Bab 11

3.6K 255 80
                                    

" FAZRIN, kita pergi hospital sebelum awak hantar saya balik rumah boleh tak? Amir demam ni... dah 5 hari.. ni macam makin panas aje.. dah 3 hari dia melepek " Acap kali Aliyah membetulkan tangannya pada dahi Amir yang sedang tidur pada ribanya. Risaunya terhadap Amir tika ini yang masih lembik tidak bermaya untuk bermain. Sudah 3 hari juga celotehnya tidak didengari. Fazrin yang sedang ralit memandu memandang Amir yang berada pada pangkuan Aliyah.

" seriuslah? Tak nak tunggu abang Muiz hantar sendiri ke? " Fazrin memanjangkan tangannya untuk meletakkan belakang tapak tangannya di atas dahi Amir.

" tak kot. Kesian Amir. Kita straight aje lah ke sana " ujar Aliyah. Fazrin mengiyakan. Matanya kembali difokuskan memandang jalan raya yang sibuk.

" kita pergi ke hospital along saya " Aliyah mengangguk. Tidak kisahlah mana mana. Janji Amir dapat rawatan yang sepatutnya.

Tiba sahaja di hospital, kereta Fazrin berhenti di hadapan ruangan kecemasan. Aliyah mendukung Amir terus masuk ke dalam kawasan hospital sementara Fazrin cuba mencari parkir di kawasan hospital tersebut.

Sampai sahaja di kawasan kaunter unit kecemasan, Aliyah diminta oleh nurse yang bertugas untuk membawa Amir masuk ke dalam bilik rawatan.

Dan tika itu, Fariz sedang sibuk untuk menyelamatkan pesakit di bilik sebelah, menjalani pembedahan kecil di situ.

" Puan dah boleh keluar, tunggu kami di ruang menunggu. Isi borang pendaftaran. Doktor sedang on call sekarang. Mungkin akan lewat sedikit " ujar Nurse itu. Aliyah mengusap rambut Amir sebelum dia menghantar pandangan sayu kepada Amir dan berlalu pergi daripada ruangan rawatan. Dia merapati kaunter pendaftaran yang tidak jauh dari situ.

" Aliyah " panggil Fazrin. Aliyah memalingkan kepala memandang Fazrin yang berada di hadapan pintu unit kecemasan.

" Amir macam mana? " soalnya. Aliyah menggeleng. " doktor tengah oncall, lewat sikit. "

" Puan isi maklumat kanak kanak, di sini tandatangan. Kami akan sahkan. Ada mykid kanak kanak? "

" maaf nurse... tapi saya bukan mak dia. Saya ingat nombor kad dia but saya tak ada kad dia. Mak dia on the way. Boleh saya on hold dulu? " nurse di situ mengangguk. Fazrin menghampiri Aliyah. Aliyah mengisi borang tersebut dengan info yang dia ketahui.

" kalau doctor lambat lagi.. apa kata kita ke kafe dulu? Awak tak makan lagi tu. Karang masuk angin. " saran Fazrin. Aliyah melepaskan keluhan. Dia mengangguk.

" boleh la tu, amir pun tengah tidur tadi. Sekalitu saya nak call abang. Kasi saya siap isi borang ni dulu " Fazrin tersenyum. Fazrin menghulurkan beg tangan Aliyah. Aliyah mengambil beg tangannya yang dipegang Fazrin kerana dia minta Fazrin untuk membawanya ketika di dalam kereta. Selesai mengisi borang Mereka berdua menuju ke kafe.

Fariz yang selesai sahaja merawat pesakit yang baru melepasi masa kritikalnya keluar daripada bilik rawatan. Dia melepaskan keluhan berat. Lenguh segala sendi uratnya. Tubuhnya diregangkan sedikit. Dan akhirnya dia boleh pulang!

Tiba tiba seorang jururawat datang menghampiri Fariz yang sedang mengeliat di hadapan bilik rawatan.

" Doc " panggilnya. Fariz segera membetulkan semula tubuhnya. Kantoi ter-over mengeliat!

" ha ye saya kenapa? " soal Fariz. Senyuman palsu dihadiahkan. Jangan kata ada pesakit lain tengah tunggu aku!

" maafkan saya doc, tapi ada pesakit tengah tunggu doc, doc lain tengah ada taklimat ganti shift " ujarnya kelihatan serba salah. Fariz terasa ingin menangis! Dia terpaksa mengangguk dan tersengih secara terpaksa. Matilah aku..

" katil mana? " soal Fariz secara penuh ketidakrelaan!

" sini doc " jururawat itu membawa Fariz ke sebuah bilik rawatan. Dia mengikut sahaja ke mana jururawat itu pergi dan masuk ke dalam bilik rawatan di sebelah ruangan rawatannya sebentar tadi.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now