Bab 13

3.1K 212 67
                                    

" SAYANG... awak kenal along saya? " soal Fazrin terkejut. Leane mengalihkan pandangan matanya daripada terus bertembung dengan Fazrin.

" dia... ke orangnya Rin? " soal Fariz, menyatakan suaranya selepas berdiam diri. Fazrin mengangguk.

Nada dering yang berbunyi daripada telefon Fazrin membuatkan Fazrin mula meraba raba poket seluarnya untuk mengeluarkan telefon yang nyaring berbunyi.

" helo? " jawab Fazrin.

" Daddy? Ish dia ni.. " keluh Fazrin. Dia menjarakkan telefon daripada telinga. " Riz, call for you. Anak kesayangan kau duk daddy daddy.. lain kali telefon tu janganlah silent, kan dah-- " bebel Fazrin. Namun itu terhenti apabila dia mendengar Leane melagakan besen pada dinding.

Leane terus berjalan keluar daripada dapur, meninggalkan dua jejaka yang sedang bergaduh. Membawa besen yang dipegangnya sedari tadi. Niat untuk membilasnya terbatal. Buat di luar juga boleh. Leane meletakkan besen tersebut di sebelah meja hidangan tetamu.

Sudah puas dan penat, lebih 100 kali dia mempraktikkan ini, mengajar dirinya untuk tabah apabila bertemu Fariz suatu hari nanti. Setiap kali dia belajar bersabar untuk kuat, dia berjaya.

Namun, saat ini.. hatinya bagaikan disiat. Segala perkara yang dia serap seakan ajaran semata mata. Hatinya masih lagi hati tisu. Hati yang mudah dirobek.

Leane menapak kakinya laju memasuki bilik. Dia tahu, ini adalah perbuatan yang tidak sepatutnya kerana dia mempunyai tetamu di bawah. Tetapi dia terpaksa lari, untuk menyembunyikan perasaan sakitnya.

Tutup sahaja pintu bilik, Leane duduk di belakang pintu. Dia memejamkan mata. Satu kenyataan perit untuk dia telan. Fazrin.. rakan baiknya sejak dia dimasukkan ke kolej... rupanya itu ialah adik kepada suaminya sendiri.

Daddy?

Tahap di mana kau katakan ianya terpaksa.. akhirnya, seorang anak juga kau hasilkan. Tahniah Riz...

Tanpa Leane pinta, setitik air matanya mulai jatuh membasahi pipi. Namun, lantas diseka olehnya. Kakinya deras melangkah ke arah balkoni luar untuk menenangkan diri.

Fariz mencapai telefon yang dihulur oleh Fazrin. Kemudian dia berlalu keluar meninggalkan Fazrin yang keliru dengan apa yang berlaku. Dia menjawab panggilan Intan.

Dia merapatkan telefon pada telinganya. " hello, Intan? " sahut Fariz. Dia mencekak pinggang di tepi ruang rumah itu.

" Daddy kat luar ni... nanti daddy baliklah... " rungut Fariz apabila Intan meminta dirinya untuk balik. Hampir seminggu juga dia tidak bertemu dengan Intan. Dan anak kecil itu pasti rindukannya.

Secara tidak sengaja, Leane juga turut mendengar perbualan anak beranak itu.

Kenapa sekarang?

" Ye.. nanti daddy jumpa Intan... bye sayang.. " Fariz mematikan talian telefon. Dia menyimpan telefon Fazrin di dalam poketnya. Fariz memandang ke langit, keluhan dilepaskan.

Kemudian dia memalingkan wajah ke belakang. Untuk mengembalikan telefon yang dipinjam kepada tuannya semula.

Dan ketika itu, pandangan Fariz dan Leane yang berada di balkoni atas bertaut.

Lama mereka membalas pandangan, sehinggalah...

" Along! " laung Fazrin sambil berjalan ke arah Fariz. Leane segera mengalihkan pandangannya agar tidak disedari Fazrin. Dia terus mengangkat kaki masuk ke dalam bilik semula.

Fazrin menepuk bahu Fariz yang ralit memandang balkoni atas rumah itu. " along pandang apa? " soalnya sambil matanya dikalih, turut memandang balkoni itu. Namun, tiada orang di situ.

Jangan kata, along nampak 'benda!'

Fariz menggelengkan kepala. Dia menyeluk poket baju melayunya dan mengeluarkan telefon jenama Apple milik Fazrin.

" along nak ambik angin kejap " Dia menghulurkan telefon itu masuk ke dalam tangan Fazrin dan terus melangkah pergi dari situ.

Fariz mengerutkan kepala. Dah kenapa along ni?

