Bab 2

5K 208 124
                                    

DEE mencapai sebotol air mineral di dalam peti sejuk. Dia juga mengambil gelas kaca di dalam kabinet.

Mendengar pintu tandas dikuak, Dee tahu Afiqah sudah keluar. Separuh mati perempuan jalang itu meminum air arak di dalam kelab. Dia begitu kecewa dengan Fariz. Afiqah kata, Fariz mempermain dan berlaku curang terhadapnya. Dee pun tidak tahu mahu percaya ataupun tidak. Kawannya seorang itu bukan betul sangat.

Afiqah sudah 2 tahun sentiasa berada bersamanya sebagai penolong. Pangkatnya juga selalu naik setiap tahun sejak berada di tingkatan 2. Namun, Dee tidak pernah menyangka, lencana kaunselor terbaik pada tahun lalu yang diterimanya tidak dapat digunapakai ke atas dirinya sendiri. Afiqah mampu berkhidmat untuk rakan rakan namun tidak untuk diri sendiri.

Dee mengeleng. Selepas selesai menuang air mineral ke dalam cawan. Dia memusingkan badan untuk ke hadapan.

" Fiqah " Dee mengurut dada. Melihat Afiqah di belakangnya dengan rambut yang agak tidak terurus membuatkan dia agak terkejut.

" kita ada tetamu ke? " soal Afiqah.

" yea. Kau naik ataslah, tidur. " pesan Dee. Dia yang memegang gelas itu lantas cuba untuk bergerak. Namun dihalang oleh Afiqah.

" kau nak tak hari ni jadi hari terakhir kau tengok dunia? " soal Afiqah penuh menakutkan. Kening Dee terangkat.

" kau dah kenapa " balas Dee. Terus, tangan Afiqah yang berada di belakang badannya dihala ke hadapan. Dia memegang pisau. Dan ianya laju saja dihala ke arah Dee.

Dee mengundur sedikit. Namun sempat 2 tapak sahaja, kakinya sudah mati langkah.

" Afiqah, mengucap. Apa kau buat ni? " di dalam hati Dee, hanya Allah sahaja yang tahu. Takutnya si dia melihat Afiqah. Tidak perlu lihat hantu pun tidak mengapa!

Afiqah meraba bajunya menggunakan tangan kiri. Pisau di tangan kanan masih lagi dihala ke arah Dee. Dia mengeluarkan isi pada poket kirinya.

" masukkan ni dalam air tu. " Afiqah mencampakkan sesuatu di atas meja tabletock itu. Dee memalingkan wajah ke belakang untuk melihat benda itu.

" apa ni? " Afiqah tersenyum tipis.

" masukkan aje lah. Kau jangan macam macam, kau tak.. semua orang dalam rumah ni aku bunuh! " Afiqah menghala lagi pisaunya ke hadapan membuatkan Dee mendorongkan separuh tubuh atasnya ke belakangnya. Pisau juga dihala hala ke arahnya. Risau!

" Fiqah, tolonglah. Apa ni? Kau nak bunuh Fariz ke? "

" Kalau Leane boleh tergelak dengan Fariz, aku pastikan kali ni Leane rasa keseksaan aku. " ugut Afiqah.

" masukkan cepat! " gesa Afiqah dalam nada separa berbisik. Takut ' tetamunya ' yang berada di hadapan sedar akan kekecohan yang berlaku di dapur.

Dee menutup matanya. Keluhan berat juga dilepaskan. Dia memusingkan tubuh ke belakang. Gelas diletakkan di atas meja. Afiqah lantas mengambil tempat untuk meletakkan pisau pada leher Dee.

" masukkan! " gesa Afiqah lagi. Dia menolak sedikit tubuh Dee ke hadapan.

Dee tidak putus putus memohon maaf di dalam hati. Dia tidak mahu lakukan ini, tetapi dia terpaksa. Bungkusan kertas berwarna putih yang kecil dicampak Afiqah di ambil.

Bungkusan itu dikoyakkan sedikit. Kemudian isinya Dee masukkan ke dalam gelas tersebut.

" good. Kau jangan macam macam, jangan jerit, jangan lari, jangan buat hal, kalau tak, aku akan pastikan semua dalam rumah ni mampus ! " Dee meneguk air liur. Dia tidak mengerti dengan sikap Afiqah kini.

Dee mengangguk juga perlahan dalam keterpaksaan. Afiqah menolaknya untuk berjalan ke hadapan sehingga ke muka pintu dapur.

" muka kau buat macam biasa! Aku akan perhatikan kau dari sini " marah Afiqah apabila melihat tangan Dee yang mulai terketar ketar. Dee cuba mengawal tangannya yang terketar ketar dan berjalan keluar dari dapur menuju ke arah Fariz.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now