" LAWA baju ni " Fariz mengelus baju yang terdapat pada tangan kanannya. Baju kurung yang berwarna pink purple, lebih tepat ianya warna lavender lembut itu benar benar menambat hatinya.
" Encik berminat ke dengan baju ni? Baju ni keluaran terbaru butik kami. Limited design. Pereka sengaja rekanya dengan rekaan terhad. Isteri encik saiz apa? Saya boleh carikan. " tiba tiba sahaja seorang promoter daripada butik Anggun itu menghampiri dan bersungguh sungguh dia bertanya kepada Fariz. Muka aku nampak tua sangat ke yang dia tahu aku ni dah kawin?
" Baju ni ada satu set dengan suami tak? " soal Fariz tanpa berlengah. Promoter itu mengangguk.
" ada encik, cutting dia ikut model patung depan cermin tu " ibu jarinya ditelunjukkan ke arah cermin pameran butik itu. Fariz turut menoleh ke arah bahagian yang ditunjukkan oleh promoter girl itu.
Fariz mengurut pelipisnya. Baju itu cantik. Sesuai jika mereka memakainya pada hari raya pertama. Namun, bertemukah mereka nanti?
" kenapa encik? Ada yang tak kena ke dengan baju kurung moden ni? Ada apa apa nak di outer? " soal promoter itu cuba mendapatkan keyakinan Fariz untuk membeli baju itu.
" saya tak pasti isteri saya pakai saiz apa, dia kurus tapi dia tinggi " ujarnya memberitahu tentang perkara yang bermain di minda.
" oh tinggi dia paras mana dengan encik? "
" leher.. eh mungkin bahu... emmm... entahlah saya pun tak pasti " riak wajah promoter itu sudah berubah. Tinggi isteri sendiri takkan tak tahu? Kan sehidup sebumbung?
" isteri encik dah tak ada ke? " soal promoter itu takut takut. Yalah, manalah tahu jika lelaki di hadapannya ini ingin beli buat si isteri tersayang yang sudah tiada. Itu psiko namanya!
" she's staying at someone house. I could remember. Haven't meet her for a couple days " bahagian couple days itu tipu. Sesudahnya, dia sudah tidak ketemu Leane hampir sebulan setengah. Rindu yang mendalam dia sematkan kepada sang isteri yang tidak pernah putus putus bertanya, bilakah dia akan pulang. Dia tiada jawapan untuk itu.
" berikan saya saiz L buat baju melayu, dan saiz M untuk isteri saya. Design dan warna ni " putus Fariz. Promoter itu mengangguk dan terus berlalu masuk ke dalam stor untuk mencari stok.
Selang beberapa minit kemudian, dia kembali dengan sepasang baju melayu dan baju kurung moden yang masih baharu dalam pegangannya. Fariz menuju ke kaunter dan membayar baju raya miliknya itu. Lalu dia menyinggah Daiso untuk membeli kotak.
" FARIZ tak mau tidur sini dulu ka? Sehari dua? Berbuka dengan Opah? " soal Opah. Fariz yang duduk di atas sofa rumah kayu yang sunyi itu menggosok tengkuknya. Aduhai, serba salah pula bila dia ingin membiarkan warga tua itu berbuka sendirian. Opah mengadu bahawa hampir setiap hari puasanya dia berbuka di surau. Kini, dia mahu Fariz menemaninya. Niat Fariz hanya mahu meluangkan masa dengan opah dengan membawa dirinya ke pekan dan membeli makan malam sahaja.
" bole lah Opah, saya berbuka di sini. Tapi saya tak boleh tidur di sini. Saya kena balik semula " beritahunya. Opah mengangguk. Opah yang mulanya duduk di sofa bersama sama Fariz mulai berdiri. Dia mengambil bungkusan kuih muih yang berada di atas meja.
" tak kisahlah Riz, Opah siapkan makan dulu untuk kita " Ujar Opah lalu dia menapak ke dapur. Fariz meramas rambutnya. Ah! Serabutnya. Hanya Allah tahu betapa semaknya fikiran dia tika ini.
Opah pada mulanya juga bertanya, di manakah Leane, dia fikir Leane ada bersamanya, Fariz terpaksa memberitahu hal sebenar kepada Opah tentang kejadian yang sudah berlaku terhadapnya. Dia tidak mampu untuk menipu orang yang lebih tua darinya.
Kepala, Fariz hentakkan pada dinding kayu. Dia ingin memaksa otaknya berfikir tentang langkah seterusnya.
Ting!
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...