memang aku nampak! " ujar Haziq lagi mempertahankan dirinya.
" sudahlah! " marah Cikgu Hamzah yang kelihatan mulai serabut.
" Betul ke ni Fariz? "
Fariz menundukkan kepala dan jari jemari tangan kanannya asyik memicit kepala yang mulai pening.
" itu berlaku di luar kawalan... lagipun, bukan saya-- " belum sempat Fariz menghabiskan ayatnya, Cikgu Hamzah terus memotong.
" jadi betullah ye? Yang kamu berdua berpelukan di hutan? " Fariz hanya diam sahaja dan membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Dan ia membuatkan cikgu Hamzah berasa jawapan kepada soalan itu ialah YA.
" Dan Haziq, saya mahu awak juga berada di pusat pemulihan akhlak tu nanti. Untuk pantau Hakim dan Fariz. Dee akan bantu Afiqah. " tegas cikgu Hamzah berkata memberikan kata putus. Dari gaya percakapannya jelas menyatakan bahawa keputusan itu muktamat.
" Saya sekali cikgu?! " soal Hakim terkejut. Kenapa dia sekali perlu dijatuhkan hukuman sama berat seperti Fariz?
" Cikgu akan berjumpa dengan ibu bapa kalian untuk membincangkan hal ini dalam masa terdekat. Bersiap sedia. " beritahunya tanpa membalas soalan Hakim yang jelas terkejut. Cikgu Hamzah mulai berdiri. " cikgu nak jumpa parents Dee dekat dalam kejap "
Dan kakinya terus melangkah masuk ke dalam rumah Dee meninggalkan Haziq, Hakim dan Fariz di situ.
" bodoh! Kalau aku tak datang jumpa dia semalam, pasti semua ni tak jadi! " bentak Hakim sambil dia menumbuk kerusi yang sedang didudukinya. Dia melepaskan geram yang bertalu di hati.
Dengan perasaan sebal, Fariz meraup wajahnya. Rambutnya diselerakkan. " ahhhhhh!!! " Fariz mulai berdiri. Serabutnya dia rasa!
Haziq mengetap giginya. Kini, dia juga terheret dalam masalah ini. Dia yang beri idea tentang hukuman itu, dan kini dia pula yang perlu bersama sama dalam tempoh menjalani hukuman. Ah!
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...