" ASSALAMUALAIKUM "
Semua mata yang berada di situ terus dikalih memandang gerangan yang memberi salam.
" waalaikumsalam, peh, abang kawasan sudah marii, Welcome to the club Doktor Amirul! " sahut Hakim teruja, dia bergerak ke arah Amirul. Dia memeluk bahu Amirul yang baru sahaja tiba.
Soalan daripada Nadine dibiarkan sahaja oleh Fariz tanpa jawapan. Malah, Nadine juga tidak bertanya lagi tentang soalan itu selepas Amirul tiba. You're my life saver bro!
" Aku dah order makan, jemput makanlah semua " Ujar Taufiq selaku ketua majlis. Dia mengagihkan air kepada seluruh rakan sekelasnya. Meja makan mulai penuh dengan kehadiran rakan rakan sekelasnya dahulu.
" nanti kita susun posture macam dulu, selfie over together! " Beritahu Hakim pula sebagai penyeri di dalam kelas. Itulah Hakim. Paling becok. Tiada dia, sunyilah kelas. Ini terbukti ketika dia bersama Fariz di pusat pemulihan dahulu. Kelas begitu sunyi tanpa lawak spontannya.
Fariz kecur air liur melihat hidangan yang dihidang. Tom Yam kegemarannya! Fariz mencapai sepinggan nasi di atas meja yang telah diisi oleh Nadine kepada semua rakan rakan. Kemudian semangkuk tom yam di ambil oleh Fariz. Dia menuang kuah tersebut ke dalam pinggannya.
Amirul masih lagi sibuk menangkap story instagram untuk diupload ke laman sosial. Begitu juga Hakim. Kesemuanya kaki sosial. Melainkan Fariz. Fariz sangat jarang sekali mengepos gambar miliknya, malah story instagramnya mungkin akan diupdate sekiranya perlu sahaja. Dia tidak mahu cara kehidupannya diketahui umum.
" Riz, awal makan, gambar dulu " panggil Amirul yang masih memegang telefon miliknya untuk bergambar bersama Fariz. Fariz yang baru sahaja ingin menyuapkan nasi ke dalam mulut, berhenti. Dia memfokuskan dirinya kepada kamera pada telefon Fariz.
" tangan aku dah kotor ni, jangan kasi nampak dalam gambar " tegur Fariz. Amirul mengangguk. Dia merapatkan mukanya bersebelahan muka Fariz.
Klik! Satu selfie sudahpun ditangkap.
" thanks bro! " ucapnya. Fariz mengangguk sahaja. Kemudian dia memasukkan menyambung aktiviti makan malamnya yang terbatal sebentar tadi.
PULANG sahaja daripada aktiviti reunion tersebut, Fariz merebahkan diri ke atas katil. Penatnya tak usah dikata. Melayan rakan rakannya sehingga jam hampir tengah malam, adalah sangat memenatkan. Mujur sahaja esok ialah hari ahad, dan kliniknya juga tutup. Tetapi, dia masih lagi perlu ke hospital untuk melawat pesakit under rawatannya untuk diperiksa.
Telefon yang asyik berbunyi di atas meja solek dibiarkan sahaja. Rakan rakannya mulai memenuhkan feed tagging istagramnya dengan aktiviti tadi. Ke semua pelajar 5A hadir ke majlis makan malam itu. Kecuali seorang.
Delileane Aliyah.
Fariz mengalihkan pandangan pada cincin yang berada pada tangannya. Cincin pernikahan yang ditempah olehnya suatu ketika dulu. Rindunya terhadap Leane sangat menebal.
Namun, apa yang bisa dia lakukan? Setiap kali Fariz teringat atau merindui Leane, pasti dia akan menunaikan solat hajat buat Leane. Didoanya agar perempuan itu bahagia.
Dalam keadaan baring, Fariz mula menanggalkan butang kemeja yang dipakainya. Dia mahu mandi. Fariz berdiri semula dan menanggalkan kemeja miliknya lalu dicampakkan ia ke dalam bakul baju kotor. Dia meregangkan sedikit tubuhnya.
Fariz memandang jam pada dinding.
12.43AM
Ah! Patutlah rasa ngantuk semacam. Fariz meraup rambutnya ke belakang. Dia yang hanya bersinglet dan berseluar slack itu berjalan ke meja solek dan mengambil telefonnya.
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...