Bab 16

2.8K 143 24
                                    

FARIZ melepaskan keluhan, akhirnya pesakit kecemasannya kali ini lepas daripada masa kritikalnya. Fariz menapak ke kaunter jururawat sebaik sahaja dia keluar daripada bilik rawatan.

" Fail patient tadi " ujar Fariz. Peluh yang merinik di dahi diseka menggunakan lengan hujung lengan baju kot putihnya.

Jururawat yang berada di situ lantas mengeluarkan kertas laporan pesakit dan diletakkan di dalam fail. Kemudian dia menghulurkan fail itu kepada Fariz.

" his wife tadi pergi mana? Actually i want talk to her " soal Fariz.

" saya tak tahu doc. Tadi dia ada, dia solat subuh kot doc. "

" hmm tak apalah, esoklah kalau macamtu. Saya nak balik, tidur. Penatt.. banyak kes malam ni " jururawat itu mengangguk. Akur dengan arahan orang atasan.

Fariz mengambil fail tersebut dan kakinya lantas bergerak ke bahagian dalam kaunter untuk mendapatkan tempat duduk di hadapan komputer untuk mengisi pelaporan pesakit. punggungnya dihempas lemah, sekata dengan tenaga yang tersisa sejak tadi.

" Rafique Daniel Khan.. emm " Gerutu Fariz. Dia mula menongkat pipinya. fail diletakkan di atas meja dan dia mula menyelak keputusan darah yang baru sahaja diserahkan daripada makmal patologi sebentar tadi sebelum jururawat menyimpannya ke dalam fail.

Namun, tidak lama kemudian, deringan telefon yang berbunyi di dalam poket menghentikan tugasnya yang sedang memeriksa keputusan darah pesakitnya seorang itu. bekerja sebagai seorang Medical Officer di hospital besar tidaklah seperti bekerja di hospital yang berada dalam sebuah pekan. tugasnya bagaikan berlipat ganda apabila jantung yang terus berentak ketika bertenang, seaakan tidak memberi peluang untuk Fariz berehat.

" ya? " soal Fariz apabila telefon sudah terlekap pada cuping telinga.

" Daniel is under me. Nanti... esok kita tengok keadaan dia before serah pada pakar. Ok.. bye. Assalamualaikum " Talian dimatikan. Fariz memasukkan kembali telefon ke dalam poket kot doktornya.

Fariz melihat jam pada pergelangan tangan. Patutlah rasa penat semacam.. dah 6 pagi rupanya. Masa on duty juga sudah tamat. Dia mahu tidur dan rehat selepas berlari di ER ( Emergency Room ) semalaman. Fail milik pesakit Daniel, diserahkan kembali kepada jururawat disitu. Dia mahu beredar.

Fariz menanggalkan kot putih. Dan kini dia hanya berbaju skrub ( baju pembedahan bagi doktor doktor ). Kot putihnya digantung pada lengan kiri. Dia berjalan keluar daripada unit ICU. Pintu bilik ICU juga ditolak perlahan, tenaga dan dayanya tinggal sedikit.

Dan tika itu juga, dia terdengar suara tangisan seorang wanita. Fariz menoleh ke belakang. Terdapat seorang wanita yang sedang tunduk, menangis tersedu sedu.

Semoga dia tabah.

Doa Fariz di dalam hati. Mungkin salah seorang ahli keluarganya berada di unit ICU ini. Fariz terus berjalan ke menuju ke bilik rehat bagi doktor ER hospital itu. Katil sudah memanggilnya di sana!

Tidak lama kemudian, seorang jururawat keluar daripada bilik ICU itu. Dia mengerlingkan mata ke kiri dan kanan. Mencari seseorang.

" Puan Delileane? " soalnya apabila melihat seorang wanita berada di ruangan menunggu bersebelahan ruangan ICU itu.

Leane mengangkat kepala. Melihat jururawat itu memanggilnya, terus dia laju berdiri dan menghampiri si pemanggil.

" nurse, macam mana daniel? " mata Leane sembab, dek tangisi Daniel, sepupu Leane.

" alhamdulillah puan, dia dah lepas masa kritikal.. buat masa sekarang, dia tak boleh terima pelawat sebab nak biar dia berehat dulu. Nanti kami maklum pada puan ye? " Leane mengangguk. Dia redha. Selepas memberitahu akan hal tersebut, jururawat itu terus masuk ke dalam ruangan ICU itu semula. Meninggalkan Leane di hadapan muka pintu.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now