Tamat sahaja musim perayaan bagi seluruh umat islam, Fariz kini kembali ke alam persekolahannya. Dan istimewanya hari ini, keputusan kesalahannya akan dibentang. Jika keputusan mengatakan bahawa Fariz tidak bersalah, Fariz akan dikekalkan sebagai Ketua Kaunselor, manakala jika keputusannya mengatakan tidak, dia terpaksa tinggal di situ sebagai hukuman sehingga tamat peperiksaan besar yang akan menjelang tidak lama lagi. Dan kali ini, Ibu bapa mereka juga turut hadir bersama untuk memeriksa keputusan kesalahan mereka berempat.
" Semangat! Kita tak bersalah " Ujar Hakim yang sedang mengemaskan t shirt rasmi di hadapan cermin yang tergantung di loker. Sudah 15 minit dia bertapa di hadapan cermin untuk membetulkan tudung. Eh salah, rambut!
" dah handsome dah tu kim... tak perlu beriya sangat.. bukan nak ke mana pun " sindir Fariz yang duduk bersila di atas katil. Dia sedang memeriksa mesej di laman media sosialnya.
" Bukan nak ke mana apanya, kita nak balik! Sebab tu aku happy! " Fariz menggelengkan kepala melayan Hakim. Entah apa apa sahaja dia itu.
" Tahniah korang berdua, dah nak keluar dah pun " ujar Ilyas yang sibuk memakai baju.
Fariz tersenyum. " tak adalah Yas, kitaorang memang tak salah, kebenaran akan memihak kepada orang yang tak bersalah. Terima kasih juga pada kau, jadi dorm-mate terbaik! " ibu jari kanan dihadiahkan kepada Ilyas. Suka terlebih Ilyas dibuatnya.
" Yas, Zakwan memang tak balik eh semalam? " Soal Hakim yang baru sahaja siap membetulkan rambut. Ilyas menggeleng.
" tidur kat dorm lain kot, biasalah, Zakwan kan memang suka tidur dekat bilik orang " Beritahu Ilyas. Hakim mengangkat bahu. Tidak tahu jika dia mahu percaya ataupun tidak.
Fariz terfikir juga ke manakah teman sebiliknya itu pergi kebelakangan ini. Baru baru ini, dia terdengar Zakwan rapat dengan Afiqah. Sering dia lihat Afiqah dan Zakwan bersama sama pada waktu prep. Kadangkala, makan juga bersama.
" Kau dah kemas barang Riz? " soal Hakim yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas katil.
" Riz? " melihat Fariz yang tiba tiba sahaja mengelamun, Hakim terus melambaikan tangan di hadapan mata Fariz.
" woi! " Hakim menolak bahu Fariz. Aduhai, memang sah mengelamun!
" kau fikir apa? " Fariz menggeleng.
" teringat Leane eh? " tebaknya. Fariz menggeleng.
" habistu? "
" teringat Dee. Kenapa, ada masalah? " tempelak Fariz. Hakim menumbuk bahu Fariz. Kurang asam! Ada aje modal nak kenakan aku.
Tiba tiba, pintu dorm dibuka. Fariz, Hakim dan Ilyas memandang gerangan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dorm.
" kau dari mana Zakwan? " soal Hakim terkejut. Dia berdiri dan terus mendapatkan Zakwan yang baru sahaja masuk. Begitu juga Fariz, dia juga membuntuti Hakim untuk menghampiri Zakwan.
" bukan hal kau " Zakwan yang terasa semak terus menolak tubuh dua orang jejaka itu ketepi dan dia terus mencapai tuala pada katil miliknya dan berlalu ke tandas.
" apahal? " soal Ilyas. Hakim dan Fariz mengangkat bahu. Badan Zakwan habis memerah, seperti dia bergelut dengan sesuatu yang entah dia tidak pasti apa.
" biar je lah dia tu, adalah tu benda dia buat " tegur Fariz menyedapkan hati. Hakim mengangguk dan terus mengajak Fariz untuk makan sarapan pagi di dewan makan sebelum dia pergi ke pejabat untuk menyelesaikan urusannya.
SUHU 23°C terasa seperti 16°C walaupun cuaca di luarnya panas. Kerana, debaran menunggu Cikgu Hamzah dan beberapa ibubapa yang sedang bergerak hadir ke kawasan persekolahan ini. Hakim dan Fariz gemuruh menunggu mereka.
YOU ARE READING
Forever, You're Mine !
RomancePERHATIAN! Sebelum membaca buku ini harap pembaca dapat membaca buku PLEASE YOU'RE MINE DAHULU sebelum membaca buku ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa membaca. Ini adalah PLEASE YOU'RE MINE 2 ! WARNING : BACAAN PRIVATE SELEPAS BAB 10!! ...