" SAYANG, awak dah makan? " soal Fazrin kepada Leane yang duduk di sebelahnya. Leane tersenyum tipis. Kemudian dia menggeleng.

" kenapa tak makan lagi? Patutnya tuan rumah makan dulu " bebel Fazrin. Dan ini salah satu perangai keluarga Encik Ishak yang tidak dapat Leane lupakan, iaitu sering mengambil berat terhadap orang lain.

" emm takpe, saya suka makan bila dah habis majlis. Rin, awak tu makan.. ajak sekali.. along awak tu " tukas Leane cuba berdalih.

" hmm.. cakap fasal along.. mana along ni ek? " Fazrin mengalihkan pandangan ke kiri dan kanan, mencari si kelibat abang yang tidak ditemui.

" biarlah dia " Fazrin mengalah. Dia tersenyum dan memandang bidadari di hadapannya.

" Aliyah.. saya ada benda nak cakap sikit.... " Leane mengangkat kening. Tiba tiba sahaja Fazrin bertanya apabila hendak bercakap. Mesti ada sesuatu.

" apa dia? " soal Leane. Fazrin yang duduk di sebelah Leane mula menyeluk poket baju melayunya. Mencari sesuatu.

" ni... " Fazrin menghulurkan sekotak baldu merah yang kecil. Diletakkan kotak itu di atas meja.

" i want you to be mine " Leane tersentak. Jantungnya seaakan berhenti. Darah mulai terasa berhenti untuk mengalir di dalam saluran darahnya.

Fazrin... seriuskah?

" saya tahu, ni macam mengejutkan. But... i give you time ok.. fikirlah baik baik. Cincin ni sayang simpanlah ... " Fazrin menolak kotak berwarna merah itu ke arah Leane.

Leane yang masih dalam terkejut dengan confession secara tiba tiba itu mencapai kotak merah yang diberi Fazrin. Kotak itu dibuka sebaik sahaja berada di dalam gengamannya.

Sebentuk cincin emas yang bertahtakan berlian, diberi oleh Fazrin kepadanya.

" sayang, if boleh saya nak bina keluarga -- "

" Rin, jom balik ! " Panggil Fariz kepada Fazrin yang sedang sibuk berbual dengan Leane. Kali ini, biarlah dia diamkan dahulu tentang Leane daripada Fazrin.

Fazrin yang terkejut dengan jerkahan Fariz terus menoleh ke belakang dan berdiri. " Hah? Balik? Kita makan pun belum " bidas Fazrin yang tidak mahu pulang. Fariz mendengus. Degil betul adiknya yang seorang ini.

Fariz yang berdiri di belakang Fazrin terkedu melihat kotak kecil pada gengaman Leane. Fazrin.. melamar Leane kah?

" Along nak masuk kerja. Kau nak tinggal, terserah. Balik naik grab. " tukas Fariz, berbohong. Dia malas mahu berlamaan di situ. Hatinya sesak.

" eh? Sekarang? " dengus Fazrin. Ala, baru sahaja dia berborak dengan Leane.

" eh taklah, esok. Dah, along gerak dulu, bak kunci " Dia menyeluk tangan kanan ke dalam poket kanan baju melayu Fazrin. Fariz memadang sekilas muka Leane dan dia mengangkat kaki daripada terus berada di situ. Hatinya sakit. Melihat isteri sendiri bercinta dengan adiknya.

AMIRUL mengurut perlahan dagunya. Dah kenapa rakannya yang seorang ini? Datang on call malam malam dengan muka masam memanjang. Pesakit lain tengok pun seram!

" woi, kau dah kenapa? " sergah Amirul. Fariz menggeleng. Dia menarik semula fail pesakit di hadapannya dan mula memeriksa laporan.

Amirul yang bengang melihat Fariz terus menarik semula fail yang berada pada tangan Fariz. " beritahu aku, aku tahu ada benda yang tak kena. " gesanya. Tidak mahu berdolak dalih.

" apa benda yang tak kena ni? Biasa je lah. Aku penat " Fariz cuba menarik semula fail pesakit miliknya yang berada pada pegangan Amirul. Namun, Amirul lebih pantas mengelak membuatkan Fariz melepaskan keluhan. Dia merengus. Bengang dengan sikap Amirul.

" kau dah kenapa tiba tiba? " marah Fariz. Amirul menggelengkan kepala.

" kau tu. Kau tu yang kenapa tiba tiba? " marah Amirul semula. Dia meletakkan fail milik Fariz di belakang badannya.

" kau nak tahu? "

" yes "

" Aku jumpa Leane, puas? "

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now