Bab 14

3.7K 218 79
                                    

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta...

Credit Song : Istikarah Cinta - Sigma.

Di atas katil, dia memetik gitar miliknya selepas sesudah lama dia tidak bermain gitar. Mengutarakan lagu buat diri sendiri, dia ingin menenangkan diri. Atas kesibukan kerja kebelakangan ini, dia tidak dapat meluangkan masa untuk melakukan hobinya yang satu itu.

Fariz melihat foto bingkai kaca, gambar perkahwinannya yang berada di tepi meja katilnya. Peristiwa malam tadi mulai menyinggah di kepala Fariz.

" betulke kau jumpa Leane?! " Soal Amirul separa menjerit, takut didengari oleh jururawat di situ. Amirul terkejut. Adakah Fariz bermimpi?

" takkan benda macam ni aku nak buat main, agaklah " telah Fariz. Matanya masih lagi ditatap pada laporan pesakit, tangannya merampas fail tersebut di belakang badan Amirul.

" habistu macam mana dengan dia? Kau tidur ke Riz before datang sini? " soal Amirul yang masih tidak percaya. Leane.. masih hidup? Habis tu, siapa punya kuburkah yang mereka lihat di dalam group WhatsApp kelas?!

Fariz melepaskan keluhan. Dia meletakkan fail itu di atas kaunter stesen wad. " kau nampak baju aku pakai ni... menceritakan bahawa aku tengah tidur ke sebelum datang? " Fariz menyelak kot putih yang tersarung pada badannya. Baju melayu berwarna hitam masih lagi tidak ditukar.

" habistu, kau dari mana? "

" rumah Leane " balas Fariz bersahaja. Dia mula membuka fail laporan pesakitnya untuk disemak.

Mata Amirul terbeliak mendengarnya. " hah, how it could be!? "

" macam tu lah, Leane buat majlis doa selamat... "

" pastu? " laju sahaja Amirul memotong. Fariz mengecilkan matanya memandang Amirul. Tak menyabo!

" aku baru tahu, adik aku.. bercinta dengan Leane rupanya " keluhan kecil dilepaskan lagi. Sakit otaknya apabila mengingati perjumpaan mereka itu. Lagi sakit apabila melihat Fazrin melamar Leane dihadapannya.

" WHAT!? " rahang Amirul jatuh. Suaranya sememangnya bergema di ruang unit kecemasan itu. Terkejut dengan kenyataan Fariz.

" kau beritahulah adik kau yang Leane tu isteri kau! " marah Amirul. Kecik besor je aku nengok si Fariz ni. Bengap tak bertempat. Tapi boleh jadi doktor.

" kau ingat senang ke? Aku takut adik aku kecewa.. " Fariz memicit kepalanya yang berdenyut. Penat memikirkan nasibnya.

" kau dah tak cintakan dia ke Riz? " Fariz menelan air liurnya. Perasaannya sukar ditafsir. Tepuk dada tanya selera. Adakah masih ada ruang dalam hatinya untuk permaisuri yang pernah hadir dalam hidupnya?

" Kau pernah lafaz cerai ke? " Fariz menggeleng. Lafaz cerai.. itu bukan sesuatu yang dia akan lakukan walaupun Leane telah tiada.

" along " panggilan Fazrin di hadapan pintu membuatkan Fariz berhenti mengelamun. Dia bangkit daripada tempat duduknya dan mengatur langkah ke sebelah almari untuk meletakkan semula gitarnya di tempat asal.

Forever, You're Mine !Where stories live. Discover now