Beberapa tahun kemudian...
FARIZ memicit kepala yang sakit. Bukan apa, dia sendiri penat melayan kerenah Intan Nur Nadrah membuat kerja sekolah sebentar tadi selepas pulang daripada kerja. Hampir setengah mati dia melayan kanak kanak itu.
" Daddy " panggil Intan sambil membawa anak patung di bawah ketiak. Fariz memalingkan wajah menghadap anak daranya seorang itu tetapi matanya masih lagi tertutup.
" Pergi tidur dengan Tok Ma sana. Daddy penat " selimut ditarik rapat ke dada.
" Daddyyyyyy... mama mana... " panggil dia lagi. Kaki Fariz pula dia goncang sehabis kuat. Kemudian dia cuba memanjat katil itu dan mengoncangkan pula badan lelaki itu.
" mama kerja kan.. nanti mama baliklah.. Intan tidur je dulu " tukas Fariz memujuk anak kecil itu. Intan menarik mukanya. Dia mencuit pipi Fariz untuk menarik perhatian si Daddy Fariz. Tidak padan dengan itu, dia rapatkan mulut kecilnya dengan muka Fariz.
Dari dahi turun ke mata, hidung, pipi dan akhirnya mulut. Lama. Setelah itu, Fariz mula memusingkan badannya. Dia dapat rasa bahawa Intan mula baring di atas dadanya. Biarlah jika dia berasa selesa. Tidak lama kemudian, Fariz perasan akan celoteh anak kecil itu tidak lagi kedengaran. Mata yang penat dibuka perlahan lahan.
" Intan? " Fariz menjeling ke arah Intan yang mula tidur di atas dadanya. Dia mengusap lembut kepala anak kecil itu. Bagai menyalur kekuatan pada anak kecil itu.
Matanya, bibirnya, dan perangainya, tidak ubah seperti Afiqah.
Menjaga Intan kini, tidaklah sesenang yang dia sangka. Jikalau dia masih mempunyai Leane... pasti mudah kerjanya. Lengan Fariz diletakkan di bawah kepalanya. Matanya memandang siling bilik tersebut. Dia akui, dia rindukan gadis itu. Namun, apa yang mampu dia lakukan hanya berdoa buat si dia.
Telefon yang berbunyi mematikan lamunan Fariz.
" haih... sekarang ke " keluh Fariz apabila dia melihat nama yang menelefonnya. Melihat Intan yang baru sahaja tidur di atas badannya, membuatkan Fariz serba salah untuk menolak Intan untuk tidur di biliknya.
" sorry sayang " Fariz perlahan lahan menolak gadis kecil yang lena dibuai mimpi itu ke tepi. Dengan kemeja dan seluar slack kerja yang masih tidak tertanggal, Fariz terus memakai semula stokin yang baru sahaja ditanggalkan sebentar tadi. Dia baru sahaja pulang beberapa jam lepas dan kini dia perlu keluar semula.
Seusai itu, Fariz merapati semula ke arah Intan di atas katil. Dia mengucup perlahan dahi si Intan. " nanti daddy balik tidur sebelah intan " titip Fariz. Kemudian dia menarik selimut tebal untuk menutupi tubuh Intan daripada terus kesejukkan. Fariz mencapai telefon dan jam di meja sisi katil lalu dia ke tempat pengawal suis di sebelah pintu bilik. Alat kawalan air corn diambil dan dia menaikkan sedikit suhu agar Intan tidak sejuk pada tengah malam nanti.
Fariz meletakkan semula alat kawalan itu dan berjalan keluar daripada bilik. Ketika dia berjalan keluar ke tangga, Mummy Maria sempat menegurnya.
" nak ke mana pulak ni Riz? "
" kerja " balasnya sepatah.
Mummy Maria menggelengkan kepala. " mana Intan? "
" kat bilik. Biar je lah dia kat situ " kaki Fariz dilajukan untuk turun ke tingkat bawah. Mummy Maria juga mengekorinya menuruni tangga.
" Kamu ni Riz... asyik kerja aje... ada Intan pun nak kerja lagi.. Afiqah--" langkah Fariz mati di hadapan pintu rumah tersebut. Matanya mencerlung tajam ke arah Mummy Maria.
" cukup mummy. daripada layan kerenah mummy, baik Riz kerja. Riz penat mummy. Penat dengar mummy berleter. Kalau bukan sebab mummy, rasanya Leane ada lagi dekat dengan Riz. Mummy jangan nak tuding jari dekat orang lain. Fariz penat. 8 tahun, Fariz tahan. Tolonglah mummy. Jangan push Fariz. I hate it. " Jam pada gengamannya dipakai lalu dia keluar daripada rumah. Pintu rumah dihempas kuat. Kesal dengan sikap Mummy Maria yang tidak putus putus memaksanya bersama dengan perempuan lain.
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...