MASA bergerak. Leane tahu ini bukan mimpi. Ini bukan khayalan. Ini kenyataan. Leane berlari masuk ke dalam ruangan ER. Telefon milik Amirul digengam pada tangan.
Amirul terbaring di atas katil. Terdapat sebuah tiub dimasukkan ke dalam mulut untuk menyalurkan oksigen ( intubation ).
" tekanan darah, 0/0 doc. " ujar seorang nurse, yang sedang berdiri kaku bersebelahan Amirul.
Dua orang doktor menggelengkan kepala. Pergi jua seorang lagi hamba Allah, malam ini.
" umumkan masa kematian pesakit " Ujar sorang pakar perubatan kepada MO bertugas di sebelahnya.
" Innalillah... Pesakit, Muhammad Amirul.. mening- "
" TEPI! " Tempik seorang doktor yang tiba tiba menolak sekumpulan pegawai perubatan yang mengelilingi Amirul.
Itu.. ialah Fariz.
" request a pack of blood! " jeritnya lagi. Dia menekan kawasan luka pada perut Amirul. Fariz menongkat lutut di atas katil, bersebelahan Amirul. Dia separa berdiri, menolak tekanan pada badannya untuk memberhentikan pendarahan.
" Doktor Fariz, tak ada gunanya lagi. Berhentilah.. " pujuk Dr Zamri, pakar perubatan am.
" tak.. takk " mata Fariz mulai kabur, kabur dengan air mata.
" nurse, tekan ni! " Fariz melepaskan gengaman gauze yang ditekan pada pusat luka Amirul dan tugas itu diserah pada jururawat yang berdiam diri sejak tadi.
Fariz mula melakukan CPR, menekan dada Amirul dengan sepenuh kudratnya. Penat, kerana dia masuk bekerja pada pukul 9 pagi sehingga kini. Masa tidurnya hanya 2 jam. Namun, apa yang bisa dia lakukan.. itu adalah kerjanya.
" Mirul.. please.. kau janji dengan aku nak jadi doktor sama sama... kau janji dengan aku, kau nak suruh aku jadi pengapit majlis kahwin kau.. pleasee.. " gumam Fariz dalam suaranya yang terketar ketar. Air matanya jatuh bercucuran menyembah bumi. Peluh mulai membasahi dahi Fariz.
" Kau berbahagialah Riz.. "
" Doktor Fariz, berhenti... dia dah tak ada " Pujuk seorang lagi seorang residen perubatan yang berada di belakangnya. Dia memegang bahu Fariz yang masih lagi menolak tekanan tubuhnya, disalurkan sisa tenaga hanya untuk menghidupkan Amirul kembali.
" tak... tak.. Mirul!! " Fariz terkulai jatuh dalam pegangan doktor residen yang memegangnya. Dia penat. Air matanya tidak putus putus keluar.
Tangannya penuh dengan darah, darah seorang sahabat yang disayanginya.
Air mata Leane turut gugur tanpa diminta. Dia sebak. Sebak melihat Fariz.
" Muhammad Amirul, 30 tahun, meninggal disebabkan kidney bleeding injury and colon injury pada 22 Mac 20XX pukul 9:11 malam. " ujar Dr Zamri, lalu dia pergi ke arah pesakit lain.
Maka dengan itu, esakkan Fariz semakin kuat menggema kawasan hospital.
AIR MATA yang jatuh daripada tubir mata, lantas diseka oleh Leane. Dia hiba dan sebak, melihat Fariz yang sedih sebegitu rupa. Kini, mereka di rumah keluarga Amirul yang berada di Melaka. Taufiq, Hakim dan Nadine juga turut berada di rumah Amirul. Mereka gembira dengan kehadiran Leane, namun mereka sedih dengan pemergian Amirul.
Amirul disyaki ditikam. Keputusan autopsi mengatakan bahawa luka pada ginjal dan usus Amirul adalah daripada tikam pisau. Kami tidak tahu, apa yang terjadi.
" Leane " Nadine yang berjubah hitam datang menghampiri Leane yang sedang duduk di atas kerusi di ruang tamu. Dia memeluk erat rakannya itu. Rindu yang tidak terkata.
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...